Adam Grad Little Caliphs

Assalamualaikum wbt

#throwback


Gambar dari official photographer masa adam grad dari Little Caliphs tahun 2019 hari tu. Kecik dan pendek lagi adam masa ni. Dengan baju oversize dia tu. 

Bila tengok balik muka adam masa ni, muka dia macam ayu sekarang. Dua beradik tu memang iras, bahagian hidung aje lain sikit. 

Sekarang ni dah tinggi dan muka pun dah matang. Siap dah ada misai-misai halus pula dekat bawah hidung adam. Rasa macam lama, tapi sebenarnya rasa tiba-tiba aje anak sulung ni dah besar.

Moment yang tak akan patah balik, kan?

Ah...touching pula. Stay safe and take care gais 😄

Post a Comment

8 Comments

  1. cepat ank2 membesar, dan remaja, dewasa dan suatu masa kita hanya akan tersenyum melihat gambar2 mereka waktu kecil☺️☺️

    ReplyDelete
  2. hahaha... semalam godek2 hp jumpa video lama anak menyanyi. sekarang dah form 2 dan form 3. Rasa kejap pula masa berlalu... tapi masa diorang kecik, rasa lambatnya besar, nak nak time meragam...

    ReplyDelete
  3. Semoga Adam membesar dengan bijak dan menjadi anak yang soleh..

    ReplyDelete
  4. Akk pun 2-3 hari lepas terjumpa gambar Angah masa kecik, tembam! Lain sungguh dgn skrg, kurus tirus mukanya haha...
    Mudah-mudahan Adam sentiasa dalam lindungan-Nya 🤲

    ReplyDelete
  5. Anak dulu pun Tadika Little Caliph. Zaman dulu bajunya warna ala oren. Sekarang ni jadi warna kuning. Tak kisah la oren ke kuning ke moga anak menjadi anak yang soleh.

    ReplyDelete
  6. bila tgk gambar anak2 masa kecik, tgk skrg dh besar..mcm tak caya je..rasa macam baru je tgk dorang kecik, jalan pun terkedek-kedek..hehe..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.