Assalamualaikum wbt
#throwback
Hampir terlupa SR nak kongsikan pasal ni. Tadika ayu ada buat jamuan raya kecil-kecil beberapa minggu lepas, dalam hujung April. Jadi, cikgu-cikgu ada siapkan port untuk bergambar bagi anak-anak. Memang cikgu dah pesan dalam group WhatsApp, sampai sekolah pagi nanti, bolehlah bergambar jika mahu.
Kebetulan masa SR hantar ayu ke sana esoknya, tak ada orang lagi yang bergambar dekat situ. Jadi SR pun ajaklah ayu posing untuk gambar barang sekeping dua. Suruhlah dia berlakon tuang air macam anak dara zaman dulu-dulu.
Eh anak dara sekarang tak ke? Pun boleh. Cumanya setting booth tu klasik, jadi SR teringat zaman dulu-dulu masa SR baya-baya ayu.
Ayu pula memang dah nampak macam arwah nenek SR tapi versi mini 😂 Sebabnya, pakai baju corak, tudung pun corak. Teringat pula pada arwah, memang selalunya macam tu lah pemilihan baju dan tudung arwah nenek SR dulu. Dengan cermin matanya, dengan warna kulit yang sama tonanya.
Elok aje selesai SR tangkap gambar ayu yang akhir tu, SR pandang tepi, dah ramai pula yang beratur sebab nak bergambar. Aduh, tak perasan!
Sebab masa SR dengan ayu sampai tadi, memang lengang selengang-lengangnya 😂
Terus suruh ayu turun dan masuk dalam tadika. Sebenarnya bab-bab bergambar ni, ayu tak berapa kisah sangat. Dia hanya follow aje arahan. Yang beria adalah emaknya! Hahaha!
Anyway, terima kasih cikgu-cikgu sebab sediakan booth bergambar yang tema klasik, penuh dengan kain batik dan hiasan seperti di kampung-kampung. Ada jugalah gambar ayu untuk banyakkan koleksi gambar dia.
Dan, Selamat Hari Guru juga SR nak ucapkan buat semua guru-guru di seluruh dunia! Tanpa anda, siapalah kami! Lurve!
Cantik kan set cawan tu.
BalasPadamAyu nya
BalasPadamgadis melayu yg comel
Mak mak memang terpaling beriya suruh anak bergambar... haha
BalasPadamWAH AYU POSING AYU
BalasPadamComelnya dia! Pandai Ayu bergaya.
BalasPadamKenapalah Ayu tak tangkap gambar emaknya pula
BalasPadamsamalah dengan anak saya, redha melayan kerenah ibunya bila bergambar.. hehehe..
BalasPadamdekorasi dekat tadika tu cantik, ala-ala klasik gitu.
amboi ayu kemain lagi bersimpuh ayu gituuu
BalasPadambiasalah mak2.. itu mujur tak mintak anak ambilkan gambar.. hehe
BalasPadamHalah.. halah.. Comelnya Ayu..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.