Sebenarnya macam dah lama juga SR terima hadiah dari Blogger Nona Sani ni. SR terlupa nak update. Seriously SR rasa sangat terkejar-kejar sebulan kebelakangan ni. Maafkan SR ye Nona!
Nona bagi SR bungkusan hadiah ni sebab SR adalah salah seorang Top Commentator di blog dia untuk tahun 2021 yang lepas. Tak sangka SR tersenarai untuk menerima hadiah!
Teruja sangat masa bukak parcel ni. Sebab walaupun kecil, tapi tebal. SR dapat agak, mesti hadiahnya ada variasi. Hehe. Jadi, selepas SR merentap koyakkan bungkusan tu, yang pertama sekali SR nampak adalah pelekat magnet peti ais yang comel berwarna merah jambu seperti gambar di atas! Terus tampal dekat peti ais tau!
Ada juga tiga keping mask head loop. 2 yang jenis KF94, sekeping yang jenis 3 ply biasa, cuma yang menariknya, dia bercorak. Memang sejujurnya masa entry ni SR karang, ketiga-tiga mask tu dah pun selamat berjasa pada SR. Dah bersara pulak dah hehe.
Ada juga satu sachet Instant Rose Milk Tea Sunsoya. SR terus bancuh minum untuk makan malam selepas tu. Kisahnya, malam tu SR tak boleh tidur, macam minum kopi. Hahaha! Mungkin ada kafein agaknya. Tapi rasa dia sangat nice dan sedap.
Dan yang paling best adalah Pocket Prayer Mat ni. SR terus bawa ke Melaka weekend lepas. Kebetulan hotel yang SR duduk tu, tak ada sejadah. SR call pun, lambat benor dia hantar. Jadi memang bergunalah sejadah poket pemberian Nona ni.
Eh terbalik pulak gambarnya. Malas nak betulkan. Korang pusinglah handphone korang ye. 😆
14 Comments
Alhamdulillah, banyak hadiahnya..
ReplyDeleteguna desktop..kena pusing kepala..hehe..
Alhamdulillah rezeki.
ReplyDeleteWha! Tahniah Syaz!
ReplyDeletealhamdulillah rezeki
ReplyDeletealhamdulillah..congrats! suka dpt hadiah2 yg sgt useful mcm ni kan..
ReplyDeletewahh bestnya... memacam ada dalam tu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah. Macam macam hadiah dapat. Rose milk tea tu memang sedap!
ReplyDeleteMujur jugak bawa sejadah tu bersama. Sesuai sangat bawak bercuti kan. Terus boleh guna.
Tahniah!
ReplyDeleteHadiahnya pun up-to-date dgn keadaan semasa :D
Alhamdulillah. Rezeki terima hadiah. Tahniah SR.
ReplyDeleteAlhamdulillahhh selamat kesemuanya... Wow.. rentap bungkusan gituh.. Hahahahaha.. Terima kasih ye sudi singgah drop komen.. maaf Nona pulak terkurang.. adehhh
ReplyDeletewah..tahniah dapat hadiah..:)
ReplyDeletebestnya dapat hadiah. tahniah kak syaz :)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. murah rezeki syaz dan Nona..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah . Menang cantik sgt prayer mat.sesuai dibawa masa travel
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.