Kisah bulan puasa 2022.
Masa ni kami balik Kuantan, berbuka sama-sama dengan mak abah. Jadi petang sebelum berbuka tu, ajak zaimi round cari juadah berbuka serba sikit. Malas nak bersesak dekat bazar. Jadi singgah dekat kedai-kedai makan area depan hotel Swiss Garden tu aje.
Memang tertarik betul tengok air warna merah jambu tu. Perisa strawberry.
Tengah haus kan, memang nampak menggiurkan sungguhlah air tu weh!
Ibarat dia tengah melambai-lambai anak tekak SR yang kegersangan masa tu. HAha!
Nasib baik pakai mask kan, kalau tak nampaklah bibir terkemut-kemut tahan haus. Haha!
Zaimi beli macam-macam juga kuih.
Ada lompat tikam. Itu aje yang SR ingat. Tapi sebenarnya banyak juga kami beli. Macam kena rasuk. Keh keh...
Kalau bukan bulan puasa, tak rasa pula nak beli banyak-banyak macam tu kan.
Siapa macam SR?
Kena rasuk setiap kali nak beli juadah berbuka?
Ahaha...
8 Comments
kuih sedap banyak pilihan terasuk nk beli banyak kan
ReplyDeleteayat kena rasuk tu tak boleh blah la... hahaha... kalau habis x membazir xpe... beli sikit² tp pelbagai ok lah tu dpt mkn sampai supper dan sahur
ReplyDeletemcm2 mmg nak dibeli dan nak dimakan kalau puasa kan. sama je.
ReplyDeleteSebut nama air tu Lemon Laici terus terliur...mesti sedap kan....
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteNampak sedappp tuhh.. Memang terliur habis kalau bulan Ramadan nih 👍
ReplyDeleteHahaha bab kena rasuk tu memang akak boleh relate sangat :D
ReplyDeleteMemang melambai lambai warna dia.. kikiki..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.