Monday, January 24, 2022

Tanda Ingatan Dari Nona


Sebenarnya macam dah lama juga SR terima hadiah dari Blogger Nona Sani ni. SR terlupa nak update. Seriously SR rasa sangat terkejar-kejar sebulan kebelakangan ni. Maafkan SR ye Nona!
Nona bagi SR bungkusan hadiah ni sebab SR adalah salah seorang Top Commentator di blog dia untuk tahun 2021 yang lepas. Tak sangka SR tersenarai untuk menerima hadiah!


Teruja sangat masa bukak parcel ni. Sebab walaupun kecil, tapi tebal. SR dapat agak, mesti hadiahnya ada variasi. Hehe. Jadi, selepas SR merentap koyakkan bungkusan tu, yang pertama sekali SR nampak adalah pelekat magnet peti ais yang comel berwarna merah jambu seperti gambar di atas! Terus tampal dekat peti ais tau!

Ada juga tiga keping mask head loop. 2 yang jenis KF94, sekeping yang jenis 3 ply biasa, cuma yang menariknya, dia bercorak. Memang sejujurnya masa entry ni SR karang, ketiga-tiga mask tu dah pun selamat berjasa pada SR. Dah bersara pulak dah hehe.


Ada juga satu sachet Instant Rose Milk Tea Sunsoya. SR terus bancuh minum untuk makan malam selepas tu. Kisahnya, malam tu SR tak boleh tidur, macam minum kopi. Hahaha! Mungkin ada kafein agaknya. Tapi rasa dia sangat nice dan sedap.


Dan yang paling best adalah Pocket Prayer Mat ni. SR terus bawa ke Melaka weekend lepas. Kebetulan hotel yang SR duduk tu, tak ada sejadah. SR call pun, lambat benor dia hantar. Jadi memang bergunalah sejadah poket pemberian Nona ni.




Eh terbalik pulak gambarnya. Malas nak betulkan. Korang pusinglah handphone korang ye. 😆

Terima kasih buat Nona Sani sekali lagi. Jom ramai-ramai kita ke blog Nona!

 

14 comments:

  1. Alhamdulillah, banyak hadiahnya..

    guna desktop..kena pusing kepala..hehe..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..congrats! suka dpt hadiah2 yg sgt useful mcm ni kan..

    ReplyDelete
  3. wahh bestnya... memacam ada dalam tu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Tahniah. Macam macam hadiah dapat. Rose milk tea tu memang sedap!
    Mujur jugak bawa sejadah tu bersama. Sesuai sangat bawak bercuti kan. Terus boleh guna.

    ReplyDelete
  5. Tahniah!
    Hadiahnya pun up-to-date dgn keadaan semasa :D

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Rezeki terima hadiah. Tahniah SR.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillahhh selamat kesemuanya... Wow.. rentap bungkusan gituh.. Hahahahaha.. Terima kasih ye sudi singgah drop komen.. maaf Nona pulak terkurang.. adehhh

    ReplyDelete
  8. bestnya dapat hadiah. tahniah kak syaz :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. murah rezeki syaz dan Nona..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Tahniah . Menang cantik sgt prayer mat.sesuai dibawa masa travel

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot