insaf dalam renungan..

mungkin entry aku kali ni agak emo..
tapi aku betol2 kecewa..

mereka bangsa ku..
dia juga bangsaku..

yang beza cuma mereka itu mampu..
dia pula sedang diuji oleh Tuhan yang satu..
dia tak berdaya..
sekali pandang pun tau dia kurang upaya..

dia hanya meminta sedikit dari harta mereka..
sedikit.. bukannya luak..
namun bagi mereka dia itu beban..
beban yang tak patut mereka tanggung..
jadi mereka biarkan dia..
dia hanya berdiri dalam keadaan tidak pasti reaksi mereka pada dia..
sehinggalah mata ketiga dia membawa dia pergi ke arah mereka yang lain..

bukan semua mereka itu bakhil, tidak..
ada yang prihatin..
dan ada yang sedar dan mengingati pesan Tuhan dan utusanNya..
untuk saling membantu sesama manusia..
terutama lagi insan yang seperti dia..

namun aku cuma hairan..
apakah mereka yang mengatakan 'tidak' itu kurang yakin dengan dia?
atau kerana mereka itu juga ada kurang upayanya dari segi lain?

paling tidak ucaplah maaf kepada dia kerana tidak dapat membantu..
bukan dengan menggelengkan kepala beserta senyuman hina di muka..
kerana dia sudah pasti tidak dapat melihat itu semua..
kasihan dia..
kerana Tuhan menguji dia..
dengan tidak meminjamkan deria yang utama itu kepada dia..

Post a Comment

0 Comments