Assalamualaikum wbt
Teringat SR pada komen rakan-rakan blogger di post SR tentang SR buat review ringkas untuk Lipstick Mawar Hitam Che Ta. Lucu bila ada yang teracun dan terhasut. Muahaha! 😜
Ampun!
Ha sekarang SR nak review (reviewlah sangatt!) asam taik hidung pulak!
Ada yang tergoda tak dengan asam taik hidung? Hihihi... Jangan marah ya, SR gurau-gurau aje. Sayang semua commenter blog SR.
Kisah asam taik hidung yang SR beli di 99 Speedmart Taman Senimas Kuala Pilah ni, botol dia tak ada gambar Uncle yang selalu dituduh menjadi 'sumber' taik hidung tu.
Harga pun dah RM1.10.
Bukan main harga kau ya, tak padan padan!
Rasa dia tak sedaplah pula pada lidah SR. Mungkin sebab dia adalah dried carrot. Bukan asam. SR makan sikit sahaja, terus tak nak dah. Letak ajelah dalam kereta. Kalau mengantuk sangat bolehlah makan sikit-sikit, bagi mata terbelalak balik dari keadaan yang asyik nak terkatup.
Siapa suka makan asam asam, angkat tangan!
+++
Baca juga kisah:
10 Comments
fav ni..masa muda2.. beli utk tahan ngantuk masa dlm kelas
ReplyDeleteSA suka yang version gambar uncle tu...yang ni memang mencocoh masamnya pas tu x sedap..SA tengah cari asam halia yang merah tu...ada yang guna halia muda SA nak yang guna halia tua...dapnya kalau dapat kan...
ReplyDeleteSuka asam kulit limau... hehehe... ada 1 lg asam yg segiempat kecik yg real lg asam taik hidong... hahahaha
ReplyDeletehe hee ada tambahan asam tahi hidung..... takut nk tulis satg depa marah
ReplyDeleteKlu asam taik idong yg real dia ketul kecik2 mcm taik tikus.Klu asam yg di buat dari karot yg warna merah tu kami panggil sentel tembakau
ReplyDeletekena cari la asam taik hidung ni di Kelate. Harap jumpa...
ReplyDeletefirst time dgr nama dia asam taik hidung haha
ReplyDeleteIni makanan ruji masa sekolah dulu! hahaha
ReplyDeleteMakan asam takpe, jangan makan taik hidung.. haha
ReplyDeleteIni pun mengamik kenangan jgk ni..
ReplyDeleteHahahahahaha!
Mmg beli dulu tapi botolnya kecik je kan dlu.. ;)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)