Search This Blog

Wednesday, October 14, 2020

Telepati Coklat

 Minggu lepas, waktu lunch, aku dengan zaimi pergi ke Gedung Seri Minang dekat Gentam tu, nak cari barang adam sikit.

Dah settle beli barang, sementara zaimi nak bayar, aku adalah pandang coklat yang tersusun dekat kaunter. Tak adalah tenung ke apa, pandang sekejap, lepas tu buat macam biasa.

Dalam hati je lah berkata-kata, 'eh sedapnya nampak coklat Crispy ni'

Tiba-tiba zaimi tanya,

"Mak nak coklat ke?"

Apa lagi, takkan nak jawab tak pulak kan? 

hahahah

Superhero Wannabe | Wordless Wednesday


 

Tuesday, October 13, 2020

Gebu dan Manis

 Ada masa-masa nya, waktu lunch, aku dengan zaimi akan makan dekat 1 cafe di Taman Senimas.

Antara Dua | Fiksyen

 Cerpen ini adalah sambungan dari cerpen Pesona Fitra.

Selamat membaca 😉

ANTARA DUA


Muhib bukannya tidak dengar, malahan Muhib boleh nampak perkataan ‘IBU’ tertera di muka telefon bimbit yang sengaja Muhib biarkan bergetar di atas meja. Sengaja Muhib biarkan panggilan dari Mak Yah dan Pak Din tidak berjawab. Tiada sekelumit niat untuk menjadi anak yang derhaka, tetapi Muhib inginkan masa untuk bertenang. Apa yang telah berlaku padanya hujung dua minggu yang lalu sangat mengusutkan fikiran. Malu!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ya it's me