Friday, April 22, 2022

4 Doa Untuk Keluarga

Salam Jumaat semua!

1. Doa Agar Menjadi Keluarga Terbaik

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا


“Wahai Tuhan kami, kurniai kami pasangan dan zuriat yang menyejukkan mata dan dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang bertakwa.” (Surah al-Furqan 25: 74)

Catatan: Inilah doa wajib para hamba al-Rahman.


2. Doa agar ahli keluarga menjadi orang soleh


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي

 رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

 رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ 

وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikian juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doaku. Wahai Tuhan kami, ampuni aku, kedua-dua ibu bapaku dan orang beriman pada hari perhitungan.” (Surah Ibrahim 14: 40-41)


Catatan: Ini doa nabi Ibrahim  sewaktu menziarahi anak dan isterinya yang ditinggalkan di Makkah.


3. Doa suami-isteri


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Wahai Tuhan Kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan menyayangi kami, nescaya kami menjadi orang yang rugi.” (Surah al-A‘raf 7: 23)

Catatan: Ini doa Nabi Adam dan Hawa setelah terlanjur di dalam syurga sebelum diturunkan ke bumi. Suami isteri yang baik ialah orang yang cenderung melihat kesalahan diri sendiri terlebih dahulu daripada melihat kesalahan pasangannya. 


4. Doa agar tiada dendam sesama ahli keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ 

وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا

 لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ


“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat pelemput dan pengasih.” (Surah al-Hashr 59: 10)

SUMBER

+++

By the way, family tree dekat atas tu adalah hasil kerja ayu di tadika. Punyalah kalut SR cari gambar passport SR. Rupanya dah lama SR tak ambil gambar passport! Gambar anak-anak aje yang ada.

Maka terpaksalah SR mintak gambar SR yang ada dalam dompet zaimi ahahaha

13 comments:

  1. salam jumaat..tq for sharing doa2 itu

    ReplyDelete
  2. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya Rabbal 'Alaamiin.. semoga Allah memperkenankan doa-doa kita semua..

    ReplyDelete
  3. Amin2 ya rabb..thanks atas perkongsian doanya

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing. Appreciate it. Jaga diri.

    ReplyDelete
  5. Aminn..semoga dipermudahkan segala urusannya :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kongsikan doa-doanya.
    Aamiin...

    Cantik hasil kerja ayu. Pandai susun.

    ReplyDelete
  7. comelnya family tree ayu..
    Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot