Pages

Search This Blog

Showing posts with label merepek. Show all posts
Showing posts with label merepek. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

Novel Love You Mr. Arrogant untuk Dijual..?

Minggu lepas memang seminggu tu balik kampung Zaimi kat Kota Bharu, so kat sana online mengharapkan telefon je lah.. Ala korang taulah, kalau online guna telefon ni memang kurang feel.. Tak syiok..

Semalam masuk masuk office je memang terus membizi update fail bagai..
Yelah, minggu ni ada audit.. hehe..

So kalau rajin next entry baru cerita pasal Kota Bharu..

Dan ketika kat rumah mertua jugaklah aku terrrrr tengok drama pukul 7 kat TV3 tu, Love You Mr. Arrogant tu.. mula-mula tengok macam biasa lah.. tanpa sebarang perasaan. Sebab aku memang jarang sangat bukak TV3 kalau kat rumah, sebab mesti bukak 722 atau 411 ke.. 132 ke..

So layans..

Sekali eh boleh tahan gak drama ni ek. Tengok lagi. Eh. Suka pulak..hahahah!

Makanya tak pasal-pasal masa kat Kota Bharu jugak aku terrrrr beli novel dia kat Tesco.. kikiki..

Dah siap baca dah pun..hua hua hua..

Tapi nampak lah jalan cerita dia ada lari-lari sikit kan..
Tapi takpe, layanss!


Boleh tahan best gak tulisan Aliesha Kirana ni..
sekarang ni aku tengah baca yang Cinta Bersaiz XXL lak..

Tapi, Love You Mr. Arrogant ni memang BUKAN untuk dijual lah nampaknya..

hee...


p/s: apa ke hei nya aku ni?

Wednesday, October 9, 2013

Keadaan Tersepit Bawah Tayar

Tekanan.
Seminggu dua ni memang tekanan perasaan.
Satu sebab demam. Dan still belum kebah.
Lepas tu encik adam dah makin lasak. Senyap2 merayap sana sini.
Lepas tu budak baru lepas exam. Marking.

Oh my..
I need a good rest.
Seriously.

T___T


Apa yang tersepit bawah tayar?

Ha tengok gambar ni:

''
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



Yang tersepit itu adalah selipar laki aku hahah..
Kenapa aku amek gambar ni?
Sebab nak test camera telefon.
Aku tak berkenan sangatlah camera Galaxy Grand ni..
Asik out focus je..grrr..

Ok lah.
Jangan marah ok kalau korang berharap nak tengok orang tersepit bawah tayar.
Dan tak baik kot niat korang tu? Nak tengok orang eksiden?

Dah dah..

Aku nak sambung main pen merah.

Adam gak best.. happy je tengok BabyTV..

Friday, February 15, 2013

Isteri Tikam Belakang Suami Dengan Pisau

Melaka: Akibat berang dengan suami yang dipercayai menegur perbuatannya kerana kerap keluar rumah tanpa izin, seorang wanita ‘naik minyak’ dan bertindak menikam lelaki itu menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah rumah di sekitar Malim di sini, Isnin lalu. -Harian Metro.

Hah.. Jangan main-main dengan para isteri zaman moden ni, suami tegur sikit, terus mengamuk, ditebuknya belakang badan suami.. adoi..

Dah namanya suami, memang lah tanggungjawab dia kena tegur isteri kalau isteri buat salah, sebab apa-apa hal yang terjadi nanti, dunia akhirat dia yang kena tanggung. Dosa kau semua dia tanggung, tahu? Yang kau pun, dah dia tegur tu, kalau nak sentap pun, tak payahlah sampai nak bertikam bagai, bertikam lidah je dah la kot?


-Gambar Hiasan-

Tak pasal-pasal tobek belakang  badan lelaki tu.
Ish.

Korang nak baca dengan lebih lanjut, bacalah kat SINI ye.
Siapa-siapa ada gambar perempuan tu, bolehlah tinggal link kat aku. Saja nak tengok macam mana rupanya orang yang garang sangat tu. Hehe..


Thursday, February 7, 2013

Say No To Tudung Bawal

Eh, korang tau tak Sharnaaz dengan Shila Amzah anak ND Lala tu dah putus?


Ok, kalau tak tau pergilah Google. Tadi aku dah baca dah pasal tu.
Saja je tanya.. padahal tak berkaitan dengan entry pun. Hee. Hee.

Sindrom benci bawal.
Ye, itulah 'penyakit' aku sejak mula mengandung haritu.
Bawal kat sini maksudnya tudung bawal. Ikan bawal aku suka ok.
Haritu mak aku masak kari ikan bawal emas.
Fulamak dia punya awesome...perghh!
Barulah namanya makanan yaw! Aku belum tahap expert kari lagi dalam bab-bab memasak ni.
On the way..hahah.. Yang lain ok, kari ni macam dah level tinggi sikit bagi aku.

Bagi aku lah, kalau korang terer baguslah. *tepuk tangan*

Eh, apa cerita pasal kari ikan bawal pulak ni? Ni saja cari nahas nak tambah kelaparan diri ni.
Cis.

Ok, tudung bawal.
Kepada yang kot kot lah tak tau apo bondo lah tudung bawal tu, ha contohnya macam tudung yang aku pakai kat gambar bawah ni.

Motip letak gambar dengan chef celebrity? hahah..

Tudung yang asalnya empat segi, dilipat menjadi 3 segi dan dipakai mengikut citarasa sendiri.

Serius cakap, tudung bawal ni asalnya dulu daya penarik dia batu-batu dan sulam-sulam je.
Sekarang ni hamek kau.. macam-macam fesyen bawal dah ada.

Dan dulu, level of confidence *pui* aku hanya pada tahap normal kalau aku pakai bawal sahaja. SAHAJA ok. Pakai tudung jenis lain aku macam tak berapa nak selesa.


Tapi... sejak adanya budak tecit ni dalam perut aku, aku jadi sangattttttttttttttttttttttt rimas dengan bawal.

Ya Allah.. rimasnya... nak pin, nak selempang, nak adjust, nak gosok...arghh!

Sekali sekala tu ok lah jugak, boleh lah nak pakai.. tapi most of the time, aku akan rasa menyampah sangat-sangat dengan bawal. Maafkan aku bawal-bawalku yang dalam almari... Dah lama korang terbiar.. Dan tudung-tudung instant berawning tu lebih menarik mata aku.

Mungkin ni antara pe'el pelik aku masa mengandung kot.

Macam harini, hari Khamis nan berbatik sana sini. Aku pun match kan lah baju batik aku dengan tudung bawal. Masa kat rumah dah rasa dah serba tak kena. Takpe. Abaikan lagi perasaan tu.

Sampai office sebelum start kerja, dah ubah style pin tudung dah.

Ya Allah rimasnya lah.... Menyesal gila pakai bawal.. :(

Tiba-tiba teringat haritu aku ada beli tudung online *tetiba*.
Try tanya kot-kot dah sampai.

And yes, dah sampai.

Yang sehelai tu ada warna biru-biru.

Thank you Allah! Terus aku cabut itu bawal, pakai tudung awning.
Legaaaaaaaa... biarlah tak berapa match pun. Kah kah kah..


Phew..lega gila.. barulah dapat bernafas dengan tenang.

=))


p/s: nak tengok tudung yang kurang cerdik dan boleh menimbulkan rasa ingin menampar anak orang sedas dua? klik sini.

Sunday, August 14, 2011

Cobaan kali pertama

Aku update guna handset..


Hahaha..

Itu saje cobaan kali ini..

Mood jakun.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, April 11, 2011

Masa Itu Emas!

Oh masa terasa sangat cepat berjalan sejak aku bekerja ni.
Aku ingat lagi aku lapor diri di pertengahan Februari lalu, sedar-sedar dah nak masuk pertengahan April. 

Tak terasa masa pergi meninggalkan aku..uhuk..


Hmm.. memanglah harini aku rasa tak berapa nak segar..
Mengantuk je masa drive dari Semenyih tadi..
Penat mencubit diri sendiri..

Dah bukak blog pun aku tak tau nak tulis apa.
Pfftt..

Boleh pulak menung 5-6 minit depan laptop ni,
otak macam tak dapat nak berfungsi pulak.
Fikiran duk menerawang entah ke mana-mana..

Mood, sila balik boleh?
Janganlah pergi main lama-lama..
Karang orang yang tak bersalah menjadi mangsa..

Itulah.. 
Mulut & mata sama je berat dengan badan pagi ni..

Sebab tak cukup tido ke?
Gile..dah tido awal malam tadi pun tak cukup tido lagi?
Jiwa kacau rindu kekasih ke?
Dah call dia pagi tadi dah.. tapi aku still mandom macam ni.

Erghh..
Kemon lah mata..
Segar segar ria pliz?

ps: apa kah lah yang aku repek kan..

Monday, March 14, 2011

Di Kala Cintaku Mula Goyah Padamu..

Penantian dan harapan itu semakin menghimpit kalbuku.
Saban waktu aku menjengahmu dulu, namun kau tetap mengecewakanku yang tak pernah jemu mengharapkanmu..

gambar hiasan


Kau seakan tegar untuk terus kaku begitu.
Aku mulai pasrah, dan menjauhkan diri darimu..
Aku titpiskan harapanku padamu sehingga akhirnya ianya hilang sendiri seperti asap yang terserak di ruang udara...

Aku harus terima kenyataan bahawa aku sudah tidak mencintaimu lagi..

Namun, 
Di kala aku sudah mulai melupakan dirimu, 
Dalam diam kau mencurahkan kembali kasih sayangmu kepadaku!
Terkezut diriku melihat bukti cintamu padaku..
Itu pun nasib baik sangatlah aku tergerak hati untuk menjengahmu kembali pada hari ini..

Aku keliru.. Namun aku ucapkan syukur..

Terima kasih wahai Nuffnang..
Setelah berminggu aku kesadisan kau tak naikkan Earning aku walaupon aku tengok ada iklan yang ditempelkan ke blog aku, akhirnya kau bagi aku beberapa Buffered Earning yang 'wow' juga jumlahnya..haha!


Nuffnang, aku akan cuba mencintaimu kembali sayang!

Monday, December 13, 2010

Cadangan Encik Google

Aku bosan.

Oh baru aku perasan dah 4 hari aku tak update blog.

Makanya, untuk hilangkan bosan + update blog, aku telah membuat ini:

Menggunakan perkataan 'apa', 'siapa', 'bila', 'di mana', 'mengapa', 'bagaimana' dan 'berapa', dan taip di Google Malaysia punya search bar.

Selepas itu, Encik Google pun akan mula mencadangkan aku beberapa carian, seperti berikut:

1) Apa

-apa format
-apa itu cinta
-apa referencing
-apa system
-apa itu internet
-apa itu Islam
-apa kata wanita *tentang apa?
-apa citation style
-apa itu illuminati
-apa itu dadah


2) Bagaimana


-bagaimana untuk mengandung *erk?
-bagaimana sosilawati dibunuh
-bagaimana nak kurus *nak tau gak!
-bagaimana memulakan perniagaan
-bagaimana menjadi pelajar cemerlang
-bagaimana komputer beroperasi
-bagaimana nak buat blog
-bagaimana kehamilan berlaku
-bagaimana menyentuh hati *fuh keyword...
-bagaimana melaka mendapat nama *wah~!

3) Berapa


-berapa umur Justin Bieber *ada jugak budak tecit ni
-berapaharga.net
-berapa harga nokia e5
-berapa harga blackberry
-berapa tahun Malaysia dijajah *silalah bukak buku teks sejarah
-berapa episod epilog syurga cinta
-berapa ramadhan
-berapa episod cinta kirana
-berapa ramai penduduk Malaysia *nak tau jugak!
-berapa episod ular emas


4) Bila


-bila cinta
-bila cinta mp3
-bila berpacaran *lagu ni best!
-bila hari kausikan *erk?
-bila cinta lyrics *wah ramai search lagu ni~
-bila curang
-bila cinta 4shared
-bilal bin rabah 
-bila cinta mediafire
-bila cinta lagenda budak setan


5) Di Mana

-dimana Allah
-dimana sosilawati
-dimana suami sosilawati *ade terfikir juga pasal perkara ni~
-dimana keris taming sari
-dimana ku cari ganti
-dimana dajjal *takutnya~!
-dimana cinta *cari cinta kat internet??
-dimana azrinaz sekarang
-dimana janjimu dulu *erk? hehe
-dimana bumi dipijak *disitulah langit dijunjung


6) Mengapa


-mengapa yahudi bijak *pernah terbaca artikel ni dulu
-mengapa
-mengapa blackberry diharamkan *erk? mengapa??
-mengapakah malaysia dibentuk
-mengapa lirik *nice song~
-mengapa memilih profession perguruan
-mengapa kau pergi
-mengapa sosilawati dibunuh
-mengapa dirindu
-mengapa sepi tanpa berita *erk?


7) Siapa


-siapa bunuh sosilawati
-siapa maher zain
-siapa pembunuh sosilawati
-siapa sai baba
-siapa datuk bunuh sosilawati
-siapa dajjal
-siapa imam mahdi
-siapa mizz nina *tunang noh..haha
-siapa rosmah mansor *ade yang tak kenal ke??
-siapa namewee 


Macam-macam kan yang Encik Google cadangkan..hehe..
Itulah perkara-perkara yang sering di search..sebab tu boleh jadi top 10 kan?

Wednesday, September 29, 2010

Baju Daging Lady Gaga

Lady Gaga Meat Dress..yikes!


Perempuan ni memang lah lain dari yang lain..
Dahlah banyak berkaitan dengan iluminati.. dari dulu dia memang suka pakai pelik-pelik & tak senonoh..
Tapi aku tak pernah terfikir dia akan pagai baju dari daging.. eeeeiii!


Aku rasa geli menengoknya..huhu..
Macam manalah bau agaknye ye?


Dress, Topi & kasut, semuanya dari daging..
Mesti rasa sejuk2 lembik2 je kan?
Bayangkan masa dia duduk..arghh!

jangan ada artis kita yang ikut pulak lepas ni sudahlah..

ps: lepas ni ape pulak lah...

Thursday, March 25, 2010

8 cara hebahkan Earth Hour

Salam semua =)

Seperti yang kita semua sudah maklum,
27 Mac ni akan ada Earth Hour, yang dijangka berlangsung pada pukul 8.30 - 9.30 malam!~

Marilah kita sama-sama memadamkan lampu dan sebanyak mungkin barang elektrik dirumah kita,
di kedai kita, di asrama kita, atau di mana-mana sahaja, hanya untuk 1 jam sahaja.
Semua ini untuk kepentingan kita juga, inilah masanya kita menunjukkan keprihatinan kita terhadap bumi yang kita diami ini..

1 jam tak lama pun =)

Untuk memeriahkan lagi Earth Hour 2010 ni, mari kita sama-sama ramai-ramai hebahkan mengenai Earth Hour ini. Jom lah tunujukkan yang rakyat Malaysia pun prihatin juga, kan? :)

Mengikut Squidoo.com, dia ada bagi beberapa cara untuk kita hebahkan Earth Hour ini kepada mereka yang berada disekeliling kita, tapi yang mungkin tak tahu, atau lupa mengenai Earth Hour ini.

8 cara yang aku rasa relevan dan senang untuk kita laksanakan adalah:

1) E-MAIL

Kita boleh menghantar email kepada kenalan dan famili kita untuk memberitahu mengenai Earth Hour ini, boleh juga menggunakan surat biasa dan setem 30sen. Mana pun boleh, asalkan mesej kita sampai. Tetapi janganlah letak subjek email "Earth Hour", tapi bila klik, pergi laman web yang 'dapat2 duit' tu pulak ye.. memang nak kena sumpah..


2) FACEBOOK

Kebanyakan orang ada akaun Facebook sekarang, jadi bolehlah kita tulis mengenai Earth Hour ini dibahagian Status, ataupun Notes.. Di Facebook juga banyak page/group mengenai Earth Hour ni, yang boleh kita join dan invite sekali kawan2 kita..


3) FORUM

Kepada mereka-mereka yang gemar mencipta topik diforum, ha inilah masa yang sesuai untuk kita hebahkan Earth Hour ni, boleh juga kita bincangkan lebih lanjut mengenai Earth Hour ni, apa boleh dibuat dalam gelap2 tu, apa lagi yang boleh kita jimatkan.. macam2 lagi..


4) CAKAP

Cakap..cakap! Macam tuan direktor Ahmad Nisfu suruh.. Cakap saja mengenai Earth Hour ni kepada sesiapa yang kita jumpa, walaupun orang yang berdiri sebelah kita dalam LRT..haha.. Tapi tengok la mood dia dulu, buatnya dia tengah hangen 1 badan, karang Earth Hour kemana, kau kemana..


5) TELEFON

Sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang ada handphone, maka bolehlah sebarkan Earth Hour ni melalui telefon, tak pun SMS saja kalau kedekut kredit.. Sambil tanya-tanya khabar tu, boleh lah selit2 sikit cakap pasal Earth Hour ni..tak salah beringat2 ni.. 


6) PAKAIAN

Untuk kesan yang lebih menyeluruh kepada umum, anda juga boleh membeli dan memakai pakaian yang ada tercetak mengenai Earth Hour ini. Jadi bila masyarakat melihat cetakan di baju, topi, beg atau seluar anda itu, mungkin mereka akan teringat dan turut melaksanakan Earth Hour ini..kan senang tu..


7) BLOG

Rata-rata readers blog aku ni blogger kan? ha.. apa lagi, hebahkan mengenai Earth Hour ini di blog anda. Seperti yang aku buat ini.. haha.. untuk kepentingan dunia kita juga..


8) TWITTER

Cara yang paling mudah! Tweet kan saja mengenai Earth Hour ni di Tweeter.. Untuk kesan yang lebih menjadi, gunakan #Earthhour dalam Tweet anda.. secara tak langsung, mungkin ramai yang akan turut serta dalam Earth Hour ini ;)


Jadi, jangan lah nak hebahkan saja kalau kita pun tak buat,
mari kita sama-sama bersatu dalam menyelamatkan bumi dengan menyertai Earth Hour di Malaysia pada 27 Mac 2010, jam 8.30-9.30 malam..



ps: sikit-sikit lama-lama jadi bukit~

Friday, November 6, 2009

Patut ke tak?

Hello selamat pagi semua!

Pagi ini redup ye di sini.
Sampai rase mau tido balik..haha!

Emm..tadi aku belek2 la dompet sendiri..
AKu cek sume2 pe yang ade, buang ape2 yang tak patut..
ber gram2 la jugak jisim benda yang tak sepatutnye ade dalam dompet aku tu..huhu..

Pastu aku ternampak la MyKad aku..
pfft..

Trus memory mase gi amek exam PTD aritu kembali..
cet..

Mase aku gi amek exam PTD aritu,
kan kene bawak MyKad..
MyKad & slip exam tu kene letak atas meja,
nanti ade orang datang cek,
untuk membuktikan betul ke kite yang akan duduki sendiri exam tu..

FIne, aku pun wat la mengikut arahan..
Pastu ade la sorang mamat yang ditugaskan cek dari meja ke meja..

Tengah aku khusyuk melayan otak aku yang berkarat ni jawab soklan sejarah & pengetahuan am tu,
mamat tu pun sampai kat meja aku..
dia amek la MyKad aku, pastu dia tengok aku lame..

Aku bukan jenis perasan [sbb tak lawo pung],
aku tgk la dia balik.
Aku pun dengan separa sopan [sbb dia ganggu konsentrasi aku],
tanye la dia,

"Ye Encik?? Ada ape?"

Pastu dia jawab,

"Ni betol ke awak? Apsal lain sangat?"

"Hoh?? Saye le tu, 5 tahun lepas.."

Pastu dia senyum, letak MyKad aku, and blah..

Kebluran aku seketika....
ha ni la MyKad aku..
Lain sangat ke?
Ha ni lak gambar pasport aku yang terkini..
Lain sangat2 sangat2 ke??
Aku takde pun wat plastic surgery ke hape ke..

Patut ke aku gi wat MyKad baru?

adei..

Sunday, March 22, 2009

Berjalan 12 jam~

ye...arini g jalan dr kul 12 tgahari, sampai 12 tgh malam..
letih giler!!!!
aku gi mane?
haha...nanti aku crite yer...
sekarang mau tidor, dah kul 1 malam
[ni time Rose nak jumpe abang2 bujang lapok]
heheh...gudnite eberibadi~

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Disclaimer


All content provided on this "Syazni Rahim Blog" blog is for informal reading only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information or comments on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information.

The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.