Tauhu Begedil Daging Pohon Tanjong, Wakaf Bharu | Throwback Thursday

SR tak berapa nak free. Sibuk mengalahkan YB (ok tipu). Jadi SR pun cepat lapar kalau dah sibuk buat kerja. Apa lagi, mulalah nak terbayang makanan kan. Sambil buat kerja, teringat pula dekat Gerai Nasi Air Dingin di Jalan Hamzah, Kota Bharu, yang ada jual segala aneka makanan tu weh!

Sambil scroll telefon, terjumpa pulak gambar tauhu begedil ni, SR beli dekat Kedai Zaki di Pohon Tanjong, dekat dengan rumah MIL masa balik sana hari tu.

Mak oiiii!
Terliurnya haaa!

Tauhu begedil ni kan, sangat sedap tau. Rasa dia cukup sifat. Tekstur dia pun terbaik. Maybe orang yang berdekatan dengan Wakaf Bharu, kalau rasa nak order Tauhu Begedil untuk buat majlis ke, makan-makan ke, bolehlah WhatsApp nombor kat atas tu. Eh, ini bukan paid review tau. Saja SR nak share tentang seller ni. Seller yang masak sedap dan murah, tak salah kita promote kan? Hehe..

Alahai teringinnya. Nak order jauh sangat pulak hahaha

+++

Post a Comment

13 Comments

  1. SEDAPNYA BERGEDEL SIAP DGN SOSNYA

    ReplyDelete
  2. Nampak pun tahu sedap tu SR:)

    ReplyDelete
  3. ayu suka beli kat senawang tu, ada satu kedai tu, memang dap & konsisten je rasa dia

    ReplyDelete
  4. kalau sedap pasti repeat nk order kan

    ReplyDelete
  5. Sedap kalau di tambah dengan nasi putih.. hehe

    ReplyDelete
  6. sukanya dengan begedil.. ada tauhu ke..takde tauhu ke...semua suka

    ReplyDelete
  7. Bila isinya padat tu yang bila makan ya Allah....nikmat.

    ReplyDelete
  8. Saya suka try tauhu bergedil daripada penjual berbeza. Kadang tauhu sedap sambal pulak tak power

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba cari bila balik kampung nanti..

    ReplyDelete
  10. Oke scroll laju- laju sebab sedap..kang teringin...

    ReplyDelete
  11. Kita pun ikut terliur sama tengok gambar ni. Aduhaiii...

    ReplyDelete
  12. Sedapnya tauhu bergedil ni . Cicah dengan sambal kicap memang gabungan yg terbaik

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.