Pengalaman bersalin ceasarean kali ke 2! | Pengalaman dengan Foley Bulb

Setelah aku belek-belek semula semua post yang ada dalam blog ni, aku perasan yang aku ada share pengalaman aku bersalin secara induced yang masuk ubat masa beranakkan abadam (SINI) dan pengalaman terpaksa akur untuk bersalin secara czer untuk abamer (SINI).

Jadi, why not mak share juga kat blog ni, pengalaman bersalinkan ayu. Hehe.. sebab, setiap pengalaman bersalin kesemua anak ni, tak sama! Mana nak sama, umur makin meningkat, makin matang, kehidupan pun makin berbeza. Kalau tak percaya, cubalah baca pengalaman bersalin abadam dan abamer tu, dua post tu pun dah cukup lain :))

Dari mana nak mula ya?

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Betul ke boleh doktor?"

"Boleh cuba, ada yang berjaya. Sebab awak pun baru sekali czer. Scar awak pun saya tengok tadi ok, penjarakan anak pun betul, bolehlah nak cuba untuk bersalin normal. VBAC nama dia"

Aku senyum, tapi dalam kepala ligat jugak fikir sakit nak meneran kalau bersalin normal tu.

"Oh ya, cumanya, disebabkan awak ada kencing manis, awak tetap kena bersalin masa 38 weeks paling lewat ya. Jadi, andai kata masih tak ada tanda-tanda awak akan bersalin masa tu, kita akan induced"

"I see.. masuk ubat ikut jalan ya doktor?"

"Oh tak puan, sebab puan pernah czer, masuk ubat akan membahayakan puan, you know, rupture dan sebagainya"

Mak oi, seram sudah datang!

"Kalau puan memang nak teruskan dengan VBAC, kami akan induced guna Foley bulb."

"Apa tu doktor?", ya memang aku dengan laju dan tanpa segan-silu bertanya. Pelik bunyinya tu.

"Kita akan masukkan bola ikut jalan, dan bola tu akan trigger jalan baby untuk bukak"

"Ok set, boleh doktor. Asal dapat bersalin normal", keyakinan tu harus! Dalam kepala memang taknak czer. Pengalaman terasa benang tertarik-tarik dalam rahim lepas bersalin abamer pun masih segar. Ish ngilu!

"Tapi, kalau tak jadi, atau apa-apa jadi, kami tetap akan czer puan"

"Baik doktor..", aiseyman. Ya Allah, semoga mudah urusan aku bersalin. Mudahkan tanpa rasa sakit. Amin!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

28 April 2018, aku dah kena check in ke hospital.
Due bersalin patut 13 Mei, tapi sebab kena bersalin 2 minggu awal, kenalah menyerah.
Kalau dulu masa bersalin adam, menangis tinggalkan mak abah kat rumah.
Masa bersalin abamer, menangis teruk sebab nak tinggalkan adam.

Nak bersalin anak ketiga ni, lebih cool, tapi sayu sangat tengok muka adam amir.
Tapi, yang pasti dalam hati nekad nak bersalin normal.

Zaimi pun dah semakin terer bab-bab tunggu isteri bersalin ni.
Aku bawak 1 beg ke hospital, dia pun ada 1 beg bawak ke apartment sewa.
Gittew masa anak nombor 1, dia dengan aku sama-sama naif, dia tidur kat lobby hospital, kejap-kejap tidur dalam kereta.
Masa anak nombor 2, sebab memang dah soheh nak czer, dia pun dengan tenangnya balik tidur kat rumah mak aku kat Semenyih.
Ha masa anak nombor 3 ni, lebih chillex. Kami siap survey apartment (rumah transit) yang penjawat awam boleh sewa tu, pilih nak sewa bilik. Siap book 2 malam rasanya. Haha

Jadi, sesampai je di Hospital Putrajaya, ambil nombor untuk check in. Dalam kereta dah plan dengan zaimi, ambil giliran dulu, lepas tu nak pergi makan dan jalan-jalan kejap, sebab mengikut pengalaman lepas, tak pernahnya dapat katil terus. Mesti kena balik dulu, nanti dia call bila ada katil kosong.

Tapi nak jadi cerita, lepas bagi je dokumen-dokumen berkaitan, terus kena masuk ward T_T
Padan muka. Dahlah tak makan lagi huhu..

Lepas dapat katil, tukar baju semua, nurse, HO, MO semua dah datang, diorang bagitau akan masukkan Foley bulb tu seawal pagi esok. Makanya, dah tengahari sampailah ke malam, melengunglah aku.. zaimi pun dah bergerak ke rumah transut dia sebab nak check in. Apa lagi, aku pun bantai tidur la walaupun tak berapa nak lena. Takut ada, sakit belakang ada, yang paling tak best, tak selesa sebab kena pakai machine yang check jantung baby tu.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


29 April, sebelum azan subuh aku dah tak boleh tidur, nurse pun dah datang ambik darah kat jari, pasang lagi machine tu semua. Settle, aku terus mandi dan solat. Nurse dah bagitau doktor akan panggil kejap lagi.

Dalam 7.15 am macam tu, dah kena masuk bilik prosedur. Berdebar jangan cakaplah!
Aktiviti check laluan yang tak best tu pun berlangsung. Haih.. betapa tak best!

"Ok puan, saya Doktor xxx (tak ingat nama) dan ni Doktor xxx (pun tak ingat nama), akan masukkan Foley ni ya, untuk induce. Ini dia ya puan"

Aku nampak dia macam belon kecik, ada tiub. Ok, dah mula berderau.

"Puan akan rasa tak selesa sikit ya"

Ok, bukan sikit la. Tak selesa sangat-sangat!! Mengalir air mata weh..huhu..

Lepas tu, dia selotep tiub yang terjuntai tu kat peha kanan aku.

"Puan boleh je buat apa-apa macam biasa, belon tu hanya akan jatuh kalau bukaan dah capai 4cm. Masa tu kami akan check jalan dan boleh ke labour room. Puan boleh la jalan-jalan untuk cepatkan bukaan"

Aku angguk je. Senak belum hilang.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

30 April, belon tu masih belum jatuh.

"Puan ada rasa contraction?"

Aku geleng.

"Jalan belum bukak lagi. Doa banyak-banyak ya puan"

Aku dah mula cuak, zaimi pun sama. Cuak sebab foley tu belum keluar, dan pelik contraction langsung tak rasa. Sikit pun tak ada.

Dah lepas asar macam tu, baru foley tu terkeluar. Adalah bleeding pink-pink tu. Excited aku masa tu hahaha! Siap call zaimi suruh datang get ready, mungkin akan tolak ke labour room. Tapi lepas check jalan, masih 3.5cm. Sampai ke malam tak ada rasa sakit apa-apa, bukaan maintain 3.5cm.
Zaimi yang terkocoh-kocoh datang tadi, balik macam tu je haha

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1 Mei 2018, pagi tu ada la rasa sikittttt sangat, macam sakit perut nak berak je. Lepas check jalan, 4cm.

"Puan, saya minta izin nak bukakan sikit jalan ya"

Ah sudah, sakit tu weh. Tak sempat jawab, doktor dah buat. Mak datuk sakit!

T_T

Zaimi pun dah ready je kat bawah ward, doktor kata, insyaallah harini bersalin.
Aku dengan zaimi duk gelak-gelak je, ini mesti sebab ramai gila yang whatsapp aku cakap "beranak 1 May la, nanti birthday baby semua orang cuti!"

Kan dah betul2 tak dapat bersalin 3 hari sebelum tu. Aku pun dah bosan gila 3 malam kot tidur hospital. Rindu gila kat anak-anak tak payah cakap la, memang menangis je tengok video-video diorang yang neneknya hantar.

Kebetulan, abadam pulak kena demam campak hari yang sama.
Haru.
Pening kitorang memikir macam mana taknak bagi abadam dekat dengan adik nanti masa dah balik rumah.

Tengah borak-borak, doktor panggil lagi nak check jalan.
Dah 5cm.
Tapi memang tak ada rasa sakit apa pun.
Doktor decide untuk tolak aku ke labour room dah, walaupun tak ada pun ciri-ciri contraction. Just in case doktor kata.

Maka ditolaklah aku ke labour room.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam labour room, dalam 1pm. Pasang macam-macam tube kat tangan, insulin, air..
Masih chill je dengan zaimi. Pelik sebab tak sakit. Macam tak percaya dah masuk labour room, walaupun tak sakit sikit pun.

Ada nurse bagi macam kertas laminate. Dia kata, Hospital Putrajaya ni pain free hospital. Ibu yang bersalin boleh pilih method mana untuk kurangkan rasa sakit masa bersalin. Ada gas, ada epidural, dan ada apa lagi entah, tak ingat. Sebab bila nampak je epidural tu, terus rasa yasss i want this!

Datang pakar bius, dia tanya banyak kali, sure tak nak ambil?
Dengan penuh keyakinan.. yasss i want.. walaupun takde rasa sakit pun lagi :))

Maka, bermulalah sesi pasang memasang tiub epidural sambil diorang explain risks semua, cucuk pinggang semua tu. Lepas settle, aku pun baring la kan. Masa ni, dah mula rasa lain macam. Macam tak cukup nafas pun ada. Zaimi pun agaknya nampak aku lain macam, dia tanya aku ok ke tak. Tapi jadi macam tak mampu nak berfikir.

Tiba-tiba, kejadian yang sangat pantas berlaku, bunyi machine yang check jantung baby tu bunyi pelik. Machine check bp yang pasang kat aku pun bunyi pelik! Berbondong-bondong nurse bidan doktor semua masuk, termasuklah seorang doktor pakar, tak silap Prof Maria kot.

Check punya check, prof tu dengan lemah lembut dan sangat keibuannya kata dia risau untuk biarkan aku teruskan untuk cuba VBAC. Dia kata aku kena emergency czer jugak. T_T

Dengan pantasnya, aku disiapkan untuk operation. Laju gila staff dia bekerja. Sangat kagum dalam kepeningan. Prof tu bagitau, diorang akan top up saja epidural tu sampai aku rasa numb. Dah tak boleh bius spinal macam masa czer abamer sebab badan dah ada epidural. Masa ni menyesal pun ada.

Dan dengan lajunya aku ditolak ke bilik bedah. Sempat salam zaimi, dia senyum je suruh aku mengucap banyak-banyak. Ok tiba-tiba sebak masa tu. Huhu..

Sampai je dalam bilik bedah, dengan lajunya pulak diorang angkat aku atas katil kecik tu, letak penghadang atas dada yang dia lapis kain banyak-banyak tu, pasang segala equipment, memang laju gila!

Ada seorang doktor tanya sambil letak pisau dekat perut, "Puan rasa tak pisau ni?"

"Rasa doktor"

Ada beberapa orang duk top up lagi epidural. Doktor yang pegang pisau tu sambil-sambil dia bersembang dengan orang depan dia, dia gerak-gerak pisau tu. "Rasa tak puan?"

"Rasa...", masa ni aku dah start menangis..huhu.. Tak pernah kena hiris hidup-hidup..sakit!

Aku dapat rasa dia gerak-gerak lagi pisau dia, tapi dah makin numb la.

"Kalau bius epidural ni tetap tak jalan, kami akan bius puan penuh ya, puan akan ditidurkan"

Allah.. masa ni aku rasa macam rela perut kena kerat walaupun rasa kena kerat tu! T_T

Tapi Allah Maha Kaya, lepas tu bila doktor suruh gerak kaki, dah tak boleh, dia toreh pun dah tak rasa. Maka tergigil-gigilah aku kesejukan masa diorang bedah aku. Aku boleh nampak sikit-sikit perut aku kena belah ikut lampu. Ada sorang doktor kot, dia perasan, dia distract aku, ajak bersembang hahaha

"Ok tarik!", terasa perut kena rentap masa ni, doktor keluarkan baby. Tapi baby tak menangis pun.
"Besarnya baby ni!", ada sorang teriak. Terus dengar diorang bawak baby yang tak menangis tu ke mana entah, dengar bunyi suction.

Aku dalam hati memang dah remuk.
Aku bayangkan anak aku tak selamat masa tu.. sebab bacaan jantung dia pun problem tadi, start operation pun lambat sebab aku punya bius tu lambat effect..
Sesungguhnya ketika huru hara semua staff dalam tu, aku redha.
Aku pejam mata rapat-rapat. Sedih sangat masa tu.

Tiba-tiba, kuasa Allah, aku dengar baby menangis!
Ya, anak aku selamat! Alhamdulillah!

"Amboi, terbeliak mata baby ya, cari mama ya!", dengar ada staff laung, diorang semua ucap syukur beramai-ramai.

Datang sorang bawakkan baby, tunjukkan yang aku dapat baby perempuan yang sangat besar hahaha!

3.95kg.

Letak baby atas dada, wangi sangat bau dia, subhanallah. Syukur.

"Kami akan bawa baby ke NICU ya puan, puan ambil insulin masa mengandung, jadi baby perlu dipantau untuk 1 hari. Puan ambil kesempatan ni untuk rehat ya"

And just like that, baby terus pergi dibawa nurse. huhu..
Aku pula dibawa terus ke bilik pemulihan. Sejuk sangat-sangat, aku minta nurse selimut aku tebal-tebal dan dekatkan pemanas tu dekat dengan aku. Dan aku pun tertidur..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Settle semua di bilik pemulihan, aku ditolak semula ke katil aku di ward tadi. Nampak je muka aku, zaimi senyum sampai telinga.

"Tahniah nie", aku tak tau la kenapa, tapi aku memang rasa sangat high masa tu hahaha

"Anak kita comel, mata besar macam adam", kami bertukar senyuman. "Kalau ko pilih untuk czer dari awal haritu, kan senang. Tengok ni, kejap je dah settle semua, kalau bersalin normal tadi, entah-entah tak siap pun lagi", zaimi menyengih. Ada betul jugak cakap dia tu haha.. Nak buat macam mana, aturan Allah.

Memang dia tak bagi langsung aku rasa sakit contraction tu kali ni. Sakit pun masa kena toreh hidup-hidup tu sikit je tadi.

Maka zaimi pun kena la tolong nurse pakaikan stokin TED yang super ketat tu, tolong ikatkan rambut aku, sebelum dia tercongok sorang-sorang sebelah katil sebab aku dah tertidur, again hahaha

Tapi serius, antara kesan epidural pada aku adalah, gatal-gatal, asyik rasa miang, nak garu sana sini, nak tidur pun tak senang daa..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Esoknya, dapatlah tengok baby, itu pun dah petang. Tapi lambat boleh discajkan dia dekat nicu, sebab zaimi kena uruskan uri dan abadam yang kena demam campak.

Dan disebabkan itu jugak, aku kena discaj sorang-sorang, baby kena admit lagi sekali..

Ya, cerita pengalaman bersalin anak nombor 3 ni masih panjang.
Nanti aku sambung di post seterusnya ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Third baby of me, Ayu Zafirah Ahmad Zaimi :)



Sayang sangat bunga mak sorang ni..

To be continue ;)

Post a Comment

0 Comments