Borong Rotiboy di Aeon Mall Kota Bharu

Assalamualaikum wbt

Kiosk Rotiboy Aeon KB yang comel

Semalam kan, masa SR dan zaimi tengah dalam misi mencari sesuatu di Aeon Mall Kota Bharu tu, hidung kami berdua pun tercium satu bau yang agak familiar. Bau yang sedap dan menggoda jiwa gitu. Bau yang memang kami kenal! 

Bau apakah? Bau Rotiboy! Yeah!

Kami selesaikan misi dulu. Lepas dah selesai, dah dapat apa yang dicari, SR dan zaimi pun terus menuju ke kiosk Rotiboy yang kami dah nampak awal-awal lagi. Tapi malas nak beli awal-awal, malas nak kendong. Bila dah settle, baru borong. Lepas tu baru kami ke A&W tu.

 

Kenapa borong? Haa sebabnya kami beli yang pukal yang 5 buku roti RM14.30 tu 2. Kiranya beli 10 buku Rotiboy. Haha! Yang bestnya, Rotiboy ni dia bungkus secara asing-asing. 1 roti, 1 beg kertas. Tak adalah roti dia melekat-lekat antara 1 sama lain. Dan roti Rotiboy ni kekal hangat dan gebu aje dalam beg kertas tu. Rasa dia tak payah cakaplah, memang sedap bagi selera tekak dan lidah SR.



Sampai aje kami di rumah mertua SR, terus adam, amir dan ayu ngap! SR dah pesan awal-awal, seorang 1 aje! Bukan boleh tu, nanti nampak ada banyak, makan tak tinggalkan dekat orang lain pula sebab masing-masing memang suka roti tu.

Dah tau anak suka, kenapa tak belikan lebih?

Sebab anak-anak SR ni kadang nafsu aje lebih. Makan 1 habis, makan yang kedua, yang masing-masing ingat boleh habiskan tu, last last tak habis pun. Bukan sekali dua terjadi ya! Jadi, SR memang dah tahu kapasiti perut anak-anak SR tu. Haha!

EH malam-malam ni teringat Rotiboy pula. Adeh... Siapa suka juga Rotiboy, angkat tangan!

Esok mula sekolah kembali dan bekerja semula pada yang masih bercuti hari ni kan? Jangan blues blues tau. Hadapi dengan senyuman okey! 

Post a Comment

10 Comments

  1. Saya suke roti boy. Bau dia pon dah menggoda... Nyam3

    ReplyDelete
  2. Ibu!!!!!! Ibu suka!!!!!! Hihihihi! Aduh esok kerja.. Lemaunya.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih cuti Selasa, mohon extra sehari untuk recharge 😊

      Delete
  3. roti boy ni dari jauh bau dah menggoda jiwa....makan time panas mmg layan, time sejuk pun still ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, masa panas paling syok layan dia 😊

      Delete
  4. Seppp..suka jugak rotiboy. Sekarang ni kalau ke Rotiboy duk ulang beli yang cheeseboy tu..sedap lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ya? Okey nanti boleh try yang cheese pula 😄

      Delete
  5. fav hero MA ni... kalau ke mydin, dia mesti beli

    ReplyDelete
  6. kegemaran Aiyan jugak ni, bau dia tu memikat hati kan...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.