Atau emel SR di syaznirahim[at]gmail.com

Wednesday, September 28, 2022

Lost Paradise Hotel Batu Feringgi | Wordless Wednesday

Hotels Recommendation for Holiday in Selangor

Assalamualaikum! 

Selangor is known as one of the most developed states in Malaysia. There are so many people who visit Selangor because of its uniqueness and diversity of cultural backgrounds and also tradition. Not only that, as the place with the best of finest infrastructure and communication facilities, it is also known as the backbone of the tourism industry in Malaysia.

This is the reason why many people choose Selangor as the place for holidays with family. You can find people from various ethnicities and festivals which make it become more interesting to visit. Before you come to Selangor, it is better for you to find Hotel Selangor for overnight stays in Selangor.



Monday, September 26, 2022

Kenangan berkursus Pre PHD di ILD UiTM Bandar Enstek

Assalamualaikum wbt...

Sihat je semua reader? SR rasa macam dah lama SR tak blogwalking. Rindu nak baca kisah blogger-blogger lain. Harap nanti adalah sedikit masa untuk blogwalking nanti.

SR pun tak ada apa sangat nak cerita hari ni. Entry draf banyak, semangat nak menaip tu yang kurng sikit. Sedikit sibuk, badan pun letih aje haha!

Ini kisah awal Ogos 2022. SR dapat juga rebut tempat untuk berkursus Pre-PHD di ILD. Fuh bukan senang nak dapat tempat, kursus yang sentiasa 'hot' di kalangan pensyarah UiTM yang belum lagi ada PHD, macam SR ni lah haa...

Bolehkah Orang Islam Mengucapkan 'Shalom'?

 Assalamualaikum wbt...



Soalan

Apakah hukum penggunaan perkataan ‘shalom’ secara lafaz/tulis/perbuatan bagi umat islam khususnya di malaysia untuk menyapa orang islam dan bukan islam, dalam satu kelompok ataupun dalam kelopok berasingan? Penggunaan ‘shalom’ ini digunakan oleh kebanyakan anak muda dan menganggap bahawa perkataan shalom hanya sekadar bahasa yang berlainan tapi sama maksudnya dengan lafaz ‘assalamualaikum’.

Ringkasan Jawapan

Agama Islam menganjurkan kepada penganutnya untuk menegur sapa dengan lafaz ucapan ‘assalamualaikum’ yang bermaksud salam sejahtera ke atas kamu, dan ini merupakan salah satu dari sunnah Nabi SAW. 

Sunday, September 25, 2022

Brunch di House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori, Ulu Bendul, Negeri Sembilan


Assalamualaikum wbt...

SR dan zaimi sebenarnya dah beberapa hari perasan, ketika kami dalam perjalanan ke/ dari Kuala Pilah, ada satu kedai makan baru yang dibuka dekat depan kedai cendol di Ulu Bendul tu. Kalau dari arah Seremban ke Kuala Pilah, kedai ni selepas tempat mandi di Ulu Bendul tu. Memang kedai makan yang tepi jalan besarlah kiranya.

Jadi semalam, lepas sahaja anak-anak lelaki SR habis kelas taekwondo, terus bawa anak-anak ke sini. Disebabkan waktu pun dah pukul 11 pagi, kiranya macam kami datang untuk brunch. Breakfast + lunch sekaligus!

Saturday, September 24, 2022

Hot Latte Di Jelatok Retreat Farm Cafe

Assalamualaikum semua 😀


Hari ni SR dan keluarga sempat pergi minum latte dekat Jelatok Retreat Farm di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Friday, September 23, 2022

Bolehkah Kafan Jenazah Guna Kain Selain Putih?

 Soalan:

Assalamu’alaikum S.S Mufti, bagaimanakah kita ingin mengkafankan jenazah di kawasan yang tiada padanya kain kafan berwarna putih ?


Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t.

Thursday, September 22, 2022

Sunday, September 18, 2022

Ke Laman Warisan Seni Kampung Laut Kelantan

Assalamualaikum wbt...

SR ada, SR balik kampung zaimi di Kota Bharu hujung minggu ni. Jadi menghabiskan masa bersama lah kiranya. Itu yang tak berupdate pun mana-mana mdia sosial SR kecuali TikTok aje. Haha!

Friday, September 16, 2022

Antara Perkara Yang Leceh: Mesin Basuh Rosak

... adalah ketika mesin basuh di rumah telah rosak dan nak bersara setelah 12 tahun berkhidmat dan berpindah-randah ke beberapa lokasi sepanjang hayatnya.

Dah lari habis jadual, masa, tenaga dan duit sebab kena angkut baju-baju yang setiap hari menggunung tinggi ke dobi layan diri.

Wednesday, September 14, 2022

Cucur Spider

Nama tak boleh blah kan? Hahaha...
Kisahnya Sabtu lepas, kami ada singgah untuk late lunch dekat Pusat Perniagaan Paroi. Masing-masing dah penat dan kelaparan sebabnya kami tak lunch waktu tengahari. Sibuk pusing Seremban cari kasut bola untuk adam. 

Ya Allah susahnya nak cari kasut bola untuk saiz kaki adam! Saiz kaki dia besar 1 size dari kanak-kanak, dan kurang 1 size dari dewasa. Sampai ke sudah tak jumpa. Itu yang last sekali singgah sini untuk makan.

Kalau diikutkan kenapa kami ke sini, sebab nak makan nasi lemak ayam berempah. Tapi masa kami sampai, tak siap lagi pula. Jadi order nasi goreng. Zaimi memang nak juga makan nasi lemak tu, dan kami buat keputusan untuk makan slow-slow sampai nasi lemak tu siap. Dia nak tapau. Haha!

Jadi sementara tu, dia order Cucur Spider.

Kenangan Perkhidmatan | Wordless Wednesday


 

Watsons Beautifying Treatment Hair Oil 3x Repair | Wordless Wednesday


Doa Ketika Tak Boleh Tidur

 Assalamualaikum wbt...

SR kongsikan doa ini buat semua, mana tahu membantu mereka yang tengah tak boleh nak lelapkan mata macam SR saat menaip ni.

Monday, September 12, 2022

Ganti Water Color Dengan Lipstick

Assalamualaikum semua!

Apa khabar, sihat ke?

Harap semua sihat sejahtera hendaknya.

Hari tu kan, ayu ada homework tau. Task dalam homework tu, kena ikut garisan putus-putus tu menggunakan warna air, menggunakan putik kapas.

Papan Tanda Undang-Undang Kecil Taman MBS


SR tertarik dengan papan tanda yang ada dipacak di Taman Permainan Kanak-Kanak MBS yang terletak bersebelahan dengan Laman Basikal Seremban ni. Masa ni SR dan zaimi tengah tengok dan tunggu anak-anak bermain di playground sana.

Sunday, September 11, 2022

Faedah Membeli-belah Barangan Runcit dengan Anak-Anak Anda

Membeli-belah runcit menawarkan banyak peluang pembelajaran untuk kanak-kanak, di kedai dan selepas di rumah. Membeli-belah barangan runcit memberi manfaat kepada anak-anak anda kerana ia membolehkan mereka belajar tentang pemakanan dan makanan melalui pengalaman praktikal. 

Anak-anak SR di Zemart Senawang

(1) Kanak-kanak belajar di kedai runcit dengan menghidu, melihat, menyentuh, dan bertanya tentang makanan tertentu. 
(2) Kanak-kanak yang terlibat dalam proses membeli-belah juga lebih cenderung untuk makan dan membantu menyediakan makanan di rumah. 
(3) Ia adalah situasi menang-menang untuk anda sebagai ibu bapa dan anak-anak anda.

Saturday, September 10, 2022

Tengahari di Pantai Batu Hitam Kuantan Pahang | Throwback

Saja SR nak kongsikan pemandangan dan suasana di Pantai Batu Hitam, Beserah, Kuantan Pahang pada waktu tengahari. 

Memang sangatlah panas dan terik!

Masa ni anak-anak SR sibuk ajak ayah dengan tok wan diorang ke pantai ni. Nak mandi laut punya pasal. Anak-anak SR memang susahlah nak lepaskan peluang untuk bermandi-manda di Pantai Batu Hitam ni setiap kali balik ke Kuantan. Selalu SR malas nak ikut, tapi masa mid Ogos hari tu, SR ikut.

Ha lepas dah ikut, kepanasanlah!
Hahaha!

Friday, September 9, 2022

Doa Ketika Turunnya Hujan

Hujan ialah titisan air yang telah terpeluwap daripada wap air atmosfera dan kemudian jatuh di bawah oleh tarikan graviti. Hujan adalah komponen utama kitaran air dan bertanggungjawab untuk mendepositkan sebahagian besar air tawar di Bumi.


Doa ketika turun hujan 

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

“Allahumma shayyiban nafi’an."

Ya Allah, curahkanlah air hujan yang bermanfaat. (HR Bukhar dari Aisyah RA).   

Thursday, September 8, 2022

Bermandi-Manda di Perkelahan Pasir Kubur Sungai Lembing | Throwback Thursday

Assalamualaikum wbt...

Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah hari Khamis kan. Esok dah Jumaat. Dah nak habis dah cuti sekolah bulan 9 2022 ni. Ada jugalah rasa tak sempat nak buat apa-apa pun. Tambahan pula kami baru aje lepas kuarantin Covid-19 kan.

Hari ni SR nak kongsikan cerita SR sekeluarga pergi ke Perkelahan Pasir Kubur di Sungai Lembing, Pahang. Kami pergi sejurus selepas kami meninjau-ninjau Jambatan Gantung Kolong Pahat yang tak jauh dari sini tu.

Tuesday, September 6, 2022

Jambatan Gantung Kolong Pahat Sungai Lembing Pahang | Throwback

Mari kita throwback kisah beberapa minggu lepas yuk! Masa ni kami balik Kuantan. Emak dan abah SR ajak jalan-jalan. Sekali sekala balik, mestilah nak berjalan dengan cucu-cucu. Sejak mak dan abah SR pindah ke Kuantan pada 2018, SR memang tak pernah lagi ke Sungai Lembing. Jadi why not kan?

Siap-siapkan anak, dan terus mulakan perjalanan ke Sungai Lembing. Dari Beserah ke Sungai Lembing mengambil masa perjalanan dalam 30 ke 40 minit sahaja. Tak lah jauh pun rupanya.

Monday, September 5, 2022

Mencari Pasembur Gani di Esplanade Pulau Pinang | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Ini kisah sambungan dari kami pergi ke The Habitat Penang Hill. Turun dari Bukit Bendera pun hari dah petang sangat waktu tu. Kalau ikut plan asal, turun dari The Habitat, nak terus ke Rumah Kelahiran P. Ramlee yang terletak tak jauh dari situ.


Tapi rupanya Rumah P. Ramlee ni hanya dibuka mengikut waktu pejabat. Sebab dia terletak dalam kawasan pejabat kerajaan, dan memang diuruskan oleh Arkib Negara Malaysia. Sampai pun dah pukul 6 petang, memang tak bolehlah pergi dah. Adamlah yang kecewa sangat, sebab dia yang teringin nak pergi.


Bergambar dari seberang jalan sajalah dulu, ada rezeki nanti mana tahu boleh masuk ke dalam kan?

Tapi SR nak gelak dengan ayat Amir, "Fuh nasib baik dah tak boleh masuk. Amir dah risau tadi. Amir malu nak jumpa P. Ramlee sebenarnya. Nanti nak cakap apa dengan dia."

Punyalah gelak kami semua! Dah kena explain pula sekali lagi yang Rumah P. Ramlee tu, rumah dia aje. P. Ramlee dah meninggal 😅

Jadi kami meneruskan misi kami seterusnya untuk mencari pasembur di Padang Kota. Memang antara wish list juga datang ke Pulau Pinang.

Perjalanan yang tak jauh mana pun jaraknya, tapi sesak. Banyak betul kereta. Hampir kami berputus asa aje. Memang tak ada parkir yang dekat dengan medan selera tu. Tapi akhirnya kami jumpa juga 1 parkir kosong betul-betul depan rumah api. Memang jauuuuuuh nak menapak ke medan selera. Tapi dah sampai kan, teruskan!

8 Perkara Yang Boleh Dilakukan Ketika Terperangkap Dalam Kesesakan Jalan Raya


Kita semua mengalami kelewatan lalu lintas sekali-sekala. Setiap hari, lebih banyak kereta ditambah ke jalan kami yang sudah sesak, dan kadangkala kemalangan atau perubahan laluan jalan raya mengakibatkan kita terperangkap dalam kesesakan teruk, kenderaan tak bergerak-gerak. 

Ia mungkin satu tempoh masa yang sangat sukar, terutamanya jika anda perlu berada di suatu tempat dengan cepat atau jika anda perlu pulang ke rumah selepas hari yang panjang. 

Berikut adalah 7 aktiviti menghiburkan yang boleh anda lakukan untuk meluangkan masa.

Sunday, September 4, 2022

Watsons Express Delivery Services Plastic Bag | Dah kenapa kau jernih ya amat??


Assalamualaikum wbt...

SR ni kadang-kadang kalau malas nak keluar dari rumah, memang order aje guna Grab atau Food Panda. Termasuklah barang keperluan, bukan sekadar makanan. Kadang benda tu memang dah habis, memang memerlukan sangat-sangat dah, tapi, malas benar nak keluar. Jadi terus ketik-ketik telefon ajelah. 

Baru-baru ni pun adalah SR order sesuatu dekat Watsons, thru Food Panda. Selalu, kalau barang dari Watsons, barang tu akan sampai dalam plastik dia yang warna hijau tu tau, dan outlet Watsons yang fulfill order kita tu akan siap ikat dengan cable tie.

Saturday, September 3, 2022

Port Bergambar OOTD di Taman Gelora Kuantan | Throwback

Assalamualaikum semua...

Harini SR nak throwback dan kongsikan gambar-gambar raya keluarga sebelah SR. 


Raya 2022 ni lah. Masa ni SR baru dapat balik ke belah SR. Raya pertama sehingga raya keempat di belah zaimi. SR pernah kongsi juga gambar-gambarnya di Baju Raya Tema Merah Jambu + Coklat dulu.

Masa ni, adik lelaki SR sekeluarga tak ada. Jadi, SR sekeluarga lima beranak, mak dan abah, serta adik bongsu SR dan suaminya sahaja yang ada. Memang dah plan nak bergambar raya dekat Taman Gelora ni. Bosan bergambar dalam rumah aje kan. Haha...

BOMBA - W.A.R.I.S

 BOMBA - W.A.R.I.S


Friday, September 2, 2022

Ber Pak Mat Western Untuk Makan-Makan Raya | Throwback

Assalamualaikum semua.

SR masih lagi tak berapa sihat. Tapi tadi saja check draft, mak oi banyaknya entry yang menanti untuk publish. huk huk.. Sejak dua menjak ni, susah betul nak curi masa untuk update. Jadi memang penuh di draft aje.

Termasuklah entry ni. Punya lama peram, sampai dah tak ingat nak update. Haha!


Kisahnya masa raya puasa 2022 hari tu. Famili SR datang beraya di rumah SR. Kami jamu dengan Pak Mat Western.

Thursday, September 1, 2022

Berebut Vitagen Hijau

 Dekat rumah ni, kalau beli vitagen, selalunya akan beli yang pek berkembar. Yang ada 10 botol, perisa rawak. Yang campur-campur tu.

Dalam 10 botol tu, kadang yang warna hijau ada 1 atau 2. Warna oren pun sama. Yang banyak atau mesti ada adalah yang putih dan ungu kan.

Jadi, SR mesti selalunya 'berebut' yang warna hijau ni dengan ayu. Haha.

Wednesday, August 31, 2022

Salam Kemerdekaan Malaysia ke 65

Salam kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke 65 dari SR sekeluarga buat semua.

Ini ayu bergaya sebelum ke tadika semalam. Kena pakai baju bertema kebangsaan atau kemerdekaan. SR pakaikan dia kebaya dengan tudung bawal bercorak jalur gemilang aje semalam.

Colgate Plax Fresh Tea | Wordless Wednesday

 



Tuesday, August 30, 2022

Dijangkiti Covid-19

Assalamualaikum wbt...

Petang semalam, balik sahaja dari sekolah, adam mengadu rasa badan tidak sihat. Memang panas suhu badan dia. Katanya dari pagi dia dah rasa pening. 

Monday, August 29, 2022

Ayu Menuai Bendi

Zaimi memang ada tanam bendi depan rumah sekarang. Menjadi pulak tu! Syok SR makan bendi celur. Hehe... 

Ayu memang selalu jadi assistant ayah dia dalam bab penanaman okra, nama lain bagi bendi ni. Ayulah yang tolong siram dan tolong potong bendi dari pokok untuk dibawa ke dapur.

Saturday, August 27, 2022

Air Badak Botol Biru

Bila demam dah berlanjutan berhari-hari, akhirnya emak SR cadang untuk minum air badak. Malas nak keluar rumah, order aje guna Food Panda, tapi yang biasa tutup warna hijau tu tak adalah pula dalam list.

Jadi SR belilah yang biru ni, Cool Rhino O2.

Thursday, August 25, 2022

Tengok Orang Melapah Lembu | Throwback Thursday


Terjumpa pula gambar adam dan amir waktu hari raya haji haritu. Masa ni diorang dah balik dari solat raya, dan ikut zaimi pergi ke tempat orang uruskan sembelihan korban.

Masa ni SR dah suruh diorang tukar baju, pakai t-shirt aje. Sejuk sikit.

Tuesday, August 23, 2022

Yong Tau Fu Giant Kuala Pilah

Minggu lepas, ada sekali waktu lunch, SR, zaimi dan ayu pergi makan di Food Court dalam Giant Kuala Pilah. Zaimi teringin nak makan sizzling, ayu masa tu tak nak pula makan apa-apa, agaknya masih kenyang sebab dia breakfast agak banyak hari tu.

SR pun sebenarnya tak tahu nak order apa, tujuannya nak bawa ayu jalan ke Giant tu je, sebab kebetulan hari tu dia ikut SR ke ofis. Lepas round food court comel tu tiga, empat kali, SR rasa nak cuba Yong Tau Fu lah.

So, let's.

Sunday, August 21, 2022

Cermin Mata Hitam Baru

Hujung minggu lepas, SR sekeluarga balik ke Kuantan untuk meluangkan masa bersama emak dan abah SR. Adalah juga berjalan sampai ke Sungai Lembing, tapi itu nanti SR cerita di entry yang lain.

Seperti biasalah, anak-anak SR ni kalau balik sana, mesti akan dapat hadiah punya. Haha!

Kali ni, diorang dapat cermin mata hitam pulak.

7251364

 725 1364 : X Factor

(Lagu nombor telefon X Factor)

Saturday, August 20, 2022

Roti Golok Viral Laparoti Senawang

Ada sekali tu SR beli roti golok dari laparoti ni. Order ikut food panda.
Sebabnya, macam ramai pula orang-orang sekeliling SR yang bercerita di media sosial diorang tentang roti golok tu. Jadi marilah kita pun cuba. 

Masa balik Kelantan, tak pernah pula terjumpa atau rasa nak cuba ke apa.

Friday, August 19, 2022

Waktu Sesuai Untuk Ke Sawah Padi Sekinchan

Bulan Jun haritu SR ada buat entry kontot tentang SR dan keluarga ada pergi ke Sekinchan.

Memang tak plan seketul habuk pun. Bangun-bangun pagi tu, memang seperti biasa (bak lagu hujan) tetiba lepas sarapan, zaimi dapat rasukan idea mengejut. Tetiba nak pergi Sekinchan tengok sawah padi. Memang beruk pun tak akan terkejut sepertimana SR terkejut masa tu. Haha!

Anak-anak pun memang support la ayah diorang kan. Memang naklah bila ayah ajak pergi jalan.

Terus check waze semua, perjalanan dalam 2 jam kalau dari rumah SR. Memang bersiap dengan pakej bersilat! Katanya pulak nak balik hari, seketul sehelai baju lebih pun tak bawak!

Royalty Musk Al Musbah

Musim haji yang lepas ni, bapa saudara SR dapat rezeki menunaikan ibadah haji bersama isterinya. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun terpaksa bertangguh sebab pandemik Covid-19 kan. Akhirnya sampai juga giliran mereka berdua. Jadi, lepas dah selamat kembali ke Malaysia, ada pula rezeki buah tangan untuk SR! Dapat hadiah, mestilah happy!

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot