Darah Adam | Anak Jatuh Mulut Berdarah

Ya Allah..
Allah SWT saja yang tahu betapa hancur luluh hati kami suami isteri malam tadi.

Adam dah mengantuk sangat, dah banyak kali sebenarnya dia jatuh terduduk.
Lepas tu ayah dia ajak masuk buai, dia ingat ayah dia nak bergurau dengan dia..

Dia punya semangat berlari, tersadung, tersembam ke lantai.
Padahal jalan pun tak stabil lagi, dah nak berlari.

Masa tu lampu dah tutup.
Adam dah meraung.
Aku tergamam.
Zaimi lari pergi bukak lampu.
Ingatkan setakat terhantuk dahi.

Sekali...

Menyembur2 darah keluar dari mulut adam..
Masa tu kami tak tau darah tu samada bibir pecah ke, gigi patah ke atau hidung.

Kau bayangkan, hidung ke bawah muka anak aku habis berdarah.
Dah yang pekat likat.
Merah!

Allah..
Aku dah terketar-ketar..
Kami bawak pergi sinki, adam taknak bagi kerjasama, dia larikan muka dia bila kami nak lap.

Aku dah nangis2.
Baju zaimi dengan baju adam habis merah darah.
Banyak sungguh darah!

Dekat 30 minit jugaklah kami struggle nak settlekan..
Dapatlah lap semua darah..tukar baju semua..

:(

Masa tu aku berdoa sangat.. janganlah gigi yang patah..
Gigi dahlah baru nak keluar..

Lepas dah reda semua..
Bagi ubat gripe water tu..

Adam dah tenang.. dan tertidur..
Tapi bila nak check mulut dia, dia menangis balik sebab tak cukup lena lagi agaknya..
Takpelah, aku cakap kat zaimi malam sikit aku check..
Sementara tu kitorang sapu VCO dekat dalam mulut dia..

Memang malam tadi, adam bangun setiap jam..

"mak..mak...ehekk ehekk"

Bila dengar je bunyi tu aku akan peluk cium dia..usap kepala dia..
Sambil aku bisik kata "mak ada ni.. ada jangan takut ye.. adam kuat.. mak tau adam kuat..."
Sambil aku pun nangis :(

Lepas tu dalam pukul 2, aku suap susu..
Habis 7 oz.. Lepas tu baru nampak dia macam lena sikit..
So aku pun suluhlah mulut dia..





Bawah tak teruk sangat..
Atas teruk..
Alhamdulillah luka dah kering..
Bagus VCO tu, memang serasi dengan adam..
Lagipun VCO tu memang yang boleh dimakan, jadi tak risau sangat nak sapu walaupun dalam mulut..

Lepas suluh aku sapu lagi sikit, kali ni lagi sekata sebab mula-mula tadi adam menggelupur..
Bibir atas dia memang bengkak sikit..
Dahi pun ada lebam sikit..

Alhamdulillah pagi tadi dah ok..
Tapi tu lah, dah lupa kot kat sakit tu, pagi tadi berlari lagi, panjat basikal lagi..
Haih la anak emak..

Post a Comment

0 Comments