Pada yang suka baca buku lepas tutup lampu

Aku memang antara orang yang suka membaca lepas anak-anak tidur. Sebab, selalunya bila anak-anak belum tidur, nak membaca pun timbul rasa bersalah, macam tak layan diorang pulak. Lagipun bila tiap kali kita nak membaca tu, masa tu lah diorang nak bercakap lah, tanya soalan lah. Nak membaca pun tak feel.

Jadi, haritu masa pergi cari barang kat Mr DIY masa balik Balok tu, adalah ternampak entiti dalam kedai barang baek! Mungkin orang lain dah lama tau kewujudan barang baik ni, tapi aku baru tau weh!

Tengok harga pulak RM3.90 je, terus sambar la kan, why not!




Tadaaa inilah barang baik tu, LED Booklight.

Sangat berbaloi, dengan harga semurah RM3.90, battery included.


Ringan, klip dia pun kemas dan ketat, boleh lentur.
Untuk orang yang suka lipat buku macam aku ni, bolehlah jadikan LED Booklight ni jadi penanda buku jugak eheh..





Inilah rupa dia bila guna dalam gelap. Perhatikan di kiri gambar kelihatan entiti seperti wajah budak yang menakutkan comel.
Keh keh keh memang anak-anak mak pun, balik kampung ni kasi can diorang tidur lewat sikit main game, ayu je dah tidur masa ni.

Jadi, orang sebelah pun tak terganggu dengan cahaya lampu kalau kita nak membaca, terutama yang ada anak kecik yang mak dia tak boleh hilang masa dia tidur macam ayu ni haa.. Jadi, bolehlah cepat habiskan buku, ini tidak, kena tunggu siang atau waktu me time yang lain baru boleh membaca. 

Selalunya sebelum ni, aku selalu nyalakan flash light dari handphone je kalau betul-betul tengah syok baca satu-satu buku tu, ala siapa yang suka membaca mesti tau perasaan tu, perasaan tak sabar nak flip next page, kalau tidur rasa rugi, rasa tazzabaaarrr.. hahaha

Oh ini bukan paid review ya, ini adalah perkongsian keterujaan aku sebab first time jumpa barang baik ni 😆

Terima kasih sebab sudi singgah, baca dan pada yang komen, anda memang awesome 😉

Post a Comment

6 Comments

  1. wah, mnarik benda ni, boleh pergi cari ni.
    Done follow #508

    ReplyDelete
  2. Tak pernah nampak pulak kat Mr. DIY. Nak kena cari jugak ni sebab suka baca buku malam-malam sebelum tidur juga. Selalu biar lampu terbuka sampai ke pagi jadinya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kan! Ada kan bahagian torch light, carilah nanti ;)

      Delete
  3. Selepas tutup lampu selalunya saya tidur, x sempat dah nak baca buku.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.