Kalau ada anak yang tinggal di asrama, SR rasa ibu bapa mesti pernah melalui situasi macam ni. Dah hantar anak balik asrama, dah pesan berkali-kali supaya periksa barang, sekali bila kita dah jauh... Ada barang tertinggal! Rupa-rupanya dalam kalangan ibu bapa anak asrama, ada satu istilah yang agak mencuit hati untuk situasi begini, iaitu BATHI.
BATHI bermaksud Barang Apa Tertinggal Hari Ini. Hahaha! Siapa yang cipta istilah ni memang faham betul kehidupan mak ayah yang ada anak duduk asrama. Adam pun mestilah tak terkecuali. Sesekali ada juga barang dia yang tertinggal. Dan disebabkan satu kejadian BATHI inilah, SR dengan Amir akhirnya dapat peluang dating berdua di Senawang.
Dompet Adam Tertinggal Dalam Kereta
Ceritanya bermula pada hari Ahad apabila kami bawa Adam keluar untuk Outing Harian (OH).
Selepas selesai OH, kami pun hantar Adam balik ke asrama seperti biasa. Dah selesai hantar, masing-masing pun rasa lega. Dalam kepala SR, bolehlah balik rumah dan berehat.
Sekali apabila perjalanan dah hampir sampai Kajang, Ayu terperasan sesuatu dalam laci pintu tempat Adam duduk tadi. Beg duit abang dia! Ya Allah... Dalam sibuk berpesan itu jangan lupa, ini jangan tertinggal, sekali benda penting macam beg duit pula yang tertinggal dalam kereta.
Nak patah balik masa tu memang agak susah sebab jalan dah mula sesak dan hari pun dah senja. Lagipun waktu untuk berjumpa dengan pelajar dah tamat. Kalau patah balik sekalipun, kami cuma boleh tinggalkan barang tersebut dengan pengawal.
SR pula rasa kurang yakin nak tinggalkan beg duit macam tu sahaja. Jadi kami buat keputusan untuk balik dahulu. Sampai rumah, SR balut beg duit Adam elok-elok, tulis nama dan segala maklumat yang perlu. Esoknya barulah SR rancang untuk hantar semula ke asrama.
Amir Jadi Peneman SR
Kebetulan keesokan harinya sekolah agama Amir cuti. Jadi selepas Amir balik dari sekolah pagi, SR terus ajak dia teman SR pergi ke Rembau. Walaupun hakikatnya Amir tidur sahaja sepanjang perjalanan, sekurang-kurangnya ada juga orang menemani SR dalam kereta. Hahaha!
Zaimi pula kena standby di Kajang sebab perlu jemput Ayu. Jadi perjalanan kali ini memang hanya SR dengan Amir sahaja. Sampai di asrama, SR selesaikan urusan menghantar barang Adam yang tertinggal dan mesej warden untuk maklumkan semuanya. Alhamdulillah, selesai misi BATHI abang!
Makan Berdua di Senawang
Selepas selesai urusan di Rembau, kami pun bergerak ke Senawang. Amir dah mula cakap dia lapar. SR pun terus on sebab SR sebenarnya lapar juga. Hehehe. Masalah seterusnya, nak makan dekat mana?
Pusing punya pusing, akhirnya kami singgah makan di The Chicken Rice Shop di Giant Senawang. Amir pilih meja tepi tingkap sebab katanya dia nak tengok pemandangan dan orang lalu-lalang. Baiklah, Encik Amir. Omak ikutkan sahaja.
Pesanan dibuat menggunakan kod QR. Selepas belek-belek menu, Amir pilih set mi, manakala SR ambil set nasi ayam single. Secara keseluruhannya, SR memang selesa makan di sini. Ruang makan bersih, penghawa dingin sejuk, servis pun mesra dan makanan sampai agak cepat. Cuma ada satu perkara kecil yang SR kurang gemar... Tak ada penyedut minuman.
Jadi kalau minum air berais, bibir kena terus sentuh cawan. Entahlah, SR memang lebih selesa menggunakan penyedut minuman kalau makan di kedai. Rasa sedikit janggal nak minum terus daripada cawan, terutama minuman berais. Tapi salah SR juga kot sebab tak bawa penyedut minuman sendiri. Lepas ni bolehlah simpan satu dua dalam beg. Hehehe.
Masa Berdua Dengan Anak
Sebenarnya SR suka juga apabila dapat makan berdua sahaja dengan seorang anak macam ni. Bila hanya berdua, suasananya lain sedikit.
Anak lebih bebas nak bercerita tentang apa sahaja tanpa rasa ayah, abang atau adik-beradik lain sedang mendengar. Kadang-kadang keluar cerita sekolah, kawan-kawan, perkara yang dia suka, perkara yang dia tak puas hati atau benda kecil yang selama ini dia simpan sendiri.
Masa macam inilah SR lebih banyak mendengar. Kalau perlu, SR bagi pendapat. Kalau dia cuma nak bercerita, SR dengar sahaja. Kalau ada perkara yang dia perlukan sokongan, SR cuba beri sokongan sebaik mungkin. Cewah, macam sesi heart-to-heart pula. Tapi SR rasa momen kecil begini sebenarnya sangat berharga.
Tak semestinya kena pergi bercuti jauh atau buat aktiviti mahal untuk cipta kenangan dengan anak. Kadang-kadang makan nasi ayam berdua selepas menghantar barang abang yang tertinggal pun boleh jadi satu memori yang manis.
Roti Kings dan Buah Potong
Sebelum balik, kami singgah pula beli roti di Kings yang terletak berdekatan The Chicken Rice Shop. SR memang suka roti-roti Kings. Sedap! Kemudian SR beli buah potong dekat kawasan pintu masuk. Bolehlah buat bekalan untuk kunyah-kunyah sepanjang perjalanan balik ke Kajang.
| King's Giant Senawang |
Kalau memandu jauh seorang diri, terutama selepas makan, SR memang suka sediakan sesuatu untuk dikunyah. Sekurang-kurangnya ada aktiviti sikit dan taklah terasa terlalu mengantuk sepanjang perjalanan. Selepas itu, barulah SR dengan Amir bergerak pulang ke Kajang. Begitulah kisahnya. Bermula dengan BATHI Adam, akhirnya SR dengan Amir pula yang dapat dating berdua di Senawang. Hihihi!
| TCRS Giant Senawang |
Kadang-kadang perkara yang tak dirancang inilah yang akhirnya mencipta satu momen kecil untuk dikenang. Penat memang penat sebab kena ulang perjalanan menghantar barang ke asrama, tetapi dapat pula masa berdua dengan Amir. Kira berbaloi jugalah BATHI kali ni. Tapi Adam, kalau boleh jangan selalu sangat ya! Hahaha!
Penafian
Catatan ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi penulis bersama keluarga. Nama premis dan jenama disebut berdasarkan pengalaman sendiri tanpa tujuan mempengaruhi keputusan pembaca.

Bab tertinggal baru tu kebanyakkan orang pun sama. Cth mcm balik kg, tidur di hotel/homestay.Sebab tu kena periksa betul2 sebelum nak bergerak,
BalasPadamAah lama jugak dah TCRS ni takde straw.
BalasPadamSebenarnya benda macam ni selalu terjadi. Nasib baik masa Dania duduk asrama time asasi dulu rumahnya dekat. Call je malam tu boleh sampai. Hehe.
BalasPadamSamalah, saya pun tak suka minum air berais tanpa straw. Rasa sejuk naik ke otak, gigi pun ngilu hee
BalasPadamsuka laa amir dpt dating berdua dengan omak
BalasPadammesti banyak benda dia meluah kannn...
org dah besar kannn... ;-)
Adam punya pasal, Amir yang untung
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.