Cubaan Beli Iced Ube Latte Zus Coffee



ZUS Coffee ada keluarkan menu baharu lagi! Kali ini yang menarik perhatian SR ialah Ube Series. Nampak warna ungu dia tu memang terus buat rasa macam, eh… comelnya. Kena cuba ni!


Terjebak Dengan Warna Ungu

So pada suatu pagi, SR pun buka aplikasi ZUS Coffee dan ternampaklah Ube Series ni. Antara pilihan yang ada, SR terus tertarik dengan Iced Ube Latte. Entah kenapa minuman warna ungu memang ada daya tarikan tersendiri. Nampak manis, cantik dan sangat Instagrammable ahahaha! Jadi, tanpa fikir panjang SR terus buat pesanan melalui aplikasi ZUS Coffee. Alang-alang beli, bolehlah kumpul points sekali kan. Kalau dah memang nak minum kopi, baik kumpul ganjaran sekali. Hehe.


Tunggu beberapa minit, akhirnya sampailah Iced Ube Latte yang dinanti-nantikan. Masa nampak cawan tu, memang berkobar-kobar SR nak cuba. Warna ungunya memang menarik dan nampak lain daripada minuman kopi yang SR selalu pesan.




Review Jujur Iced Ube Latte ZUS Coffee

Okay, tibalah masa untuk ulasan ikhlas dari hati... Sedap ke Iced Ube Latte daripada Ube Series ZUS Coffee ni? Untuk tekak SR, nampaknya kali ini kami tidak berjodoh. Huhu.


Bukanlah maksudnya minuman ni tak sedap langsung. Cuma kombinasi rasa ube dengan kopi tu tak begitu kena dengan selera SR. Susah nak terangkan, tetapi setiap kali minum tu SR rasa macam, "Hmm… bukan SR punya taste." Tapi disebabkan dah beli, sedaya-upaya jugalah SR habiskan. Sayang pula kalau buang. Lagipun, sekurang-kurangnya rasa ingin tahu tu dah terjawab kan daripada asyik teringat-ingat... Sekarang dah tahu jawapannya. Hahaha.


Kadang-kadang memang macam tu kan? Bila keluar menu baharu, terutama yang nampak cantik dan unik, kita jadi teringin nak cuba. Kalau tak beli, asyik terbayang. Bila dah beli dan rasa sendiri, barulah hati tenang.


Akan Beli Lagi?

Kalau ditanya sama ada SR akan repeat order Iced Ube Latte ni, kemungkinan besar tidak. SR rasa baik kembali kepada minuman yang memang dah serasi dengan tekak. Antaranya Coconut Latte. Haa, yang itu memang lain ceritanya. Rasa kelapa dengan kopi tu lebih ngam dengan selera SR.


Tapi bab rasa ni sangat subjektif. Apa yang SR kurang gemar, mungkin orang lain boleh jatuh cinta pula. Peminat ube mungkin akan lebih menghargai rasa unik dalam Ube Series ZUS Coffee ni. Jadi, jangan jadikan review SR sebagai alasan untuk tak mencuba tau. Kalau memang teringin, cubalah sendiri. Sekurang-kurangnya lepas tu taklah teringat-ingat macam SR. Haha.


Korang dah cuba Ube Series ZUS Coffee ke? Kalau dah, korang suka tak? SR nak tahu juga, adakah SR seorang saja yang tak begitu ngam dengan rasa dia? Share pengalaman korang dekat ruangan komen.


Penafian: Perkongsian ini berdasarkan pengalaman dan citarasa peribadi penulis. Rasa, kualiti serta pengalaman setiap individu mungkin berbeza bergantung pada pilihan dan pesanan masing-masing.

Catat Ulasan

4 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Hmmm...kena try juga kot la tersuka tapi kot la tak suka....

    BalasPadam
  2. Ube tu ekceli ubi ke? Ubi keledek ke weii? Hahaha mmg x la kot nak try.. seram plak kita ubi+kopi eh😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tu lah, tapi bagi kite memang tak kena haha

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad