Zaimi daftarkan untuk adam turut serta Kursus Asas Phyton untuk cuti sekolah kali ini. Bayaran dia pun tak mahal mana, RM30 untuk tiga kali sesi 2 jam.
Adam memang minatlah benda-benda berkaitan komputer ni selain membaca. Jadi semalam, sesi pertama, iaitu Pengenalan kepada Phytonization. SR dengan zaimi tunggu juga di sebelah adam semalam. Alhamdulillah, nampak dia boleh follow.
Tak sabar-sabar tu nak tunggu sesi ketiga, sebab coach dia bagitahu semalam, pada sesi ketiga nanti, anak-anak akan belajar buat games.
Budak lelaki dengar perkataan buat games, kau rasa?? Hahaha!
Moga berjayalah adam buat games tu nanti.
Rasanya macam ramai aje dah tau pasal Kursus Asas Phyton ni kan. Tapi, sajalah SR nak share juga, kalau ada yang berminat untuk anak sertai, bolehlah contact Saudara Firdaus di 014-7357981.
+++
Nanti dah jadi games si adam, insyaallah SR kongsikan ya!
+++
11 Comments
WOW ADAM BOLEH CREATE MACAM2 GAME NANTI BIJAK2
ReplyDeleteWah..belajar programming. Moga Adam berjaya hasilkan games sendiri.
ReplyDeleteFuh! Gambar dia toleh belakang pada kamera tu.... macam iklan!
ReplyDeleteAcik dah tua dah nampak gayanya ni Adam oi.. Ni first time acik dengar kelas ni. :P
ReplyDeleteBenda alah apa phyton tu? Aduh ketinggalan betul saya ni.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Memang tengah cari pun kursus2 coding macam ni untuk anak2 utk persediaan mereka for future workforce skill.
ReplyDeleteMasing2 bersemangat
ReplyDeleteWahh bestnyaa. Saya dah lama cari kelas Phyton ni tapi biasanya mahal-mahal jugak yurannya.
ReplyDeleteAnak-anak memang lebih cepat tangkap isi pembelajaran kursus begini. Maklumlah anak alaf 21, semuanya di hujung jari hihihiii.
ReplyDeleteBagus dia ada minat, mesti focus 100% punya. Memang excited lah Adam. Tak sabar nak tahu games by Adam.
ReplyDeleteharitu Khilfi ada join coding class...tapi dia kata "Its not for me, Ammi. I don't like it".
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.