Rabu Resepi | Biskut Emping Jagung Berminyak Sapi

Apa khabar puan puan semua hari ni?
Hik hik...

Harini, resepinya adalah Biskut Emping Jagung pulak..


Ala, orang putih panggil cornflakes..
Nenek aku yang melayu pun panggil cornflakes jugak..

Eh ada ke orang yang guna perkataan emping tu ye?

"Pakcik, kedai pakcik ada jual emping jagung tak?"

Hahah.. semua suka dan selesa guna perkataan cornflakes kot ye?
Aku lah salah sorang nya..

Eh, merepek apa lah pulak aku ni?
Ok, let's see the recipe..

Bahan-bahannya:

150g mentega
100g minyak sapi
200g gula halus
2 biji kuning telur
1 camca teh esen vanila
200g emping jagung
100g tepung jagung
200g tepung gandum
100g tepung kastard
Sedikit putih telur (untuk sapuan)
10 biji buah ceri (optional)

Cara-caranya:

Pukul mentega bersama minyak sapi dan gula sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan emping jagung, kemudian kacau.
Masukkan kesemua tepung, dan gaul sehingga sebati.
Selepas itu, bentukkan adunan (bulat-bulat), dan sapukan putih telur.
Letakkan ceri di bahagian atas.
Bakar dalam 15-20 minit.


 Selamat makan kuih raya!


.

Post a Comment

0 Comments