Thursday, April 21, 2022

Pasar Tumpat | Throwback Thursday

Assalamualaikum...

This one masa balik Kelantan bulan 1 hari tu kalau SR tak silap. Saja keluar jalan dengan anak-anak, bawa mak mertua sekali. Anak-anak memang sukalah kalau dapat jalan-jalan dengan Tok Ma kan. Kalau boleh segala macam diorang nak pow Tok Ma 😂

MIL memang suka pergi Pasar Tumpat ni. Pasar ni bangunan baru. SR pernah pergi sekali pasar yang bangunan lama masa awal-awal kahwin dulu. Lepas dah ada bangunan baru, ruang atas pasar ni lebih luas dan selesa kalau pengunjung nak jalan-jalan cari pakaian.


Di ruang tingkat atas tu, memang tempat jual baju, baju tidur, kain baik, kain pelekat, kain telekung... Eh macam-macamlah ada dekat atas tu tau. Ada juga medan selera di tingkat yang sama. Bawak duit ajelah hahaha! Belah bawah, memang tempat jual barang basah.

Nak cari ayam, ikan, udang, daging, sayur...

Ha semua ada dekat tingkat bawah. Nak beli ikan masin, beras siam, mainan, budu... Ado belako.

SR beli kain batik masa ni. Kain batik cap tiga serangkai. Yang jenis sedap pakai. Kalau kain batik jenis baru ni, tak berapa kenalah dengan SR. Lebih-lebih lagi, dia jenis senang terlucut dan macam kurang airy. Macam berkuap. Hahaha!

Jadi, memang cari kain tu la kalau ke sini.

MIL SR memang akan teliti sangat-sangat masa pilih corak kain. Dia tengok satu persatu bunga ke daun ke dekat corak tu. SR? Main ambik je...kih kih kih..

Sesungguhnya memang senang kalau ajak SR shopping. SR tak cerewet 😂

Itulah sahaja throwback kita pada hari ini.
Stay safe semua!

8 comments:

  1. Org2 lama memang teliti bab pilih ni kan
    cam arwah mak.akak, nk lg kain batik

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai area Tumpat lagi. rindu shopping di Kelantan. sekejap je poket licin. hehe

    ReplyDelete
  3. Seronoklah dapat jalan dengan tok ma. Best membeli belah tempat macam ni. Maknanan ada, pakaian ada.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Seronok berjalan dengan tok ma ye..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot