Sepertimana yang diberitahu pada entry lepas, dari Rabbit Funland Lenggeng tu, kami ada ke suatu lokasi lagi selepas tu. Adik ayu dah banyak hari sebut-sebut nak pergi pantai.
Jadi, lepas habis je pusing Rabbit Funland tu, kami pun terus shoot ke Port Dickson pulak.
Mula-mula ingat nak ke Rumah Api Tanjung Tuan, tapi tengok ramai pulak orang berjogging kat sana,tak jadi lah. Jadi, seperti biasa, pantai kegemaran kami adalah Pantai Saujana atau Pantai Cahaya Negeri kalau dekat Port Dickson ni.
Tapi kali ni, aku ajak zaimi ubah angin sikit.
Try ke Pantai Cermin pulak, sebab tak pernah pergi.
Dan, dia dekat dah dengan rumah api tu.
So why not kan?
|Entry ini banyak gambar|
Sesampainya kat sana, terus park kereta dekat sikit.
Kawasan parking dia tak berapa luas, kena parking dekat sebelah rumah orang.
Serius best aku tengok rumah banglo tu, menghadap laut weh!
Ada duit semua possible kan!
Orang tak ramai pun kat sini, mungkin sebab Pantai ni semata-mata pantai.
Selain rumah orang @ homestay, memang tak ada tandas awam, kedai makan, sewa pelampung, foodtruck, semua tak ada.
Tong sampah pun tak ada.
Yang ada beberapa pasangan bercinta yang duduk atas tikar berpeluk sakan.
*tepuk dahi
Dan beberapa keluarga.
Jadi, pergilah kami jauh dari orang bermeter-meter jauhnya, kasi can anak main air sekejap.
Beza dengan Pantai Saujana yang kami selalu pergi tu, pasir di Pantai Cermin di warnanya oren.
Striking!
Makin ke tengah warna dia makin kelabu.
Masa kami pergi ni ombak tenang je.
Ada banyak banglo-banglo tepi ni, tak pasti persendirian ke, homestay ke, syarikat mana punya ke.
Tak sempat nak kaji hehe
Anak-anak sangat seronok meranduk air.
Disebabkan air paras buku lali je, makin lama makin ke tengah perginya.
Kalau perasan, di celah-celah pasir dia ada selit-selit pasir hitam.
Kalau ikut pembacaan di internet, hitam-hitam tu sebab dasar lautnya sedikit berlumpur, yelah, ada bakau berhampiran kan.
Tu yang buat pantai ni cantik, pada aku lah.
Dari Pantai Cermin ni, boleh nampak Hotel Lexis Hibiscus.
Amir sibuk main teropong.
Tengok burung kat langit katanya.
Sangat banyak sarang ketam.
Cantik!
I like!
Zaimi bukan tolong bawak handbag aku ya, dia bawak tu beg teropong anak-anak dia haha
Belakang dia tu hutan bakau.
Untuk tidak nampak terlalu gajah di tepi pantai, bergambarlah belakang sang anak hahaha
Ayahnya pun teringin jugak nak meneropong rupanya.
Ada banyak jugak kapal-kapal parking.
Kapal cruise pun ada.
Yang paling happy budak ayu ni la, tertunai hajat dia nak pergi pantai.
Stay tak lama, dalam 20 minit je, lepas tu gerak balik dah sebab air pun dah mula pasang.
Next time boleh pergi lama sikit lah kot 😘
Yang penting kena patuh SOP seperti di atas hehe..
22 Comments
Pernah ke pantai Cermin ni, memang lain warna pasir dia..oren.
ReplyDeleteRmh Api Tg Tuan tu tak boleh masuk pun Syaz. Setakat tengok dari luar, kecuali lawatan berkumpulan boleh arrange utk masuk. Setahu nya gitulah.
oh macam tu ye kak, tq info hehe
Deletebestnya..angin laut yg nyaman..sea, sand, sun..
ReplyDeletelama benor tak ke PD..
aah, walaupun sekejap tapi puas dapat kena angin pantai :D
DeleteSeronoknya bercanda di pasiran pantai.
ReplyDeleteTapi sekarang petang-petang hujan tak sesuai kot nak pi pantai buat masa ni
kan, sekarang ni petang je hujan, nasib masa pergi ahad haritu tak hujan hehe
DeleteMain pasir pantai. Angin pantai kuat yang buat saya suka jalan tepi pantai.
ReplyDeleteangin memang elemen paling best kat pantai, boleh terlelap dibuatnya
Deletesaya dah lama sangat2 tak ke PD.. plan banyak kali tp x jadi2 hehe..
ReplyDeletesuka juga kawasan pantai cemni sebab tak banyak batu..
kat sini landai je, sesuai bawak budak2 ;)
Deletecantik.. lama dah x jln2 di pantai..
ReplyDeleteboleh bawak famili ke pantai lepas ni :)
DeleteRasa teringin ke pantai juga la. Perlis ada laut tapi tak ada pantai. Sedihnya
ReplyDeletememang tak ada ek? huhu.. takpe kuala perlis seafood sedap2
DeleteCantik juga pantai cermin ni
ReplyDeletekan, cantik jugak rupanya :)
DeleteDiaorang tak terjun dalam air tu pulak.. Hahha..
ReplyDeletecelup kaki sampai ke lutut, sikitt lagi nak terjun hehe
DeleteSangat landai pantainya
ReplyDeletesesuai untuk mandi laut
betul tu wak, lain kali kena bawak baju lebih
Deleteseronoknya :) semua happy dapat gi pantai kan..tgk sikecik tu..kemain lagi diaa ^_^
ReplyDeletewish come true, tu yang happy sangat haha
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)