Samosa Mini Bistari Food Industry

Assalamualaikum wbt


Selalu jumpa popia mini dan popia simpul kalau dijual dalam botol-botol jenis macam ni. Tapi, masa SR singgah beli makanan untuk makan dalam kereta waktu perjalanan balik ke Kota Bharu masa raya ketiga yang lepas, SR terjumpa samosa mini ni. Dijual dekat Petronas di LPT. SR pun terus ambil dan bayar sekali dengan makanan dan air-air yang SR memang cadang untuk beli masa tu.
Kiranya samosa mini ni, kalau diikutkan tak ada dalam perancangan pun. Beli sebab tergoda.


Bila dah buka dan cuba, eh sedap rupanya! Kuih-kuih kampung macam ni, jarang mengecewakan kan! Jadi, memang SR dan zaimi bedallah masa zaimi memandu. 

Krup krup krup...
Sedap dan rangup!


Isi dia rasa sedang elok tau. Tak pedas, tak manis. Just nice.
Oh kereta SR memang tak kuatkuasa sangat peraturan tak boleh makan dalam kereta. Terutama ketika perjalanan kami yang jarak jauh.

Memang kami benarkan aje sesiapa nak makan atau minum, asalkan kemas semula dan cuba sehabis baik supaya tak tumpahkan apa-apa. 

Terutamanya zaimilah, Dia memang memerlukan makanan dan minuman untuk drive jauh. Sebabnya, zaimi tak merokok. Jadi makan adalah cara hilangkan mengantuk. Anak-anak pun SR tak marah kalau makan. Sebab, kesian juga kalau anak-anak lapar masa dalam perjalanan. Balik KB tu memang jaranglah tak sesak! Takkan nak biar perut anak masuk angin.

Makan ajelah, Kadang kalau bulan puasa, siap berhenti tepi, sahur nasi dalam kereta. Haha! 

Eh jauhnya SR dah lari topik. Ok, samosa mini ni sedap, bolehlah sesiapa nak cuba. Sila sila!

Post a Comment

8 Comments

  1. Mmg rare tu... jarang samosa dijual dalam botol... masa driving jauh mmg perlu sgt kudap-kudapan kan? nak elak ngantok.. paling x pun ada gula² lah.. kalau kereta sy mmg tempat picnic sblm anak² ke kafa... mkn dan salin baju dalam kereta.. itu zaman kakaknya dulu.. skrg tugas ayah pulak handle adik² kafa

    ReplyDelete
  2. menarik ni boleh beli kot la terjumpa, akak pun sama je kalau jalan jauh boleh je makan dalam kereta memang stok kudap ada banyak selalunya. Suami akak sama mcm Zaimi tak merokok jadi nk hilangkan mengantuk bekalkan jajan ke, air atau gula-gula

    ReplyDelete
  3. masa bln puasa lalu abe kie n anak2 akan moreh sama ada mertabak atau samosa aje. kuih2 yg lain jrg benar beli. dua benda ni yg sedap n harga patut...

    ReplyDelete
  4. haah jarang jumpa samosa mini. nak kena cuba juga nti ni hehe

    ReplyDelete
  5. Cutenya samosa mini. Tak pernah pulak jumpa.
    Sama, kalau travel jauh naik kereta, kena ada kudap-kudapan juga.

    ReplyDelete
  6. Botol saiz ni kecik sangat untuk uncle!

    ReplyDelete
  7. kiutnya tengok saiz dia tu..okey boleh beli kalau terjumpa...

    ReplyDelete
  8. Bistari food industry ni product Muslim kah.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.