Monday, January 17, 2022

Open untuk Pre Order Buku Solo Ketiga

Awal Januari 2022 hari tu, SR ada terbitkankan buku baru SR yang bertajuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan ni.  Alhamdulillah, minggu lepas bukunya dah siap cetak, dan dah sampai ke pangkuan SR. Dan, batch pertama buku ini yang SR cetak telah pun habis. Syukur atas sokongan ☺️

SR pun cetak tak banyak sangat, SR tak ada tempat nak simpan stok. Selalu SR print dengan satu pencetak ni. Tapi, sejak kebelakangan ni, SR makin tak berpuas hati pula dengan kualiti buku yang dia cetak. Senget, tak sharp dan sebagainya. 

Jadi SR nekad untuk cuba kilang cetak yang baru ni. Dan SR memang sangat puas hatilah dengn kualiti percetakan dia. 


Buku solo SR yang ketiga ini, walaupun untuk bacaan pembaca muda, SR rasakan buku ini lebih matang dari segi teknik dan format SR menulis.

Ringkasnya, lebih teliti SR menulis dan menyemak kesemua teks, susunan ayat dan tanda baca. SR akui, dua buku solo SR sebelum ni memang tak begitu baik dari segi semua tu. Terutama tanda baca. 

Untuk Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku Dari Kentucky ke Busan ini, SR sendiri yang tulis,  proofread, semak sekali lagi, merekaletak isi buku, mereka kulit buku dan SR menerbitkan sendiri buku ini. Betul-betul swaterbit beb! Ahaha... Berpinar mata SR. 


Besarlah harapan SR agar pembaca (ada blogger yang beli, terima kasih!) terima dan terhibur. SR memang tulis buku ini untuk anak-anak. Bolehlah anak-anak masukkan dalam Buku Nilam mereka. Insyaallah πŸ˜…

SR asalnya tulis buku ini untuk Adam. 
Sekarang dia dah sibuk tanya, bila SR nak tulis buku untuk dia lagi. Adeh sabajap anakku! Haha!

Oh ya, SR buka untuk pre order dahulu buku ini buat masa ini. Insyaallah SR akan ulang cetak lagi dalam masa terdekat jika capai dalam sasaran beberapa order ☺️

RM25 sahaja.
Tidak termasuk postage.

Boleh hubungi SR di 0192984616 atau emel SR di syaznirahim@gmail.com.

Update: boleh beli di shopee! 😘

I'm selling Novel Mini Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan for RM25.00. 
Get it on Shopee now!  

SR juga sedang mencari kedai buku (online/kedai) untuk letak buku SR. Ada sesiapa yang tahu, atau nak jadi wakil jualan?

Kalau ada roger ye!

Meh order!

Beli untuk anak-anak, adik-adik, anak murid, anak saudara atau untuk diri sendiri pun boleh!😘

Terima kasih sekali lagi atas sokongan semua ❤️

32 comments:

  1. Alhamdulillah
    tahniah
    Semoga meriah sambutannya

    ReplyDelete
  2. tahniah syaz prolifik berkarya

    ReplyDelete
  3. Sedihnya bila hasil cetakan begitu. Syukurlah ada tempat yang lebih elok hasil cetakkannya. Alhamdulillah...
    Semoga mendapat sambutan yang lebih meriah dari sebelum ni. Abang Adam pun menanti next buku dah tu. Maaf, tak tahu sangat tentang penjualan buku. Cuba tanya kak Uji Othman :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah Syaz πŸ‘πŸ½
    Bukan mudah swaterbit, tapi pastinya lebih kepuasan kan?

    Syaz boleh cuba hubungi pihak Jejak Tarbiah (JT) untuk pasarkan buku Syaz ni. Akak ejen jualan JT.

    ReplyDelete
  5. Tahniah Syaz. Semoga makin maju dalam bidang penulisan

    ReplyDelete
  6. Wah! Sibuk2 pun sempat lagi... Tiada alasan kan bila minat...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, semoga awak terus sukses dalam bidang penulisan... Best of luck Syaz.. Nanti saya war-warkan pada rakan-rakan saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah buat pre-order via shopee..😊

      Delete
    2. Alhamdulillah, terima kasih sis shikin atas sokongan 😘

      Kawan-kawan sis juga boleh order saja di shopee nanti 😍😍

      Delete
  8. alhamdulillah..congrats!! Dah sampai dah Syaz..buku utk Iris ni & hadiah2 nya..tq so uch. tgh draf entry.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih! Kalau sudi review lah nanti 😘

      Delete
  9. Wah...tahniah...semoga Syaz terus berjaya dalam bidang penulisan

    ReplyDelete
  10. Tahniah Syaz.. semoga murah rezeki Syaz..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah . Tahniah syaz .. Semoga mendapat sambutan dan jualan yg meriah

    ReplyDelete
  12. alhamudillah dah berjaya terbit buku ketiga, jumpa pulak publisher yang buat kerja bagus. tahniah kak syaz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Publisher diri sendiri πŸ˜‚, pencetak yang bagus tu yang baru jumpa tu hehe

      Delete
  13. Tahniah! Moga dipermudah segala urusan selepas ni untuk cetak lebih banyak buku.

    ReplyDelete
  14. tahniah, Syaz.semoga sukses ye.
    bangganya bila berkawan dgn org kreatif ni.
    penulis buku. tak mudah nak menulis ni.

    ReplyDelete
  15. Congrats kak Syaz... Seandainya delivery ke Indonesia tak mahal, saya mau pesan πŸ˜…. Saya suka baca2 buku dari penulis Malaysia, karena dulu saat masih study Kat Penang, saya sering beli novel2 Malaysia, supaya vocabularies tentang istilah-istilah dalam bahasa Melayu bisa paham. Karena berbeza sangat dengan Indonesia punya informal words. Dan selepas paham, saya jadi addicted beli novel Malaysia tiap kali sedang ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Terima kasih sebab suka buku-buku kami di Malaysia! Boleh dapatkan buku ini dari shopee, rate pos dia je saya tak pasti hehe

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot