Assalamualaikum wbt
#throwback
Terjumpa pula SR dengan gambar tandan kelapa muda ni. Sebenarnya, tandan kelapa muda ni adalah dari ayah mertua SR, dia kirim suruh zaimi bawa balik dari Kota Bharu. Waktu PRU15 haritu sebenarnya. Masa tu, zaimi hanya balik ke sana berdua dengan adam. SR, amir dan ayu tinggal, sebab SR mengundi di Semenyih.
Memang terperanjat SR masa tu, masa zaimi keluarkan dari bonet kereta.
Tudiaaa!
Punyalah banyak!
Puas SR minum air kelapa dan makan isi kelapa muda. Selagi tak habis, memang SR asyik suruh saja zaimi kupaskan kelapa muda tu. Dapatlah kami minum berjug, jug jugalah. Seminggu tu asyik minum air kelapa muda aje tau.
Haha!
Terima kasih buat ayoh sebab kirimkan kelapa muda ni pada kami. Kalau tak, kena tunggu balik ke sana dulu baru dapat merasa minum air kelapa percuma. Dekat senawang ni kan, dahlah air kelapa isinya sikit, ada pula yang dijual RM5 1 jug kecil. Air masam pulak tu.
Jadi bila dapat yang free dan sedap ni, takkan nak tolak rezeki kan? Hehe... moga murah rezeki ayoh hendaknya. Ada rezeki kami balik lagi ke kampung. Cuma tak taulah bila. Ingat nak balik masa cuti Krismas, tapi tengok banjir sana sini ni, risau juga.
Apa-apa pun, sekarang ni SR dah terliur. Mana nak cari air kelapa ni? huwaaa!
12 Comments
Nampaknya kena balik kampung selalulah
ReplyDeleteWow best nyaaa dapat minum air kelapa free2 je... Skrg nak cr yg fresh susah.. Semua dah tmbh gula
ReplyDeleteIpoh ni pun kelapa sebiji mahal SR. Sama juga kecik dan airnya masam. Hihihihi! Ibu suka kelapa pandan. ;)
ReplyDeleteKalau bulan puasa, memang puaslan minum air kelapa muda ni.
ReplyDeleteAduh sedapnya air kelapa. Free lagi sedappp
ReplyDeleteBelakang rumah saya ada tanam sebatang pokok kelapa pandan. Tak sabar menanti ia berbuah.
ReplyDeleteHijaunya kelapa, tanda betul2 kelapa muda.
ReplyDeletewahhh bestnya puas la dok minum air kelapa muda ya, akak kalau balik kampung pun suka suh adik petikkan buah kelapa pandan nasib pokoknya memang reneh
ReplyDeleteNak balik kelantan sekarang takut banjir pulak kan? tengok gambar dulu lah... hehehe... tp mmg puas hati minum kalau dpt stok bertandan-tandan gini
ReplyDeleteMemang best kalau dapat setandan macam nie.. Puas minum.. Sini sebiji RM5..
ReplyDeleteMak oiii banyaknya kelapa muda..kat Seremban tu sebiji cecah RM7, kena balik kampung kalau nak minum air kelapa muda
ReplyDeleteTudiaaaa..puas la minum ayaq nyoq...Sedap segar lalu kat anak tekak
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)