Assalamualaikum wbt
#throwback
Sorry angle gambar tak cantik hahaha! |
Tu dia punyalah nak makan nasi royale yang baru buka di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi ni, kami memang follow rapat bila kedai ni nak mula beroperasi. Haha! SR dulu kecil-kecil selalu makan nasi royale ni di kampung abah SR di Alor Star. Jadi bila dah besar dan jarang ya amat ke Alor Star, teringat kenangan lamalah bila terjumpa outlet Nasi Royale ni kan.
Dipendekkan cerita, kami bersarapan tiga beranak pada hari kedua pembukaan cawangan Nasi Royale Haji Lukman di Bangi Gateway ni. Yahoo!
Alamat Nasi Royale Haji Lukman Bangi:Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorLokasi: KLIK
Nasi royale ni apa? Haa.. Nasi royal ni adalah sejenis hidangan nasi yang berwarna kuning, yang sedap dimakan dengan kuah-kuah kari walau hanya berlaukkan seketul telur rebus! Tapi, sedapnya bertambah kalau makan dengan daging hitam, atau sotong gulai weh.
Oklah, siapa tahu definisi sebenar nasi royal, share dekat bahagian komen ya! SR merapu ikut kepala sendiri je tu hahaha!
Oh ya, berbalik pada review SR makan di Kedai Nasi Royale Haji Lukman ni (review la sangat haha!), marilah SR kongsikan sedikit sneak peek dalam kedainya. Dan untuk pengetahuan korang, nak parking dalam kawasan Bangi Gateway kena bayar tau, bawalah kad touch n go korang kalau nak ke sini.
Ok let's tengok gambar-gambar SR di Kedai Nasi Royale Haji Lukman Bangi ni, sebab SR pun dah tak boleh buka mata dah ni, mengantuk bangat sebab hari ni banyak betul benda dibuat di kampus.
-
-
-
-
Sebab dah lama teringin, SR ambil lauk sotong. Harga jangan tanya. Oh ya SR ambil ayam goreng sekali. Yums! |
Kami makan bertiga aje masa ni sebab pagi tu kami bawa ayu buat persembahan sempena hari raya aidilfitri di Sekolah Seri / Semi ABIM. Patutnya boleh makan saja di jamuan tu, tapi disebabkan dah lama mengidam nasi royale ni, tu yang mai jugak jugak!
Ada nampak muka saya happy? YA! SR sangat happy, walaupun sotong sedikit liat, SR maafkan sebab nasinya sedap. Ayu pun baik punya kayuh. Sampai SR dan zaimi ajak bergambar pun, dia masih menyuap nasi 😂
Kedai Nasi Royale Haji Lukman ni lokasinya di bahagian corner bangunan, dari pagar Touch n Go nak masuk tu, dah terus nampak kedainya. Boleh makan di luar, ada juga ruang makan di bahagian dalam. Boleh pilih nak makan di mana ikut kegemaran masing-masing.
Jadi, recommended ke tidak?
Bagi SR, ya! Pergilah makan di sini. Sedap! Ada roti canai juga tau. Bolehlah buat gilir-gilir tukar-tukar kedai makan kan. Lepas makan nasi royale, boleh pergi brisk walk buang kalori dekat Central Park IOI Putrajaya pula! Hehe...
Okey gais, itu sahaja dulu dari SR. Keep in touch!
Pernah makan tapi kat Melaka, amboi sotong tu gomok2 erk...geram plak tengok
BalasPadamwa.. ade juga roti canai... yumm yumm..
BalasPadamTQ kongsi info.. nampak sedap makan sini. Saya yang tak jauh mana ni pun belum sampai lagi.
BalasPadamSotong buncit tu ..kalau sedap sure akan repeat lagi
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.