Dine In di Ishak Maju, Senawang

Salam hujung minggu semua!
Apa khabar?

Pagi ni, SR dan zaimi layankan permintaan anak-anak nak bersarapan di kedai mamak. Masing-masing teringin nak makan roti tisu, dan roti pisang.

Why not kan?

Dalam 9 pagi, kami gerak. Lepaskan anak-anak mandi dulu. SR tak gemar sangat bawak anak-anak keluar makan pagi dengan pyjamas, sebab anak-anak SR kalau tak mandi pagi, mengantuk diorang tak hilang. Nanti bad mood aje kan. Lepas mandi, segar sikit masing-masing.

Ishak Maju ni bersebelahan dengan Mydin Senawang. Parking banyak, ada ruang makan yang luas. Rasa dia standard kedai mamak aje lah.

Pekerja dia pun peramah. Asyik menyakat anak-anak SR 🤣

Seronok juga bila bersarapan sama-sama dekat luar ni. Bersembang macam-macam. Anak-anak pun pakat ambil giliran nak bercerita hal masing-masing.

SR dan zaimi makan roti sardin banjir. Fuh padu dan sedap! 

Kalian sarapan apa pagi ni?
Best tak?

Cuba kongsi dengan SR!

 

Post a Comment

13 Comments

  1. Uncle kalau dengan kedai mamak ni... dia dah tau uncle nak oder apa... heheheh

    ReplyDelete
  2. alamak, sedapnya roti sardin. Yang banjir tu, sardinnya atau kuahnya, SR?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sardinnya banyak juga, kuah ada 2 jenis + 1 sambal hehehe

      Delete
  3. Suka pergi mamak juga. Makan roti telur. Yumms

    ReplyDelete
  4. megi goreng kedai mamak jugak sedap... hehehe

    ReplyDelete
  5. akak sarapan tosei masalla, kalau lapar memang kenyang makan menu ini

    ReplyDelete
  6. Okay sesangat layankan aje. Masa kecik-kecik ni aje anak-anak rajin ikut kita dah besar remaja nanti payah nak ajak depa keluar breakfast sesama (psssttt sebenarnya bercakap untuk diri sendiri huhuhuuu...) Mrs. A kalau pergi mamak setia dengan roti canai kosong 2 keping satu tak cukup hahahaa... Air semestinyalah nescafe tarik.

    ReplyDelete
  7. ROTI SARDIN BANJIR SEDAP TU

    ReplyDelete
  8. lamanya tak breakfast kedai mamak. selalunya capati atau roti tisu. roti pisang or roti boom pun sedap

    ReplyDelete
  9. Sha makan nasi lemak sambal sotong & sambal paru.. hehehe..
    Suka betul dengan roti tisu.. Nipis dan rangup je..

    ReplyDelete
  10. maggi goreng mamak memang number 1.
    kat melaka ni, mamak kat mydin mitc, SR.
    sedap. maintain tiap kali kami dtg.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.