Borong Roti Dari Bhai Roti!

Assalamualaikum wbt


Zaman sekarang ni, jujur SR cakap, susah betul nak jumpa motor roti. Ala, motor yang akan ronda kawasan perumahan, samada bandar atau kampung, untuk jual roti. Sejak dah ada perkhidmatan food rider macam Food Panda dan Grab Food, lagilah orang tak mengharap mana nak jumpa motor roti ni kan, atau ada yang gelar sebagai Bhai Roti.


Jadi, bila SR, zaimi dan ayu terserempak dengan Bhai Roti ni masa kami nak pergi sarapan di Restoran Ayza, Bandar Baru Bangi, memang SR tak lepaskan peluanglah! Terus serbu!

Sebabnya, roti-roti yang selalunya dijual oleh motor bhai roti ni, tak ada jual di kedai-kedai, kalau ada pun, di kedai-kedai runcit tertentu aje. Borong terus yuk!


Roti krim lejen. Terus SR terkenang zaman SR kecil dulu, kalau beli roti dari bhai roti ni, mesti nenek SR belikan roti krim yang macam dekat gambar di atas ni. Ada macam-macam perisa, SR paling suka yang coklat dan butter.


Aduh kalau ikut hati, semua SR nak beli. Bhai roti tu aje SR tak rasa nak bawa balik, yang ;ain semua SR nak angkut! Jenuh kawal diri. 

Itu pun, akhirnya total RM21 jugalah yang SR perlu bayar untuk semua roti yang kami bertiga pilih. Puas hati dapat makan roti yang bukan mainstream ni tau! 

Ada rezeki, kalau terjumpa lagi bhai roti ni, bolehlah saya borong lagi! Yeehaa!

Post a Comment

6 Comments

  1. Seingat saya motor jual roti ni modal iklan strepsils untuk hilangkan sakit tekak... Iklan tv dulu dulu la.

    ReplyDelete
  2. Legend kan bhai roti ni. Kadang2 ada jugak nampak dia pusing2 kat rumah saya. Saya di bangi juga 😊

    ReplyDelete
  3. Pernah nampak di jalan raya je. Maybe susah nak masuk taman perumahan disebabkan ada pengawal keselamatan.

    ReplyDelete
  4. kat sini dah xde motor roti.. zaman ldy kecik2 dlu je ader.. pakcik sing yg jual.. xtahula nak eje sing tu.. sing pun sing lah.. hihi

    ReplyDelete
  5. dalam masa yang sama boleh juga bantu bhai roti tu buat jualan hehehe

    ReplyDelete
  6. MA kalau jumpa bhai roti ni suk abeli roti kawin...roti sapu kaya & planta tu..dappp

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.