Sewa Kolam Theme Park di Kuantan

Assalamualaikum wbt

#throwback


Bulan lepas, kami sekeluarga (belah SR) ada berkumpul. Adik-beradik SR tak ramai pun, adalah tiga orang. Tapi, itu pun susah nak berkumpul semua serentak. Hahaha. Jadi sekali-sekala berkumpul, selain makan dan catching up, adalah juga sewakan kolam theme park ni untuk anak-anak.


Ramai yang ada buat business ni sekarang kan. Rasanya dalam circle kita, mesti ada yang pernah lalu iklan sewa kolam ni, atau ada orang yang kita kenal yang ceburi business sewa kolam theme park ni.

Kiranya ini pengalaman pertama SR sewa kolam theme park ni untuk anak-anak. Baru SR tahu yang sepanjang kolam ni hendak digunakan, pump dia kena sentiasa on. Ingatkan macam kolam renang plastik yang biasa tu, isi angin, lepas tu tutup lubang angin dan biarkan untuk guna.

Rupanya kena ada sumber elektrik yang berdekatan, agar suis pump boleh dipasang.

Walaupun macam tu, SR tengok theme park pool yang kami sewa ni selamat. Alhamdulillah okey aje masa anak-anak dan anak buah SR mandi dan main dalam tu. 



SR sewa dari Home Theme Park, search aje homethemepark.my di Instagram. Mereka ni cover kawasan Kuantan dan Pekan. Untuk hari tu, SR pilih kolam kod HTP-01, macam dalam gambar ni. Harga untuk HTP-01 ni adalah RM130 untuk 9 jam, dan jika nak 30 jam, cuma RM180.

Onz la apa lagi.




Puas budak-budak main kolam dua hari. Bila tanya best ke? Semua cakap best. Siap sedih lagi masa owner kolam theme park ni datang ambil balik kolam dia.

Cuma, kalau merancang nak mandi sekali dengan anak-anak (orang dewasalah maksud SR), tak sesuailah ambil kolam kod yang SR pilih ni. Sebab pool dia memang cetek dan kecil macam dalam gambar tu aje.

Boleh pilih yang besar sikit kalau kalian ada kawasan besar. Kot lah nak join sekali main gelungsur dekat kolam tu kan. Hahaha!

Oh ya, bola-bola dan pistol mainan pun datang sekali dengan kolam tu. Disediakan. Best kan? 😉

Baca ini juga 👇👇👇

Post a Comment

9 Comments

  1. Menarik ni Syaz. Lagi selesa, boleh main kat rumah je. Senang orang dewasa nak pantau.

    ReplyDelete
  2. owhhh baru tahu kolam gini kene sentiasa on dia punya pam

    ReplyDelete
  3. Menarik...budak2 suka la ni sure x ingat perut lapar and nak main je...

    ReplyDelete
  4. Cuya pon perasan orang buat bisnes kolam mcm ni... next time bolehlah CUya book untuk anak2 buah bila balik.

    ReplyDelete
  5. murah juga sewa nya kan Syaz, berbaloi lah untuk keseronokan anak-anak di rumah.

    ReplyDelete
  6. Oh? Tak tau pun benda ni boleh sewa.... Maklomlah, fasa anak kecik lama berlalu....

    ReplyDelete
  7. murah jugak harganya ye SR, puas la main budak2 tu...

    ReplyDelete
  8. Baru2 ni anak2 sedara wak pun sewa sebiji main kat kampung. Puas anak cucu main

    ReplyDelete
  9. memang best la kan..MA pun ada sekali tgk..adik ipar sewa. memang sesuai utk anak2 kecil and kita leh jaga semua..seronok diaorang

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.