Kamera Mainan Tapi Boleh Tangkap Gambar Betul-Betul!

Assalamualaikum wbt


Awal Mei hari tu, hari lahir ayu. SR tanyalah dia, dia nak apa untuk hadiah birthday. Dia kata, dia nak kamera. Nak kata advance budak zaman sekarang, dia siap bagi SR link shopee untuk kamera yang dia nak 😂

Bila tengok harga, dalam RM40. Kira onz aje lah. Kamera tu walaupun rupanya macam mainan, tapi boleh tangkap gambar. Boleh masuk memory card lagi. 

Kualiti gambar, macam zaman tahun 2006, 2007 punya kamera digital. Up sikit dari kamera telefon bimbit polifonik. Boleh rakam video juga tau. Kira canggihlah kamera mainan pun haa!

Jadi, sekarang tiap kali pergi jalan-jalan, ayu akan sangkut kamera dekat leher dia dan tangkap gambar. SR dengan zaimi la asyik jadi modelnya.

Manalah tahu tiba-tiba bercambah pulak minat nak jadi jurukamera profesional! Hahah!

Post a Comment

7 Comments

  1. Wahhh hebat la kamera tu comel la kamera tu

    ReplyDelete
  2. alolo comelnya camera ayu...canggih juga walau 40rgt je

    ReplyDelete
  3. Wow…siap bagi link Shopee 😂
    Menarik jugak eh mainan gini. Boleh jugak asah kemahiran ambil gambar.

    ReplyDelete
  4. Wahhh bagus tu siap boleh ambik gambar. Lama dah zaman kamera ni berlalu kan. Zaman guna kodak dulu syok juga. Hihi

    ReplyDelete
  5. eh menarik laaa... meh kongsi link heheh

    ReplyDelete
  6. Tu kamera betul yg nampak macam mainan...

    ReplyDelete
  7. Bagus juga kalau kamera begini...untuk pupuk minat mereka ambik gambar

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.