Barang Basah Elok-Elok Di Zemart Senawang

Assalamualaikum wbt...

Pasaraya Zemart di Senawang ni sebenarnya agak baru juga. Rasanya tak sampai lagi dua tahun dia ada dekat kawasan industri sebelah Taman Desa Exora Senawang tu. SR sudah beberapa kali juga ke sini. Sebelum ni, SR banyak ke Giant dan Mydin untuk beli barang keperluan. Tapi sejak ada Zemart ni, memang SR akan tuju ke sini kalau nak beli lauk basah. Sebab lauk dia, elok-elok! Segar dan besar-besar saiznya.

Memang setanding dengan pasar. SR tak rajin sangat nak ke pasar sebab pasar jarang boleh bayar secara cashless. Bukan berhutang ya, tapi bayar guna kad debit. Di Zemart boleh bayar secara cashless. Tak perlu pening-pening nak kena keluarkan duit dahulu.

Dalam Zemart Senawang ini pun ada saja mesin ATM untuk sesiapa nak keluarkan duit, cuma SR memang tak suka bawa duit cash sekarang.


Selain barang basah, Zemart ni sama saja macam Giant dan Mydin, ada juga jual barang-barang lain. 



Kiranya macam one stop center jugalah. Boleh beli semua sekaligus. Macam hari tu, kami nak masak ikan siakap, bukan setakat ikan siakap, sos ikan, limau, kiub ayam ke apa ke semua boleh beli terus dalam ni termasuklah barang-barang lain. Tak payah nak singgah tempat lain lagi. 

Sama aje macam pasaraya lain juga. Cuma lebihnya Zemart ni barang basah dan sayur-sayur dia tu yang SR tak tahan, rasa nak beli semua! Nasib baiklah peti ais kecik. 

Zemart pun ada jual kerusi healing

Ayu pula pantang dengar SR dan zaimi nak ke Zemart. Mesti nak ikut. Sebab dekat Zemart ni ada trolley kecik ni. Dia pun sibuk nak tolak trolley jugak. Sudahnya SR jadi pening sebab dia suka park trolley dia tengah-tengah alam, orang lain nak lalu susah, Tak pasal-pasal SR kena jaga dua trolley pula haha! 





Zemart Senawang ni buka setiap hari, pukul 9 pagi. Tutup pukul berapa SR tak pasti pula. Tapi malam lah.

INI LOCATION dia, kot ada yang termasuk blog SR ni sebab mencari tempat beli barang basah yang elok dia Senawang ni kan.

Harga pun berpatutan. Nanti kalian try lah pergi. Ada orang lebih suka ke pasar, ada orang pula suka pasaraya. Ada orang tak suka masak. EH? HAhahaha!

😁

#bukanpaidreview

Post a Comment

7 Comments

  1. Kalau sy pn prefer cashless.. leceh nk pegi atm ambik cash.. kalau nk ke pasar basah mmg kena ready cash.. kira bagus la konsep one stop centre semua ada ni.. dh mcm mydin jugak

    ReplyDelete
  2. selalu lalu je. x pernah lagi singgah masuk dlm nya

    ReplyDelete
  3. bestnya semua ada, ya akak pun suka yang boleh bayar guna kad debit , tak perlu bawak cash banyak tapi paling best troli comel tu...

    ReplyDelete
  4. Ammi kalau balik seremban sama ada ke Family Store kat Sikamat tu atau Zemart kat Taman Zaitun tu. Masa ada arwah mama rajinlah juga ke Mydinlah, Giant lah..sebab banyak nak membeli..sekrg ni beli utk hari yg ammi balik sermban je.

    ReplyDelete
  5. Suka juga beli barang di Zemart. Memang elok elok barang basah dia dan banyak pilihan. Tapi bukan Zemart Senawang ni lah. Kadang beli kat Family Store juga. Kalau kat Pilah suka pergi Giant, situ je lah yang macam okay sikit.

    ReplyDelete
  6. SA x berapa suka Zemart Senawang...SA suka Zemart Sikamat...hehehe...lagi satu pilihan of course Pasar Besar Seremban...heheheh

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.