Suasana Kampus UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah

Tahniah buat semua calon SPM 2021 yang mendapat keputusan peperiksaan mereka hari ini. Percayalah, setiap yang tertulis itu adalah takdir yang Esa.

Kepada yang berminat nak sambung pengajian di UiTM NEGERI SEMBILAN, Kampus Kuala Pilah, meh SR bagi sneak peek bagaimana rupa kampus.

Lawa kan?
Kampus Kuala Pilah terletak di sebelah Hutan Simpan Pelangai. Pagi-pagi, masa SR sampai ofis, mesti berkabus teroxx ala-ala Cameron Highlands tau! Kadang sepanjang perjalanan dari Senawang pun turut berkabus.

Gambar atas tu menunjukkan bangunan pentadbiran yang menempatkan bilik pejabat pensyarah dan pihak pengurusan. Yang kecil di bawah tu adalah Unit Peperiksaan.

Asrama pula terletak jauh sedikit, bawah matahari yang bersinar tu. Asrama dipanggil kolej.


Haa berkabus tak? Haha! Ini pemandangan dari arah pagar utama untuk menuju ke bangunan pentadbiran. Untuk ke kolej, terus sahaja lagi dalam 1KM.


Ini pula kalau cuaca agak panas.


Yang sebelah kiri adalah Bangunan Akademik. Dekat sinilah ada bilik kuliah, makmal serta perpustakaan.


Bangunan Akademik dari sudut lain.

Nanti kalau ada gambar-gambar lain lagi, SR akan kongsikan lagi.

Jadi pada yang dapat tawaran melanjutkan pengajian di UiTM NEGERI SEMBILAN Kampus Kuala Pilah, TAHNIAH! 

Belajar rajin-rajin ya!

Post a Comment

11 Comments

  1. Tahniah kepada calon2 spm yang berjaya

    ReplyDelete
  2. Suasana dia damai, mesti pepagi sejuk tu... tahniah buat semua calon...

    ReplyDelete
  3. selamat menyambung pelajaran ke mana mana IPT

    ReplyDelete
  4. Mesti sejuk & segar je udara di sini kan...
    Best ni, tenang je.

    ReplyDelete
  5. anak abe kie belajar di uitm machang. tp sampai skrg ODL. Tp mujur juga sbb jimat belanja!

    ReplyDelete
  6. lawa sungguh pemandangan dia...ada kerja kosong tak 🤣

    ReplyDelete
  7. bestnya suasana waktu pagi kat sini. sonok kalu dapat belajar kat tempat camni. senang masuk otak hehehe :)

    ReplyDelete
  8. harap2 Ian or Iris nanti dpt la belajar dekat2 je, senang nak balik hujung minggu..chewah, berangan dah

    ReplyDelete
  9. nurin, anak sulung aida, sedang gigih kelas tambahan ni.
    SPM thn 2022/2023 ni.
    impian dia nak ke UIA or UM.
    aida aminnn kan je, SR. terpulang kpd rezeki nanti :)
    if can aida nak je letak dia kat utem ke, mmu ke, uitm banda melaka ke, uitm lendu ke.
    dekat! senang si ibu ni nak jengah tiap hari ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. Ada gelanggang petanque tak...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.