5 Blogger Komen Paling Banyak Sepanjang April 2024

Assalamualaikum wbt


Berpaket-paket dan berbotol-botol ubat kan? Itulah bahananya bila SR abaikan sakit tekak. Asalnya minggu lepas, SR punya tekak perit dan dan mula rasa sakit. Tapi, selalunya SR kalau sakit tekak, tak lama. Makan dequadin, mesti akan surut dan sembuh.

Tapi kali ni tidak.


Dari hari ke hari, sakit tak hilang, malah makin bertambah pulak! Tapi SR masih berharap yang sakit tekak tu akan baik sendiri. Tapi, masuk saja hari Khamis, sakit dia menjadi-jadi dan suara SR pun hilang. Terpaksalah mengalah, dan ke klinik.

Bila doktor suluh tekak, rupanya bukan setakat merah, dah ada ulser pula di kerongkong. Patutlah menguap pun tekak rasa macam ditarik-tarik.

Sungguhlah manusia yang lemah rupanya SR ni. Ulser seketul di kerongkong pun, dah tak keruan, dan tak berdaya nak buat kerja-kerja yang melambak-lambak tu. Doktor minta SR berehat dan habiskan ubat antibiotik. 

Harini, tekak SR dah tak sakit. Alhamdulillah, rupanya kena pakai ubat juga baru sembuh. Harapnya tak kenalah lagi sakit tekak ni. Seksa oi!

Eh panjang pula mukadimah.

Eh, korang sihat ke? SR tak sempat nak blogwalking kerap-kerap. SR pun baru perasan yang SR tak share pula 5 top commenter blog SR untuk bulan April 2024. SR share sekaranglah ya?

Maaf sebab lewat 12 hari! Rakan-rakan yang banyak tinggalkan jejak di blog SR sepanjang April dan extra 12 hari bulan Mei 2024 adalah seperti di bawah:

 

1.
LadyBird15 comments
2.
mummy_ayu13 comments
3.
4.
uncle gedek12 comments
5.
Azhafizah MN11 comments

 

Terima kasih kepada LadyBird (15 komen), Mummy Ayu (13 komen), CCL (13 komen), Uncle Gedek (12 komen) dan juga Azhafizah (11 komen). SR belanja back link ya di post ni. KAwan-kawan blogger yang lain, mehlah belanja traffik ke blog diorang. Klik tau! Masuk blog diorang, bagi salam dan say hello!


Yang lain, teruskan tinggalkan komen di blog SR tau. SR akan bagi hadiah pada top commenter terbanyak untuk 6 bulan pertama 2024 nanti. SR akan umumkan pada bulan Julai 2024 nanti, insyaallah πŸ˜ƒ

Post a Comment

17 Comments

  1. Kasihan juga dengan keadaan SR moga terus pulih dan anggap ia satu ujian uji keimanan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah sakit tekak dh sembuh tahniah pengomen rajin

    ReplyDelete
  3. Get well soon SR 🀲
    Have a good rest Insha Allah kembali sihat nanti

    ReplyDelete
  4. Semoga dah sembuh sepenuhnya.
    Tahniah blogger2 yang tersenarai.

    ReplyDelete
  5. semoga cepat sembuh SR...tahniah buat mereka yang tersenarai...

    ReplyDelete
  6. tahniah semua top komentator...
    Alhamdulillah, naseb baik dah lega sakit tekak..Linda memang kalah dengan sakit tekak..kalau demam je, masih kuat untuk bekerja...kalau sakit tekak, memang surrender lah

    ReplyDelete
  7. Selamat beristirehat dan cepat sembuh, SR.
    Tahniah kepada semua top pengomen yang tersenarai.

    ReplyDelete
  8. semoga SR cepat pulih... ameeeennnnn

    ReplyDelete
  9. Semoga akak cepat sihat. Better cari air mineral dan minum seminggu ini, Insha Allah akan baik tekak akak tu.

    ReplyDelete
  10. semoga cepat sihat seperti sediakala...

    ReplyDelete
  11. get well soon cikpuan SR itteww

    ReplyDelete
  12. congrats to yg tersenarai, alhamdulillah..ada gak terselit kat situ
    musim la sekarang ni SR..minum air & makan ubat key, semoga cepat sembuh.....aamiin..

    ReplyDelete
  13. Take care SR. Saya kalau mula sakit tekak cepat2 kumur dgn mouth wash / air garam sebelum tidur. Alhamdulillah esoknya dah kurang sakit tekak tu. Kalau sakit tekak lagi, SR boleh try kot tips ni. Tapi harap2 lepas ni SR dah tak kena sakit tekak yg teruk lagi.

    ReplyDelete
  14. Semoga SR diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..
    Tahniah yang tersenarai..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.