Tidak Terlalu Tua Untuk Video Games di Play.org!

Assalamualaikum wbt...

Ada yang lemau-lemau tak macam SR hari ni? Masuk kerja lepas cuti 3 hari? Sesungguhnya SR lemau. Nasib baiklah hari ni tak ada lecture, cuma jaga test student saja. Habis saja jaga test, SR balik office kebetulan dah waktu rehat. Terus SR teringat yang malam semalam SR dan ayu main game bersama-sama. Main di plays.org. Asalnya ada suatu hari tu, SR terbaca post blog Kak Ya, dia ada cerita tentang plays.org ni. SR pula memang jenis suka juga mencuba game game ni, jadi SR pun mainlah dengan ayu malam tadi. 

Jadi tadi dah penat-penat dan kelemauan, SR pun terus buka website plays.org tu. Layan jugalah beberapa game sementara tunggu azan zuhur.

Plays.org ni kan, kalau korang ingat dan pernah main, dia macam platform OMGPOP dulu-dulu. Website yang memang penuh dengan pelbagai jenis video game yang boleh dimainkan secara atas talian.



Apa yang SR suka dengan plays.org ni:

- PERCUMA 
- TAK PERLU DOWNLOAD
- TAK ADA IKLAN
- BANYAK PILIHAN

Serius best. Paling best sebab tak ada iklan yang selalu pop up buat kacau mood. Kan banyak game yang kita download dekat handphone macam tu kan, kejap-kejap naik iklan, silap touch, dah terbawaknya kita masuk play store. Nak back punyalah renyah. Dan buang masa.

Tapi kalau main game yang berlambak-lambak di plays.org ni, memang smooth aje sebab tak ada iklan yang datang mengganggu.



Ya, kalian tak salah tengok. Gambar atas ni memang kategori-kategori video games yang ada dekat plays.org tu. Banyak kan? Kalau masuk aje website dia, klik di tab kategori, memang keluarlah senarai macam yang SR sikirinsot dekat atas ni.

Ayu macam biasalah, dia terus aje pilih game 'Girl' malam tadi.


Dia main game Barbie. Barbie lumba motor kot kalau tak silap SR.


Lama jugak dia main. 
Leka si kecik tu!

Lepas dah puas dia main game Barbie, dia kata nak main kaler-kaler. Dia memang selalu main game warna-warna pun dekat tablet dia. Agaknya dia teringat. Lagipun, kalau dia main dekat tablet dia game yang dia download tu, iklan sokmo sampai tak sempat nak buat apa.

Jadi SR pun bukakanlah game coloring pula untuk dia. Dah puas mewarna, minta pula nak main game ABC, pun ada juga dekat plays.org tu. Nasib baik! Bolehlah dia main lagi. 


Kenapa SR bagi dia main game malam tadi tu, sebabnya dia kebosanan. Abang-abang dia tengah layan FIFA World Cup dengan zaimi dekat TV. Ayu manalah reti nak tengok bola! Haha!


Lepas ayu main, SR pun main juga! 

Game di plays.org ni boleh main guna komputer (guna mouse dan keyboard), juga boleh guna tablet dan telefon bimbit. SR main guna tablet, SR touch touch je dekat skrin. Lagi laju. Hehe... 

Meh SR tunjuk sikit rupa salah satu game yang ada. SR pilih random sajalah dekat kategori tu. 

Let say SR pilih kategori Cross The Road.


Nanti dia akan paparkan semua game yang jatuh bawah kategori Cross The Road ni. Contoh paparan macam gambar di bawah.


Katalah bila dah scroll, rasa nak main yang Apple & Onion Cat Rescue: Kitten Road Crossing Game tu. Jadi klik saja dekat game berkenaan.


Nanti akan dipaparkan pula penerangan ringkas tentang game yang kita pilih tu, macam berapa bintang dan tahap kesukaran serta cara untuk main.


Dah bersedia nak main? Haa klik sahajalah butang play tu. Macam main game lain juga. Sama aje. Yang istimewanya dia percuma, tak perlu download dan tak ada iklan.

Kalau tak nak pilih game ikut kategori, boleh terus cuba game baru dekat tab 'New'. Ataupun kalau nak buat macam tengok Netflix, yang ada 'surprise me' gittew... Boleh klik dekat 'Random' aje. Nanti dia akan bawa aje kalian ke game yang dia rasa kalian sukalah kot!

Tadi SR tekan Random, dia bawa SR ke Math Memory. Adoi dia ingat SR terel Matematik kaaa?? Hahaha!




Walaupun SR punya memori dah menipis sebab dah beranak tiga kali, dan walaupun tak berapa suka matematik, nampaknya SR masih dapat 'Great Job' main game tu tadi.

Hahah!

Eh itulah sahaja perkongsian SR tentang pengalaman bermain di plays.org ni.
Pada yang berminat nanti bolehlah main sama. Sambil-sambil hilangkan lemau kan. Kih kih kih...

Ingat pesan SR, anda tidak pernah terlalu tua untuk bermain video game!

Post a Comment

7 Comments

  1. ada yg free buat apa pilih yg berbayarkan

    ReplyDelete
  2. uncle dah tak termain dah game ni.... tua sangat

    ReplyDelete
  3. Bahaya kalau terjebak ni
    Boleh ketagih

    ReplyDelete
  4. Best game game dalamni... Takda iklan tu lagi syokkk

    ReplyDelete
  5. Kadang layan juga games dalam ni. Menarik buat hilang bosan.

    ReplyDelete
  6. lama tak main game dlm ni. kalau dh terjebak jd suka main

    ReplyDelete
  7. jangan kata Ayu yg kecik ni je suka main game, Mummy Ayu yg dah besar ni pun suka layan game... best je. tapi yg free la of coz..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.