Cara Pakai Liquid Lipstik Yang Paling Mudah

  


SUMBER GAMBAR

Dulu SR suka pakai gincu bentuk klasik, ala yang tiub yang kita kena pusing bagi gincu dia keluar tu. Lepas pakai, kena pusing lagi sekali, masukkan dia ke dalam, sebelum tutup. Untuk elakkan kerosakkan pada gincu tu. Itu pun, kadang SR pakai nipis-nipis je. Tapi sejak dua tiga tahun kebelakangan ni, SR lebih suka pakai gincu jenis cecair. Yang kena sapu ke bibir guna berus kecil dan halus tu.
Yang perkenalkan liquid lipstick ni dekat SR adalah student SR. Asalnya dia promote, dia berniaga sambilan sambil-sambil sambung degree. Jadi SR pun cubalah beli. Masa tu, liquid lisptick yang pertamalah kiranya SR beli tu adalah brand Colourpop. 



Memang in love terus!
Lepas tu, dengan student yang sama, SR beli pula liquid lipstick Huda Beauty yang ori. Fuh, mengancam dia punya rasa best bila pakai. Suka sangat!


Sejak guna gincu jenis cecair ni, memang jarang sangat dah guna gincu jenis keras biasa tu. Sebabnya, gincu cecair ni lebih sekata kalau dipakai. Gittewwww..

Ramai kawan-kawan tanya SR, tak susah ke pakai liquid lipstick? Tak terbabas ke? Tak terkeluar dari landasan ke? Dulu masa awal-awal cuba, memang ketar dan keras juga tangan nak sapu. Tapi bila dah tengok cara pakai yang betul di Youtube, lepas tu cuba beberapa kali, memang tak adalah susah sangat pada SR.

Selalu kalau ada kawan-kawan SR tanya, SR bagi je diorang video dari Youtube tu. Ada banyak. Yang penting, kena pastikan bibir tak ada keruping bibir kering tu. Lagi cantik sapuan dia tau!

Ini salah satu video yang mudah nak follow, kalau memang taknak sapu apa-apa yang lain selain liquid lipstick, bolehlah terus ke minit 1.09:


Selamat mencuba, walaupun sekarang ke mana-mana kena pakai pelitup muka, kadang SR pakai juga gincu untuk keyakinan diri sendiri 😜

Post a Comment

23 Comments

  1. Haah rasa senang sapu sekata.

    ReplyDelete
  2. Kita suka juga pakai yg liquid ni, yg klasik pun masih pakai lagi.

    ReplyDelete
  3. A"ah betul tu . Lipstik liquid ni mudah nak apply hujung2 bibir , xde comot dari landasan .

    ReplyDelete
  4. jarang pakai lipstick liquid sbb bibir jenis kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bibir kering, lagi tak boleh pakai yang matte. Kena apply primer dulu tu Tiara hehe

      Delete
  5. ahh kan wak dah cakap kalo mmg dh cantik dh jeliter pakai gincu pun makin nmpk jeliterr.. cik SR khannnns 😅

    ReplyDelete
  6. liquis ni PC belum pernah cuba lagi.. teringin jugalah nak pakai..sesekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cuba2, beli yang rimmel atau maybelline hehe

      Delete
  7. Replies
    1. filter pun memainkan peranan besar dalam gambar di atas hahaha

      Delete
  8. Memang senang pakai jenis liquid..
    dap-dap skit dah cantik..hehe
    Aini tak pernah pakai warna merah sbb mcm pelik utk diri Aini padahal ok je..haha

    ReplyDelete
  9. thanks for the tips... next time bole cube

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak tegur tapi...merajuk lak adik afeezz kita ni :P

      Delete
  10. Jarang dah pakai yang klasik. Suka pakai jenis ada applicator macam ni dan jenis matte :)

    ReplyDelete
  11. dah lama tak pkai lipstick.. sbb kena pkai mask kan. haha

    ReplyDelete
  12. masih setia pada yg classic sbb guna yg jenis gini ammi rasa bibir mcm 10 inci tebal

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.