Assalamualaikum semua, sihat?
Last week, aku memang banyak membaca. Maklumlah sebab ambil cuti, alang-alang boleh berehat-rehat sikit di rumah orang tua, why not ambil kesempatan ini untuk percepatkan baca koleksi buku belum baca yang dah banyak tu kan. Eheh
Jadi, selain Diagnosis 7: Forensik tu, satu lagi buku yang sempat dihabiskan adalah Filosofi Bawang oleh Anie Alja.
Jadi, belinya tahun lepas (2019), tapi disebabkan kekangan waktu, buku ni pun terbiar sepi dalam rak buku. Jadi barulah ada kesempatan nak baca.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penulis, Anie Alja ni, dia bahasakan diri dia sebagai Acik sebagai kata ganti diri selain ayat "Gelak sat" dan "Ahaks" bila dia nak sinikal dengan sesuatu senario.
Umumnya, buku ni adalah suatu kritikan terhadap segenap masyarakat, bahawa masyarakt ni, ada beberapa pe'el yang tidak baik. Pe'el tu yang dia namakan sebagai 'bawang'.
Ada kupasan berkenaan perangai, dan penyakit. Tapi, memang dari point of view seorang Anie Alja terhadap masyarakat bawang negara, yang mana dia sendiri menetap di luar negara, balik jugalah sekali sekala.
Bila baca tu, ada yang aku setuju dan terfikir 'Aah betul ni'. Ada juga part yang aku rasa penulis sedikit berlebihan dalam mengkritik, tapi dia pandai, dia cover dia kata dia memang busuk hati dan negatif. Lol macam-macam kan. Tapi bolehlah nampak yang 'bawang' yang ada dalam diri penulis, adalah dia je rasa dia betul..oopps. Maaf, ini pendapat saya, harap boleh ambil dari sudut positif hehe
Tapi gaya penyambungan dari satu topik ke topik yang lain tu agak menarik la. Bolehla.
Jadi, pendapat peribadi aku, buku ni boleh dikatakan 3.5 bintang. 👏
10 Comments
Ni cerita pasal membawang ke..Tgk kulit buku macam tak menarik
ReplyDeleteAah cerita pasal membawang dan bawang2 hahaha
DeleteBuku ni boleh di kategorikan komedi ke ni?
ReplyDeleteDark comedy haha
Deleteorang busuk hati dan negatif kalau diaorang menulis memang sampai ke hati.Hahahah,, sebab diaorang menulis tanpa ada sempadan dan halangan. diaorang bagi bagi dan bagi.. Hahah..
ReplyDeleteSaya terpaksa bersetuju dengan awak diana hahaha
DeleteMESTI ISINYA SGT MENARIK SBB TAJUKNYA PUN HEBAT
ReplyDeleteBoleh tahan menariknya :D
DeleteSelamat mengulat buku
ReplyDeleteJom membaca wak :)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.