Selamat Hari Raya Aidilfitri 2024

Assalamualaikum wbt


Selamat hari raya aidilfitri SR dan keluarga ucapkan kepada semua yang terbaca post ini. Maafkan kami sekiranya ada salah silap kami di mana-mana, samada sedar atau pun tidak. SR pun dah beberapa hari tak jenguk blog ni. Habis merudum juga trafik hahaha!

Kisahnya hujung minggu lepas, emak dan abah SR datang ke rumah. Bila emak dan abah dah ada dekat rumah, ada sajalah plan yang berjalan. Kebetulan hari lahir anak sulung SR pula. More kepada aktiviti memasak dan mencari bahan masak serta makanan. 

Lepas tu, dah sibuk berkemas untuk balik raya di kampung zaimi pula. Dah hari perjalanan tu, dah keletihan pula nak buka blog. Semalam, SR merendang pula. 

Ewah habis bizi lah hidup ha! Hahaha! Harap kalian semua masih tak lupakan SR ya! 


Tahun ni kami tak pakai baju sekayu, zaimi kata nak repeat baju dia yang tahun lepas sahaja. Sebab masih elok dan tak luak lagi. Anak-anak lelaki pula, dapat warna coklat mocha cair tu sahaja yang ada saiz untuk adam dan amir masa kami cari baju raya anak-anak di Jakel. Jadi, ayu pun kami belikan warna yang senada dengan abang-abang.

SR beli baju dari Shopee aje. Nasib baik ngam dan sedap kainnya. Ada labuci-labuci. Hahah! Bergemerlapan SR hari ni. Ala kasi can lah, sekali-sekala kan. Beli warna kelabu sebab nak senada dengan zaimi. Tudung hitam. Ayu pula SR belikan dia tudung kelabu juga, sebab kebetulan corak di baju dia ada bunga warna kelabu.


Dah kenapa SR pergi explain panjang lebar pasal konsep baju kami tahun ni? Ahaha! Di Wakaf Bharu hari ni, cuaca mendung, tapi masih panas. Bergambar sekadar ada aje, sebab panas weh nak berlama-lama di bawah rumah. 




Anyway, semoga raya kalian ceria dan bermakna di samping orang tersayang. Kalau sudi, ceritalah baju raya warna apa, raya di mana, makan apa? 

Cer citer, cer citer!

Post a Comment

10 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    Maaf Zahir Batin dari PH 🌹
    Kedah pun panas tak tau nak habaq! Rasa nak dok dalam kereta ja, biaq kena ekon ja 😅

    ReplyDelete
  2. selamat hariraya aidilfitri 2024 utk cikpuan SR sekeluarga., aminn

    ReplyDelete
  3. Bunga api cantik berseri,
    Pelita bulu menghiasa halaman;
    Hari Raya menjelma lagi,
    Tangan dihulur bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
  4. Satu Syawal menjelang tiba,
    Saudara Palestin jangan dilupa,
    Sekiranya ada silap dan dosa,
    Ampun dipinta di hari mulia.

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  6. Cantik sedondon di hari raya. Kira okaylah tu senada warnanya, tak lari jauh.
    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya SR & famili..maaf zahir & batin..

    ReplyDelete
  8. Salam Syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

    ReplyDelete
  9. cantik sgt padanan warna baju raya tu syaz. selamat hariraya maaf zahir batin

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.