Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan!

 


Alhamdulillah, untuk permulaan 2022, SR telah selamat menerbitkan sebuah lagi buku hasil tulisan SR sepenuhnya. Mini novel ini SR tulis, pruf, dan terbitkan sendiri secara swaterbit.

Asalnya SR tulis cerita ni untuk bacaan anak SR, Adam. Tapi, SR fikir balik, tak salah pun kalau SR nak publish kan. Hehe..maka terbitlah mini novel ini. 
Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku Dari Kentucky ke Busan ini adalah untuk bacaan umum. Asalnya SR nak jadikan dia Novel Kanak-Kanak, tapi, SR berpendapat, orang dewasa pun boleh baca juga. Dan yang paling SR sarankan, adalah untuk pembaca remaja.


Buku ini adalah mini novel SR yang ketiga. SR akui, yang mini novel terdahulu; Terkaitnya Kita dan Life Baggage (SR guna nama pena Syaz Eym), ada kekurangan dari pelbagai segi. Namun hari demi hari SR belajar dengan beberapa orang, Kak Hasreeyati Ramli khususnya, dia banyak bantu SR betulkan apa-apa yang selama ini salah, tapi SR tak perasan. Dan untuk kali ini, SR cuba guna nama betul SR pula.

Harapan SR, agar pembaca yang membaca Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku Dari Kentucky ke Busan ini, akan mendapat sesuatu dari pembacaan mereka. Dan, isi kandungan Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku ini memang SR tak pernah upload di mana-mana lagi.
Gitteww..


Sesiapa yang nak dapatkan buku Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku Dari Kentucky ke Busan! ini, bolehlah hubungi SR sendiri. Setiap pembelian akan diberi cenderahati! Selagi stok masih ada, sebab SR print tak banyak. Dan masih di kilang, Insha Allah minggu depan keluar dari oven. Hee.. 

Boleh hadiahkan pada anak-anak juga. Anak SR kata seronok baca buku ni (SR masuk bakul, adam angkat SR!) Hihik..

Doakan buku ini berjaya ya kawan-kawan!

+++

Mini novel remaja terbaru 2022:

Tajuk: Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku: Dari Kentucky ke Busan!
Penulis: Nursyazni Abdul Rahim
Bilangan halaman: 169
ISBN: 9789672662105
Jenis: Fizikal dan Digital


PS: Buku yang digital (softcopy) akan datang ke e-sentral nanti ๐Ÿ˜‰

Post a Comment

20 Comments

  1. wahhh..congrats congrats!!! kena beli ni...nanti dah kuar dr kilang, kasi tau ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh2, insyaallah minggu depan keluar dah :D

      Delete
  2. Wahhh, tahniah. Cute bukunya ni, nt kita wsp ya.

    ReplyDelete
  3. tahniah kak syaz atas terbitnya buku ketiga...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah Syaz. Kita takde anak remaja baca sendiri. Remaja jugak tapi remaja purba

    ReplyDelete
  5. happy nya dapat keluarkan buku. tahniah awak :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah SR. Cantik bukunya dan menarik tajuknya.

    ReplyDelete
  7. congrats SR. semoga terus maju

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH SYAZ PROLIFIK BERKARYA

    ReplyDelete
  9. Tahniah! SR dengan terbitnya karya ketiga.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..tahniah. Semoga mendapat sambutan dan teruskan menulis dapat terbitkan yang baru lagi. Aaminn...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah . Tahniah syazc. Semoga terus maju jaya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.