Suasana Dalam UiTM Kuala Pilah #2

Assalamualaikum wbt

LT UiTM Kuala Pilah

Ikutkan tak nak update. Asyiklah kata SR busy, macamlah orang lain tak sibuk bekerja kan. Haha. Tapi update lah juga. Tengok PV pun bukan main drop sejak SR sibuk sehari dua ni gais. Sedih SR.

Busy sebab dah masuk hujung semester. Pelajar UiTM tahulah, week 14 memang horror sikit. Pelajar busy cara pelajar, pensyarah ni pening cara pensyarah. Pelajar buat assignment ramai-ramai pun stress, bayangkan pensyarah nak semak assignment dan ujian beratus pelajar πŸ˜‚
Itu yang rambut pun makin lama makin tak hitam dah.

Alang-alang tu SR belanjalah 1 gambar pemandangan dalam Kampus Kuala Pilah. Yang dalam gambar dekat atas tu adalah Lecture Theater atau di sini lebih dikenali dengan LT. Pejabat SR betul-betul sebelah LT tu. 

Itu yang kalau dah tepu, SR memandang ke luar tingkap, nampaklah manusia berjalan ke sana ke sini. Minggu ni ramailah pelajar dan pensyarah bergambar dekat depan LT tu. Dah hujung semester kan.

SR? Semester ni tak ada pulak pelajar ajak bergambar dekat mana-mana kecuali dalam makmal hari tu aje. Sobs...

Sedih? Dia tak adalah tak sedih. Tapi bukanlah tak sedih sangat. Dia macam, bluwekk. (Tiru ayat Sharnaaz dalam suamiku Encik Sotong! Haha) Tak adalah, tak sedih pun. Semua tu bergantunglah pada pelajar kan, bukan perkara wajib.

Haaa! Susur gajah tu lah yang penuh daun kering. Haha! Teringat SR ada yang komen berkenaan daun kering tu dalam entry INI

Daun kering tu banyak, SR tak dapek nak tolong sebab cukuplah SR dan rakan-rakan pensyarah lain dah turut buat kerja pengkeranian dalam Pusat Pengajian, rasanya tak perlulah sampai daun kering pun pensyarah nak sapu kan? Amboih. Hihi

Take care gais 🀍

Jemput tengok post ini juga ya! πŸ˜ŠπŸ‘‡πŸ‘‡

Post a Comment

10 Comments

  1. Sy pun xde bergambar dgn student sem ni πŸ˜‚πŸ˜‚ entahlah xde mood.. habis sem habis mcm tu je.. mungkin sbb pertengahan sem dlu bz sgt sampai kacau bilau pdp tu yg jd x semangat dh bila sampai hujung sem

    ReplyDelete
  2. Wak takpernah sampai uitm Kuala Pilah ni
    Kalau uitm shah alam pernahlah sebab ada anak yang belajar kat sana dulu

    ReplyDelete
  3. caiyok caiyok...MA lega dah, dpt la relax seminggu dua ni sebelum mula balik busy nya nanti

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masuk UiTM Kuala Pilah.. Tapi kehidupan student dan pensyarah ni kalau di Uni, memang ada 1001 cerita masing2 kan... Susur Gajah.. Kami di Politeknik pun panggil susur gajah,.. pastu masing2 duk reka cite la kenapa susur tu dipanggil susur gajah

    ReplyDelete
  5. alahaiiiii Sr ni ahkak gurau je lah pasal daun kering tu banyak atas bumbung. Takkan le nak panjat tangga pi bersihkan bumbung.....jenuh weiii. Rasanya kampui UITM Kuala pilah ni lokasi baru ke dah berjaman wujud. alolo ketinggan erl sungguh ahkak ni. Apa pun selamat bertugas

    ReplyDelete
  6. nampak mendamaikan je kampus uitm kuala pilah ye SR

    ReplyDelete
  7. dah hujung2 semester ya... patutlah nampak lengang

    ReplyDelete
  8. anak sy belajar di UiTM Machang...tp sem ini dia skip sbb masalah kesihatan. Bln Mac ni sambung balik. Harap dia sempat pulih.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah sampai uitm Pilah ni...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.