Alkisah Basikal

Agaknya berkat PKP, anak aku adam dah sangat tepu duduk rumah, segala movie dan kartun dah tengok, segala komik dah baca, segala skill dalam PC game Street Fighter dia dah mahir, akhirnya, setelah dekat 5 tahun basikal yang zaimi untuk dia tu tersadai je tepi sliding door rumah, minggu lepas, dia dah boleh kayuh.

Ya, dia tak berani nak kayuh sebelum ni.
Habis patah tayar kecik yang di tayar belakang tu sebab dia statik je atas basikal tu, lama-lama senget je ke tepi..gedebab jatuh 😂




Alhamdulillah, akhirnya berani jugak.

Tapi bila dah berani, keluar pulak kisah lain.
Hari-hari pulak ajak ayah dia pergi taman sebab nak kayuh. Ha baru kau tau nikmat berkayuh ye anak! Haha!

Jadi petang semalam pun, zaimi bawaklah anak-anak main dekat air pancut dekat taman perumahan ni. Yang si adam mengayuh tak berhenti-henti, yang amir dengan ayu pulak, berlari tak reti penat!





Bila dah nampak adam mengayuh, barulah amir pun terbit rasa nak ada basikal sendiri.
Memang tak belikan lagi amir basikal sebelum ni, sebab risau jadi kes tersadai jugak kan.

Jadi lepas dah berbincang selama beberapa hari jugak sebenarnya, maka semalam jugak kami rasa nak belikan amir basikal.

Zaimi bajet kos mungkin dalam seratus dua, sebab dia kata basikal adam dulu dalam RM180. 

Ok, jom!
Kami pun ke kedai basikal dengan hati yang girang, dalam kepala masing-masing dah bayangkan akan bawak balik basikal baru! Yeehuu!


Siap plan nak belikan untuk ayu sekali, yang kecik dan tayar mati je pun ok dah.

++++++++++++++++++++++++++++++

Zaimi: Basikal ni berapa ya? (Merujuk kepada basikal yang sama saiz dengan basikal adam sekarang)
Orang Kedai: Yang ni RM200++
Aku:



Z: Ok, yang sebelah ni?
O.K: Yang ni baru sampai tadi bang, 400++, kami jual 350 boleh ni.
Aku: 



Z: Ok, kami tengok dulu boleh kan?
O.K: Boleh bang, tak ada masalah.
Aku: Yang kecik kat depan tu berapa ya? (Refer kepada basikal yang saiz dia kecik je, sesuai untuk ayu, tayar getah mati je)
O.K: Oh yang tu RM250 kak.
Aku:


Aku sesungguhnya baru sedar yang mahal jugak basikal sebenarnya.
Last-last balik tak bawak basikal baru, tapi beli benjo je lah untuk anak-anak 😂


Tapi tengok dekat shopee, basikal yang sama sebijik macam yang aku tanya tu, dalam RM70 - RM110 je. Kenapa dekat kedai dia jadi mahal ye? 😓



Tengok review pun bagus je, rasanya patut tak aku beli online je?




Catat Ulasan

23 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. Ada benda yang lagi bagus kalau beli online. Kualiti sama dengan harga lebih murah. Tapi risiko tak nampak depan mata and nak kena tunggu sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju, tu yang tengah mempertimbangkan ni hehe

      Padam
  2. benda mainan byk murah online, lgipun bdk bukan guna lama kan. lagi worth juga. tapi if kat sini, rega tu murah, sekali tgk courier charges, dah cam kat kedai juga.

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. sedang dipertimbangkan begitu jugak ni wak, tapi kena pasang sendiri pulak rupanya huhu

      Padam
  4. Tengok harga murah, check sekali delivery charges

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tengok, rm7 katanya. tak pasti cepat atau lambat sampai tu huhu

      Padam
  5. TAK ADA APA YG MURAH SYAZ...ANAK2 SYAZ COMEL SEMUA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, zaman sekarang semua tak berapa nak murah barang2 nya kan

      Padam
  6. Betul, rupanya kat online tu murah sikit sebab kena pasang sendiri hehe

    BalasPadam
  7. Kat online mmg murah Syaz. KakYa lon kalau barang tu berkualiti dan memnag KakYa nak... selalu jugak beli online .. mudha kerja terus sampai depan rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, perasaan bila parcel sampai tu, macam ada orang hantar hadiah hehe

      Padam
  8. Kalau beli basikal memang kena survey banyak kedai.. Kalau pergi satu je tak berbaloi kadang harganya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nak nak kedai yang masuk mula2 sekali tu rupanya paling mahal :D

      Padam
  9. Basikal beli on9 dia anta seketoi basikl ye..ke dia buka2..kita pag sndri eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada yang dia pasang siap, tapi kebanyakkan nya kena pasang sendiri huhu

      Padam
  10. Salam kenal. Ada baiknya jugak ye PKP ni, dah pandai kayuh basikal. Tahniah!

    BalasPadam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad