Pengalaman Ambil Booster Kedua Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Pilah

Assalamualaikum wbt

Pintu depan Klinik Kesihatan Kuala Pilah

Sejak ada kembali berita tentang varian Covid-19 katanya ada yang baru, ramai juga yang telah sukarela mengambil dos kedua vaksin booster untuk Covid-19. SR juga tak terkecuali. SR pun mula-mula duk scroll juga MySejahtera, untuk tengok di mana SR boleh booked tarikh untuk dapatkan booster kedua. 

Kebetulan lepas tu kawan-kawan sejabatan SR ada update di group Whatsapp yang mereka ambil booster kedua di Klinik Kesihatan Kuala Pilah. Boleh walk in sahaja rupanya! Wah ini sudah bagus!

Jadi pagi tadi, sejurus selepas selesai sarapan, SR isi borang permohonan keluar pejabat untuk walk in ke KK Kuala Pilah sekejap. Lagipun, SR tak ada kelas pagi tadi. Teruslah memandu ke sana. SR pergi seorang aje. Senang, cepat, pantas!


Untuk ambil vaksin di Klinik Kesihatan Kuala Pilah pada tahun 2023 ni, kalau anda adalah warganegara Malaysia, tak perlu pun ambil nombor dan buat pendaftaran di Kaunter Pendaftaran. 

Betul, tak perlu! Masuk sahaja di pintu utama, terus belok ke kanan, ke arah tandas dan klinik pesakit luar. Kalau belok kiri, anda akan sampai ke Klinik Ibu dan Anak. Lepas belok kanan, terus sahaja jalan, nanti akan nampak tingkap makmal di sebelah kanan, dan farmasi di sebelah kiri. Terus lagi sampai ke hujung, anda akan nampak ada meja depan bilik nombor empat. Tunggu depan meja tu, nanti akan ada jururawat datang dan uruskan urusan pengambilan vaksin anda.

Meja / Kaunter Vaksin

SR pun duduklah menunggu jururawat bertugas datang. Dalam hati adalah juga berdebar-debar sikit. Bukan apa, risaukan kesan alahan vaksin. Sebab selepas SR ambil dos kedua hari tu, badan SR naik biji-biji gatal. Lama juga baru hilang!


Tapi, tak sempat pun bontot SR panas duduk di kerusi, dah sampai jururawatnya. Sangat peramah dan baik budi. Dia terus minta SR tunjukkan kad vaksin SR. 

SR tak bawalah pulak!

Tapi tak mengapa gais, jangan risau. Tunjuk sahaja MySejahtera. Buka bahagian profile, dan scroll ke bawah. Dekat situ memang ada rekod vaksinasi Covid-19 kita dari dos pertama sampai yang terkini, beserta jenis vaksin dan tarikh. Cik jururawat hanya tengok di situ sahaja. Dia bagi borang untuk SR isi, prosedur biasalah tu kan.

Dah kata perempuan kan, sementara duduk sempat juga kami berborak-borak. Haha!

Lepas isi dan turunkan tandatangan, dia minta SR duduk sekejap sementara dia buat persediaan untuk vaksin SR selepas itu. SR tengok sekeliling, lengang sahaja. Bahagian menunggu untuk klinik pesakit luar pun tidak ramai orang juga. Mungkin SR pergi tu tak awal, tak lambat. Dalam pukul 10 pagi tadi.

Unit vaksin Klinik Kesihatan Kuala Pilah, Jan 2023

Tak lama kemudian, jururawat tadi panggil SR untuk masuk ke bilik prosedur yang terletak betul-betul sebelah bilik nombor empat tadi. SR diminta untuk duduk dengan tenang, turunkan bahu baju. SR memang dah bersedia dengan baju yang mudah diselak di bahagian bahu hari ni. Untuk memudahkan proses suntikan vaksin dilakukan. 

Sama sahaja macam masa kita nak ambil dos-dos sebelum ini. Pakailah ikut kod etika yang sesuai. Boleh tengok post SR yang INI jika nak rujuk semula.

Bila baju dah diturunkan sedikit sehingga nampak lengan, jururawat tadi tunjukkan botol vaksin yang akan disuntik pada SR. Untuk booster kedua ini, SR dapat Pfizer, sama seperti booster pertama SR pada hujung 2021 yang lepas.  Jururawat juga siap tunjukkan yang dia akan cucuk sebanyak sekian-sekian isipadu, dan sebaik sahaja selesai suntik, dia tunjukkan pula picagari yang telah kosong tu. Katanya, baiklah dia tunjuk siap-siap dengan pelbagai kisah-kisah viral yang ada.

SR tanya, adakah perlu SR tunggu seketika di klinik?

Dia kata tak perlu, SR boleh sambung pantau di pejabat. Jika ada simptom hendak demam dan sebagainya, boleh makan panadol. Kalau berlarutan, datang ke klinik semula. Dia juga kata akan kemaskini maklumat dalam MySejahtera SR sejurus selepas itu.

Dan SR semak tadi, maklumat telah pun masuk. Alhamdulillah.

SR ada rasa apa-apa ke?

Setakat sekarang (1 jam selepas suntikan) SR cuma ada ada sedikit lenguh di tangan yang disuntik dan chills (seram sejuk) sahaja. Kepala pun ada sedikit pening, harap nak memandu balik petang nanti masih okey.


Itu sahajalah cerita pengalaman ambil booster kedua Covid-19 di Kuala Pilah bagi SR! Semoga kita semua dilindungi dari si durjana wabak Covid-19! 

Post a Comment

25 Comments

  1. Seriuslah, SR.. kita pun kena bijik2 tu, tapi tak gatal la. Minggu depan dah book app kat MS, nak tengok, keluar lagi tak bijik2 tu.

    Baru tahu KK ada walk-in. KK sini tak pasti la ada ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama nasib kita ya? Hehe.. Boleh cuba call dulu, mana tahu ada ;)

      Delete
  2. SR tolong kongsi kan cara2 nk bt booster kedua ni. nina nk ajak mak pergi ambil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang saya dah ceritakan di atas, saya hanya walk in di klinik kesihatan. Nina boleh cuba telefon klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan dan tanya tentang pengambilan dose booster kedua samada dibeanrkan walk in atau perlu buat temujanji :)

      Delete
  3. Tak salah kita cegah dari awalkan .. Ada juga dengar ura2 varian virus covid ni masih aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul yang terkini Kraken namanya. Ghisauuu. Haha

      Delete
  4. SR dah amik dah..wah...tgh dok pikir2 lagi ni, nak ke tak? emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, saya pun lepas fikir2, ambil aje lah hehe

      Delete
  5. xendemik lagi mesti siaga dgn booster

    ReplyDelete
  6. Saya pun masih memikirkan nak ambik ke tidak booster kedua ni sebab macam macam varian sekarang ni yang ada.

    ReplyDelete
  7. dah lama tak jenguk mysejahtera hehehe...

    ReplyDelete
  8. Wah dah ambil 2nd dose booster 👍🏽
    Akak belum fikir nak ambil atau tak.

    ReplyDelete
  9. salam sis..selamat tahun baru 2023❤️..tq seba sebelum ni ada melawat blog saya yang dh bersawang tu 😆..apepon, tahniah dh selesai second dose booster.. saya tak amik pon lagi booster tgkla nnti tgu ada mood 😂

    ReplyDelete
  10. Senang je terus walk ini. Kena pergi weekday jugalah orang tak ramai. Terima kasih share. Risau juga nak ambil second dose. Samalah, risau alahan tu.

    ReplyDelete
  11. Tu lah kes covid-19 makin naik ni kena amik booster lg jawabnya.kena install semula mysejahtera nampak gaya ni

    ReplyDelete
  12. tak ambil dah rasanya booster kedua ni..sebab badan cepat letih sebab booster pertama hari tu huhu

    ReplyDelete
  13. Boleh walk in je rupanya... Suami akk dok tunggu juga nak buat appointment kat MySj tu..

    ReplyDelete
  14. Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk kak. Banyakkan rest dan minum air banyak kak.

    ReplyDelete
  15. wah lajunya akak amik...thorbaekkkk

    ReplyDelete
  16. nanti bila cuti sek nak pi cucuk 2nd booster jugak la.

    ReplyDelete
  17. oooo boleh walk in eh...sebab SA tengok kat MySejahtera macam xde je..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.