Beg Kertas Tealive

Ada satu hari tu, SR order tealive dari GrabFood. Anak-anak teringin nak minum air ada boba. Selalunya, cawan-cawan tealive tu, vendor akan letak dalam plastik bag recyclable yang lembik gilaa tu aje.

Tapi, kali ni, dia bagi beg kertas.

Cis.

Kenapa cis?

Sebab, masa nak check out, dia macam wajibkan 30sen untuk bungkusan.




Tapi nasib baiklah beg kertas dia cantik lah, walaupun tak adalah strong sangat.


Ke 30 sen tu sebenarnya untuk pelapik yang macam bekas telur tu? Dia letak cawan semua dekat situ sebelum masuk beg kertas ni.

Lepas ni memang taknaklah order guna FP atau Grab lagi. Sebab dah ada caj tambahan yang walaupun kecil, tapi sebenarnya tak perlu pun kita keluarkan duit dekat benda tu.

+++

Semua pun nak mencekik pengguna, samada secara langsung atau tak langsung sahaja.

Post a Comment

15 Comments

  1. hidup ini antara mencekik... atau tercekik...

    ReplyDelete
  2. Dah 2 kali beli Tealive walk-in. Memang dia bg beg kertas camni, tapi tak check pulak dia charge harga ke tak. Ke ade pilihan untuk takyah ambil beg tu ye? Hihihihi. Adoiii..sejenis yang bayo je, xcheck resit..

    ReplyDelete
  3. aritu ada sekali order pelik juga dapat beg kertas selalu tak ada pun pastu check balik baru perasaan kena charge packaging..hurmm macam2 charge tambahan sekarang ni..

    ReplyDelete
  4. kena charge atas benda yang kita tak nak ni memang menyakitkan hati sebab ianya pembaziran..

    ReplyDelete
  5. Hahaha betul tu Syaz... banyak ambil kesempatan untuk mencekik...cekik sana cekik sini!

    ReplyDelete
  6. yeee baru je order beberapa hari lepas...terkejut kena caj 30 sen masa checkout untuk packaging...bila sampai, lahh patut la kene charge...da tukar pakai beg kertas rupanya..huhuhu

    ReplyDelete
  7. Kehidupan skg..nk buat mcm mana syaz huhu..terima jelaaa

    ReplyDelete
  8. tak pernah order dpt paperbag ni lg. mcm tak berbaloi kena byr extra utk paperbag yg x boleh recycle guna..

    ReplyDelete
  9. Makin melampau-lampau pula caj nya ek..

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lak order online air ni .. Dah jarang minum... Kena berhati hati pasni ..

    ReplyDelete
  11. Betul..selagi bleh cekik...selagintu depa cekik..sbb tu jarang order FP or GF ni .kalau dh betul2 terpaksa je baru order

    ReplyDelete
  12. kalau beli ngan food panda, memang x leh nak elak bab packaging charge ni..melampau kadang2 tau

    ReplyDelete
  13. Lama tak order tealive melalui grabfood @ foodpanda ni . Hari tu kawan ccl order tealive .. Dapat juga palerbag tealive macam dalam gambar tu . Tak tahu pulak ada charge 30sen untuk paperbag .

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)