Day Out Berdua Dengan Ayu Zafirah

Assalamualaikum wbt

#throwback


Cerita minggu lepas. SR half day sebab petangnya ada temujanji nak ambil ubat di KK Senawang. Entahlah SR ni, selalu lupa nak daftar MyUbat. Jadi kalau dah tak daftar MyUbat, kenalah ambil sendiri di KK Senawang tu. Jadi, ayu SR 'cuti' kan aje dari tadika. Pagi tu bawa dia ke pejabat, petangnya terus balik Senawang. 

Jalan pula agak lengang, jadi tersampai agak awal pula di Senawang. SR pun dah rimas dengan rambut. Terus singgah Zemart sekejap, potong rambut SR. Ayu pun SR minta potongkan dalam 2 inci rambut dia dan nipiskan. Nak potong lebih-lebih rasa sayang pula. Dia pun tak nak potong rambut dia, dia suka rambut dia panjang.

Pukul 2 petang, terus ke KK Senawang, beratur ambil nombor di Farmasi. SR suka dengan ayat yang ditampal di bawah kaunter farmasi tu, "Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Semoga anda cepat sembuh." I like! 

Ye lah, selalunya mesti akan guna ayat "Harap Bersabar" kan. Tapi, nak suruh orang yang memang sedang bersabar dengan sakit itu bersabar lagi molek doakan orang tu lekas sembuh 😘

Lepas dapat ubat, ingat nak terus balik rumah. Ayu pula kata dia lapar. Dan yang sebenarnya dia memang dah plan nak ajak SR ke Secret Recipe sebelah KK Senawang tu. Dia ingat lagi yang kami sambut birthday SR hari tu dekat sana

Ayu kata, dia teringin nak makan lasagna yang macam SR makan tu. Baiklah, jomlah. Jadi terus orderkan dia Beef Lasagna. Memang excited sungguh dia makan lasagna tu. Rupanya dia suka lepas SR bagi dia rasa masa kami makan tu.

Ayu dan Beef Lasagna




Air pula SR orderkan Milo Blended aje untuk ayu. Hari tu dia order air epal, punyalah masam! Last sekali tak habis. Lupakan ajelah air epal tu. Haha!



SR pun order juga sepinggan untuk SR, Chicken Parmigiana. Nama bukan main kan? Ahahah nasib baik rasanya sedap. Ayu dah nampak ada salad dan tomato tu, dia sibuk nak juga. Ayu suka makan salad mentah macam tu. Mengikut zaimi.

Anak SR hanya si adam aje yang liat makan sayur. Pening memikir!

Chicken Parmigiana

Dating dengan anak dara


Hampir tiga suku mangkuk jugalah ayu berjaya habiskan lasagna yang semangkuk besar tu. Dah hujung-hujung, dia dah tak larat nak makan dah. SR suruh dia makan setakat dia boleh aje. Karang kalau paksa-paksa, takut muntah pula. Tak pasal-pasal kena marah dengan staf sini hahaha!



 Entah apa yang ayu gelakkan masa ni, SR pun dah lupa. Tapi yang pasti, SR akan ingat hari SR day out berdua dengan ayu dan makan lasagna di Secret Recipe ni. Lepas ni nak repeat lagilah pergi makan-makan berdua dengan ayu ni. Dia pun dah petah bercakap, bersembang macam mak nenek! 


Baca post ini juga ya! 😊👇👇

Post a Comment

10 Comments

  1. Holo holo.. omey angat ni Ayu. Memang sesuai sangatlah namanya tu.

    ReplyDelete
  2. Sajak pulak spek tu dengan dia....

    ReplyDelete
  3. ala ala..comeinya dia. makan pun comei jer...
    MA pun baru daftar myubat....harap2 senang la pas ni

    ReplyDelete
  4. best dapat keluar berdua je dengan anak dara... feeling ada bff je rasanya

    ReplyDelete
  5. Comel betul dia..bila nak jumpa aunty SA ni.....seronok kan...SR tunggu sikit masa lagi bila dia dah membesar macam Dania...boleh jadi BFF dah

    ReplyDelete
  6. sedappnya ayu mkn
    Senyum kenyang ke tu he he maniss senyumannya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.