Pengalaman Menyaksikan Matahari Terbenam di Pantai Bayu Beach Resort, Port Dickson

Beberapa minggu lepas, rasanya SR ada update entry yang kami lima beranak pergi berkelah dan bermandi-manda di Pantai Bayu Becah Resort, Port Dickson.

Sebenarnya, idea untuk pacak khemah, sarapan dan bermandi-manda di laut masa tu adalah rentetan dari sepetang kami di Pantai Bayu Beach Resort tu beberapa hari sebelum tu. Tarikh tak ingatlah pulak..hehe.. 

Tapi yang SR ingat, masa tu SR sangat sedih dan kecewa dengan sesuatu berkaitan kerja hakiki SR. SR rasa nak tengok laut. Nak tengok ombak. Jadi zaimi pun bawa kami ke pantai ini. Sebab pantai ni antara pantai yang tak ramai orang kalau di Port Dickson. Terutama di sebelah petang hari bekerja. Memang lengang. Lepas asar, terus kami gerak ke sana.



Anak-anak pun mengikut arahan, SR kata, masuk je waktu asar, terus solat. Sebab kalau boleh taknak sampai sana lewat sangat, nanti singkat masa untuk menikmati Vitamin Sea tu, kan? Hehe..


Zaimi siap bawa tikar tau. Haha! Ye lah, dah letih berdiri, bolehlah duduk-duduk tanpa menyebabkan pasir melekat banyak sangat dekat seluar. Asalkan dia yang rajin nak bentang dan kibas tikar tu, SR okey je. Hihih..


Memang puas hati dan seronok betul dapat tengok ombak menghempas pantai. Angin yang bertiup menambah lagi perasaan lega pada hati SR yang terluka masa tu. Eceh..


  

Selebihnya, apa lagi yang kami buat dekat sini?
Semestinya biarkan anak-anak berlari-lari di tepian pantai, bercanda di tepian pantai macam lagu SUdirman dengan Anita Sarawak tu lah haha. Kasi can lah, masa ni diorang pun lama berkurung aje tak ke mana-mana. Kebetulan, hari pun redup dan memang tak ramai orang. Tak risau sangat tentang penjarakan sosial ke apa tu.



Lama juga kami layan angin pantai petang tu. Sedar-sedar dah menghampiri waktu matahari terbenam. Langit memang cantik sangat petang tu. Terbaik betul kombinasi dengan awan-awan berserakan serta cahaya dari matahari. Ditambah seri dengan watak utama dekat pantai tu sendiri, iaitu laut dan pasir pantai. Memang cantik sungguh ciptaan Tuhan. Tak terbanding cantiknya suasana petang di sana tu dengan gambar-gambar yang SR dan zaimi tangkap.



Pokok-poko di sebelah kanan gambar tu adalah di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Pantai Bayu Beach Resort ni bersebelahan dengan Pantai Cahaya Negeri tu. Memang kalau jalan kaki, sampai je. In fact kalau ketika berada dekat Pantai Bayu Beach Resort ni, tiba-tiba rasa nak ke tandas, haa jalan je lah kaki ke Pantai Cahaya Negeri tu, dekat sana ada tandas awam.









SR memang suka bergambar ala-ala paperdoll ni kalau dekat pantai petang-petang. Alang-alang muka kita pun dah tak berapa nampak sebab matahari cerah dekat belakang kan. Buatlah gaya pelik sikit hahaha.






Matahari dah semakin menghampiri garisan horizon. SR memang dah bagitau anak-anak untuk bersedia, bukan selalu dapat tengok matahari terbenam kan.


Cantik kan langit senja di pantai. Memang seronok tengok matahari terbenam di pantai ni. Perasaan dia gembira level lain.










Hilang aje matahari dari garisan ufuk tu, terus kami laju-laju masuk kereta dan bertolak balik rumah. Tak baik waktu maghrib ada di luar rumah kan, dan tak baik melengahkan solat maghrib. Hehe..

Insyaallah nanti nak tengok sunset lagi, supaya tak rushing, kita menyewa hotel di Port Dickson ye anak-anak!

#throwback

Post a Comment

18 Comments

  1. Tikar tu macam tikar zam zam alakazam!

    ReplyDelete
  2. Alhamduillah, dengan bercuti dapat tenang fikiran dan jiwa. Lihat anak-anak akak pun dah tahu betapa seronoknya depa (mereka).

    ReplyDelete
  3. Kita pun lama gila x gi pantai... Harus cari pantai juga lps ni :D...

    ReplyDelete
  4. Nikmatnya..tengok sunset..lapang fikiran bila dapat dengar ombak.

    ReplyDelete
  5. Melihat laut lepas, sangat memberi ketenangan. Leka pun iya juga.
    Sunset di pantai, memang mempesona.

    ReplyDelete
  6. subhanallah cantiknya semua gambar tu SR, akak suka betul dapat tengok pantai...
    seronok betul rumah SR dekat dengan pantai... kadang bila kita rasa marah, rasa stress tengok ombak pantai kita rasa lega entahla tapi akak selalu gitu

    ReplyDelete
  7. Lawanya pemandangan.. Lama tak melepak di tepi laut..

    ReplyDelete
  8. tengok pantai dan sunset, rasa hilang sekejap semua problem. huwa..rindu laut

    ReplyDelete
  9. dah lama tak ke pantai. nanti nak plan lah datang ke pantai ni... perlukan vitamin sea juga ni

    ReplyDelete
  10. subhanallah...cantik sgt pemandangan.

    ReplyDelete
  11. Memang cantik suasana langit senja . Tenang aje

    ReplyDelete
  12. cantik view. betul dah lama terkurung, so bawa anak2 tengok pemandangan cam ni & lepak kat pantai, layanzzz...

    ReplyDelete
  13. subhanallah cantiknya. mama mmg suka sunset tak pernah jemu tgk

    ReplyDelete
  14. Cantik dan menenangkan...rindunya nak lepak dan relaks macam ni

    ReplyDelete
  15. Syoknya dapat lepak tepi pantai. Vitamin Sea yang diperlukan. Cantik tayum temayum tu. Rasa tak cukup ambil gambar sekeping dua. Rajin gak singgah Pantai Cahaya tapi tak perasan pulak sebelah mana pantai bayu ni. Nanti boleh pergi.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.