Assalamualaikum wbt
Hujung minggu lepas, SR, zaimi dan anak-anak balik menjenguk emak dan abah di Kuantan. Ambil peluang berbuka puasa sama-sama juga, sebab sejak 1 Ramadan, tak balik lagi. Tahun 2024 ni pula, giliran beraya belah zaimi. Lepas dah dapat berbuka 2 hari bersama-sama, entah raya ke berapa pula nanti nak balik untuk beraya pula sama-sama.
Jadi, masa dalam perjalanan balik semula ke Kajang, kami cari keropok lekor mentah untuk dibawa balik. Banyak aje kedai keropok lekor yang ada, tapi nak cari yang sedap tu, tak tahu juga. Sebabnya, SR tak berapa familiar juga kawasan Beserah ni.
Zaimi pun search la dekat Google, kot ada review kedai keropok lekor mana yang sedap. Adalah yang tulis tentang keropok lekor 'W'. Tapi, masa kami sampai di kedai dia, tutup pulak. Tak ada rezeki nak cuba keropok dia.
Akhirnya kami singgah aje lah di Keropok Lekor Linda, terletak berhadapan dengan Shell Beserah. Rezeki Keropok Lekor Linda lah nampaknya.
Masuk saja ke dalam kawasan kedai, boleh nampak meriah betul jualan di kedai dia. Macam-macam ada. Niat asal nak beli keropok lekor mentah, terus tersampuk beli yang lain-lain sekali. Kerasukan. Haha! Sebab tu janganlah pergi beli groceries masa lapar gais.
|
Rambang mata SR |
|
Keropok keping, sambar sebungkus! |
|
Keropok lekor frozen pun kami ambil! |
|
Biskut dalam tin pun SR beli setin! |
|
Kalau ada yang nak beli keropok keping timbang, pun ada di Keropok Lekor Linda Beserah |
|
Penyu gebu |
|
More keropok keping |
|
Bantal comel-comel |
|
Akak uli keropok lekor. Belakang tu ada juga bengkel buat kuih. |
|
Bayar di kaunter, boleh bayar secara QR juga |
SR beli apa?
Nak tengok ke?
Hahaha bajet-bajet celebrity pulak kan, nak tunjuk beli apa dekat kedai keropok lekor dekat Beserah tu. Tapi tak apalah, SR simpan sini untuk kenangan.
SR beli.....
|
Biskut tin jenis biskut jem. |
|
Keropok keping ikan tamban |
|
Sos pencicah keropok Cap Tapak Sulaiman, made in Ganu! |
|
Keropok lekor semestinya! Yang frozen beli, yang baru siap rebus pun beli. Sebab jarak ke Kajang tak lama pun perjalanan. |
|
Dan kami beli bahulu mini sebekas |
Itulah sahaja yang SR beli. Asalnya nak beli sebungkus aje keropok lekor, tapi terlajak perahu sudaa. Haha!
Oh ya, pada pendapat SR, jika ada yang cari keropok lekor mana yang sedap di Beserah atau Kuantan, dan jika berada berdekatan, boleh aje beli di Keropok Lekor Linda. Bagi tekak dan lidah SR, rasanya sedap. Ikan banyak, dan padat.
Masa goreng pun tak meletup-letup. Tiada kecederaan percikan minyak berlaku! Tapi, selera masing-masing kan tak sama, tapi manalah tahu, sama pula selera kita bab keropok lekor, kan?
Jadi, beberapa harilah jugaa SR goreng keropok lekor juga untuk berbuka puasa dengan anak-anak di Kajang ni. Memang laku keras. Mesti habis punyalah kalau digoreng tu.
Nanti bolehlah repeat beli kalau balik ke sana lagi.
8 Comments
SR balik Kuantan nanti boleh cuba keropok lekor pok nasir dekat batu 3,belakang nirwana hypermarket batu 3...pada tekak saya setakat ni yang disitu paling sedap
ReplyDeleteKeropok lekor kalau makan tak gatal lidah, cornfirm sedap.
ReplyDeleteKeropok lekor yang sedap apabila dah ada orang masakkan.. Kalau tak masak, duk saja dalam peti ais.. Hihi
ReplyDeleteSedapnya keropok lekor.... keropok kering pun sedap, lagi² makan sambil tengok TV hihi
ReplyDeletebanyak jugaaa tuuuu memborong
ReplyDeleteharga okey tak?
Banyak jugak hasil tangkapannya. Nanti bolehlah repeat beli dah tahu mana nak beli.
ReplyDeleteBorong banyak tak keropok-keropok tu
ReplyDeleterambang mata betul kan bila byk2 gini..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.