Agaknya berkat PKP, anak aku adam dah sangat tepu duduk rumah, segala movie dan kartun dah tengok, segala komik dah baca, segala skill dalam PC game Street Fighter dia dah mahir, akhirnya, setelah dekat 5 tahun basikal yang zaimi untuk dia tu tersadai je tepi sliding door rumah, minggu lepas, dia dah boleh kayuh.
Ya, dia tak berani nak kayuh sebelum ni.
Habis patah tayar kecik yang di tayar belakang tu sebab dia statik je atas basikal tu, lama-lama senget je ke tepi..gedebab jatuh 😂
Alhamdulillah, akhirnya berani jugak.
Tapi bila dah berani, keluar pulak kisah lain.
Hari-hari pulak ajak ayah dia pergi taman sebab nak kayuh. Ha baru kau tau nikmat berkayuh ye anak! Haha!
Jadi petang semalam pun, zaimi bawaklah anak-anak main dekat air pancut dekat taman perumahan ni. Yang si adam mengayuh tak berhenti-henti, yang amir dengan ayu pulak, berlari tak reti penat!
Bila dah nampak adam mengayuh, barulah amir pun terbit rasa nak ada basikal sendiri.
Memang tak belikan lagi amir basikal sebelum ni, sebab risau jadi kes tersadai jugak kan.
Jadi lepas dah berbincang selama beberapa hari jugak sebenarnya, maka semalam jugak kami rasa nak belikan amir basikal.
Zaimi bajet kos mungkin dalam seratus dua, sebab dia kata basikal adam dulu dalam RM180.
Ok, jom!
Kami pun ke kedai basikal dengan hati yang girang, dalam kepala masing-masing dah bayangkan akan bawak balik basikal baru! Yeehuu!
Siap plan nak belikan untuk ayu sekali, yang kecik dan tayar mati je pun ok dah.
++++++++++++++++++++++++++++++
Zaimi: Basikal ni berapa ya? (Merujuk kepada basikal yang sama saiz dengan basikal adam sekarang)
Orang Kedai: Yang ni RM200++
Orang Kedai: Yang ni RM200++
Aku:
Z: Ok, yang sebelah ni?
O.K: Yang ni baru sampai tadi bang, 400++, kami jual 350 boleh ni.
Aku:
Z: Ok, kami tengok dulu boleh kan?
O.K: Boleh bang, tak ada masalah.
Aku: Yang kecik kat depan tu berapa ya? (Refer kepada basikal yang saiz dia kecik je, sesuai untuk ayu, tayar getah mati je)
O.K: Oh yang tu RM250 kak.
O.K: Oh yang tu RM250 kak.
Aku:
Aku sesungguhnya baru sedar yang mahal jugak basikal sebenarnya.
Last-last balik tak bawak basikal baru, tapi beli benjo je lah untuk anak-anak 😂
Tapi tengok dekat shopee, basikal yang sama sebijik macam yang aku tanya tu, dalam RM70 - RM110 je. Kenapa dekat kedai dia jadi mahal ye? 😓
Tengok review pun bagus je, rasanya patut tak aku beli online je?
24 Comments
Ada benda yang lagi bagus kalau beli online. Kualiti sama dengan harga lebih murah. Tapi risiko tak nampak depan mata and nak kena tunggu sampai.
ReplyDeletesetuju, tu yang tengah mempertimbangkan ni hehe
DeleteBenjo pon benjo lah... hehehehe
ReplyDeleteBenjo pun sodap! haha
DeleteDapat jimat bayak juga tu.
ReplyDeletekan PC, banyak boleh jimat
Deletebenda mainan byk murah online, lgipun bdk bukan guna lama kan. lagi worth juga. tapi if kat sini, rega tu murah, sekali tgk courier charges, dah cam kat kedai juga.
ReplyDeleteBetul tu SV, guna sekejap je nanti. hehe
DeleteBoleh beli kat shopee
ReplyDeletesedang dipertimbangkan begitu jugak ni wak, tapi kena pasang sendiri pulak rupanya huhu
DeleteTengok harga murah, check sekali delivery charges
ReplyDeletedah tengok, rm7 katanya. tak pasti cepat atau lambat sampai tu huhu
DeleteTAK ADA APA YG MURAH SYAZ...ANAK2 SYAZ COMEL SEMUA
ReplyDeleteBetul, zaman sekarang semua tak berapa nak murah barang2 nya kan
DeleteBeli online je la..Basikal Anak akak pun dah berapa tahun lepas beli kat econsave je pun harga dekat rm200. Sekarang lagi mahal rasanya..
ReplyDeleteKalau beli online murah sikit,.Tapi kena pasang sendiri kot sesetengah part. tak pernah beli pun.agak2 je. hahah..
Kena campur kos postage jugak tu.kadang2 sama je harga nya bila dah campur pos.
Betul, rupanya kat online tu murah sikit sebab kena pasang sendiri hehe
DeleteKat online mmg murah Syaz. KakYa lon kalau barang tu berkualiti dan memnag KakYa nak... selalu jugak beli online .. mudha kerja terus sampai depan rumah.
ReplyDeleteKan, perasaan bila parcel sampai tu, macam ada orang hantar hadiah hehe
DeleteKalau beli basikal memang kena survey banyak kedai.. Kalau pergi satu je tak berbaloi kadang harganya..
ReplyDeleteBetul, nak nak kedai yang masuk mula2 sekali tu rupanya paling mahal :D
DeleteBasikal beli on9 dia anta seketoi basikl ye..ke dia buka2..kita pag sndri eh..
ReplyDeleteAda yang dia pasang siap, tapi kebanyakkan nya kena pasang sendiri huhu
DeleteSalam kenal. Ada baiknya jugak ye PKP ni, dah pandai kayuh basikal. Tahniah!
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.