Assalamualaikum!
Lepas berbuka puasa hari Jumaat haritu, kami terua gerak balik Kuantan. Ambil peluang untuk berbuka puasa dengan emak dan abah SR.
Jadi, bila dah ada dekat rumah orang tua ni, mata memang selalu nak terpejam aje. Nak tidur aje. Hahaha
Kalau dekat rumah sendiri, tak ada pulak kerap mengantuk. Macam-macam kerja boleh settle. Tapi kalau rumah parents ni, memang rasa selesa nak tidur aje. Hahaha
Emak SR masak sup sayur campur, kerapu tiga rasa dan ayam masak lemak cili api. Petang semalam, SR dengan zaimi pergi jalan-jalan cari makanan pulak. Terbeli pula ayam golek, air, dan kuih-muih.
Berlambak makanan.
Tak sabar budak-budak nak berbuka. Lepas berbuka, nasib baik hampir semua makanan berjaya dihabiskan. Ada yang dibuat makan moreh, ada juga yang kami makan lagi masa sahur tadi.
Itulah sahaja kisah hujung minggu SR semalam sampai tak update blog 😂
17 Comments
Eh, samalah kita kalau pergi rumah mak atau balik kampung, tulang terus bunyi2 macam Aziz Satar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.
ReplyDeleteMeriah makan bersama famili tu.
ReplyDeletememang seronok kalau dapat berbuka puasa di ampung beramai2
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteseronok dpt berpuasa berbuka dgn mak ayah.
palingg bahagia rasanya suasana berbuka
meriahh
wah seronok kalau berbuka puasa dengan ibu bapa...
ReplyDeleteAmboi! Aksi diorang tu!
ReplyDeleteBalik rumah mak je auto best tidur.. kikiki..
ReplyDeletebuka puasa dgn mak ayah kita nikmatnya terasa
ReplyDeleteBanyakkk makanannn
ReplyDeleteSedapnyaa
meriah dapat berbuka ramai2
ReplyDeleteSA jumaat lepas berbuka terus pi rumah adik kat Bangi....2 malam kat sana tenghari Ahad sampai Seremban semula...memang seronok bila berbuka ramai- ramai kan
ReplyDeletetu diaa meriah lauk berbuka diaa
ReplyDeletemeriahnya berbuka puasa...
ReplyDeletemeriah berbuka..rambang mata nak pilih makan yang mana dulu..hehe
ReplyDeletekalau sy bkn mengantuk je siap dgn pakej malas sekali hehehee
ReplyDeleteMeriahnya suasana berbuka puasa begini.
ReplyDeleteItulah tu, balik kampung rasa macam rileks sangat. Pantang baring, terlelap je. Seronok ada peluang berbuka ramai ramai dengan parents.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.