Kisah Onigiri dan SR

Assalamualaikum wbt


Sebenarnya kan, jujur SR cakap, SR tak pernah buat dua benda sebelum SR punya trip ke Jepun baru-baru ni. Ever. Apa dua perkara tu?
1. SR tak pernah masuk Family Mart. Betul, tak tipu.
2. SR tak pernah beli onigiri untuk makan. Maksudnya, beli sebab teringin nak makan. Tapi SR pernahlah order sushi box dari kawan SR, rasanya masa tu dalam set tu ada onigiri. Kot? Hahaha!

Sebelum ke Jepun pun, kawan SR yang memang ada di Jepun ketika itu (tujuan ke Jepun sebab nak lawat dia), Muadz, memang selalu sangat sebut - "Makan onigiri."

SR was like... Sedap ke? Kenyang ke? Mampukah aku bertahan... Woa woa (Nyanyi lagu Hujan)

Tapi bila dah jejak kaki dekat Jepun, kawan- kawan travel group SR ajak masuk 7 Eleven dekat sana. Sebab kami touch down malam tu, tidur airport sampai pagi, memang tak makan apa-apa lagi. Jadi sebelum memulakan hari, dia ajak beli onigiri.

Memang blur blur.

"Pilih yang seafood, Syaz. Insyaallah kita boleh makan, sebab kita di negara orang, macam ni lah." Ujar kawan SR yang lain juga.

"Syaz buka Google, klik ikon kamera. Pilih translate, dan snap gambar di bahagian ingredient belakang onigiri tu. Nanti keluar ramuan dia. Kot-kot Syaz nak lebih kepastian." Tambah kakak paling senior dalam group SR, Kak Noorlis.

Mereka berempat memang tahu, ini kali pertama SR ke luar negara. Memang blur ayam. Memang diorang guide dari scan passport dekat airport, sampailah masa nak bayar dekat kaunter 7 eleven tu.

Kaunter dia lain tau, bukan macam dekat Malaysia ni. Pekerja kaunter memang sentiasa ucap "Ohaiyogizaimas." Siap tunduk-tunduk. Tangan tunjuk-tunjuk itu ini. Memang dia tak cuba cakap English langsung gais.

SR tengok aje mesin depan SR tu. Ada banyak slot. Ada slot suit kertas, duit syiling, ada macam laci pulak. Apakah..?

"Syaz, lepas scan harga. Masukkan duit dekat sini. Masukkanlah duit 10K Yen Syaz tu. Alang-alang kita boleh pecah duit."

SR angguk dan turuti. SR scan onigiri shrimp mayo dan kopi latte. Keluar harga dalam 400 yen lebih. SR terus masukkan duit 10K Yen SR yang pertama. 

Keletang keletang keletang!

Baki keluar ikut laci dekat mesin tu. Lah, dia bagi syiling??

"Tak apa syaz. Ambil, simpan dalam coin purse. Senang dah ada syiling. Dekat Jepun banyak vending machine yang guna syiling. Ini, walaupun syiling, tapi dia 500 yen. Besar nilai dia." Kak Noorlis memang guide SR betul-betul. Terus SR register semua butir kata dia dalam otak SR yang rendah RAM ni cepat-cepat. 

Dekat negara orang tak boleh blur katak lama-lama!

Lepas selesai semua, SR pun naik bas ke destinasi kami yang seterusnya pagi tu. Dalam bas, SR makan onigiri tu. Serius cakap, nak buka bungkusan dia pun tak pandai. Tapi dah lapar, kenalah redah juga. Dahlah tengah kelemasan. Sebab naik bas ekspress dekat Jepun, bila dia lalu lebuh raya, kena pakai seat belt. Kita kan tak biasa, rasa terkepit aje hahaha!

Perlahan-lahan SR buka, dan makan. Makan sejuk-sejuk. Sebab dia keluar dari peti ais kan. Masa pertama kali kunyah, terus SR macam... Wow! 

Sedap rupanya πŸ˜‚

Kebetulan ada chat dekat group trip Japan tu. Group besarlah kiranya. Pagi tu SR dengan geng solo aje. SR pun up lah gambar SR makan onigiri tu, dan SR cakaplah rupanya sedap onigiri.

"Syaz, saya nak bagitau ni. Seaweed tu boleh makan tau Syaz." Muadz reply. Haa kantoi SR tak makan seaweed ahaha! 

Masa tu memang SR asingkan seaweed, tapi lama-lama (ceh macamlah lama sangat dekat sana!) SR dah boleh ngap sekali dengan seaweed.

Onigiri tu walaupun kecil aje kan, bukan setakat sedaplah, tapi mengenyangkan rupanya. So it all makes sense lah yang Muadz asyik suruh makan onigiri. Makan pagi, tahan lah tak lapar sampai petang.

+++

Jadi pagi ni, SR teringin pula nak makan onigiri. 
Kerlass kau syazni nak sarapan onigiri! Hahaha!

Ala sekali-sekala layan tekak. Asyik makan nasi lemak dan nasi berlauk aje kan. Pagi ni ubah selera sikit. Lepas hantar ayu ke tadika, alhamdulillah jalan ke Pilah tak menyakitkan hati pagi ni. Terus aje ke Pilah Gateway, masuk Family Mart dan beli onigiri.

Sekian cerita SR dan onigiri. Entah ke mana-mana entah SR mengarut ni haa... πŸ˜‚

PS: Jangan tetibehh teringin yakiniku pulak sudah. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Akk pun belum pernah makan onigiri 🀫
    Masuk FM tak tau beli apa haha... Itu yg sekali je kot masuk situ hehe

    ReplyDelete
  2. Kita selalu nampak onigiri ni tapi belum ada hati nak makan, hihi.

    ReplyDelete
  3. OOoooo.... ini ke rupa onigiri tu? uncle baru tau!

    ReplyDelete
  4. Wak tak kenal dan belum pernah makan onigiri
    Masuk restoran makanan jepun pun tak pernah

    ReplyDelete
  5. kita selalu jugak beli .. tp beli jenis lain2.. niat nya nak cuba semua yang ada.

    ReplyDelete
  6. Hahaha... kelakar la SR ni.
    Mrs. A pernahlah makan onigiri ni masa Family Mart mula-mula open di Center Point dulu

    ReplyDelete
  7. Hahaha... mkn onigiri x mkn seaweed.. adoi la syaz... lucu... kalau ke supermarket aeon benda wajib beli ni lah onigiri... #theIMANs mmg suka

    ReplyDelete
  8. Pertama kali akak makan onigiri ni di Family Mart. Bukan teringin tapi masa tu terpaksa beli stok makanan nak dok hotel. OK jugaklah rasa dia boleh ulang beli. Agaknya yang di Jepun tu lagi sedap ya?

    ReplyDelete
  9. haaahhah akak mampu gelak je tapi biasalah pengalaman pertama kita kan, tapi seronok bila di pikirkan. Onigiri tu kenyang sebab nasi nya tu yang macam ada pulut, ada isi dalam onigiri tu itu yg buat kenyang tu. Cakap gini sebab baru lepas makan onigiri jumaat lepas hhehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.