Malam tadi, zaimi ajak pergi beli barang yang mak dia dah list kan.
Oh ya, kami dah ada di Kota Bharu untuk raya haji ni, bertolak ikut Kuala Pilah pada petang rabu, sampai KB dalam 4 pagi.
Jem tapi tak seteruk kalau lalu Gua Musang.
Berbalik pada Red D Station, lepas settle beli barang yang diperlukan kat Tesco Kota Bharu, ambil kesempatan untuk makan berdua. Lama sangat rasa tak makan berdua macam ni..hehe
masa makan mesti nak ambil gambar dengan makanan 😂
Jadi, letaklah kat sini juga sebagai kenang-kenangan,
Kami order menu yang sama, Grilled Chicken Chop.
Untuk RM14.90, aku rasa apa yang ada atas pinggan tu dah cukup meriah.
Tak pasti sebab memang lapar, atau terlalu excited dapat makan berdua, tapi aku rasa Grilled Chicken Chop Red D Station ni sedap gila!
Dan ini bukan iklan berbayar ya, ini komen ikhlas 😉
Kedai dia pun patuh SOP, ada penjarakan sosial jugak.
Jadi, di kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua yang singgah dan baca blog tak seberapa ku ini.
Semoga semua berbahagia bersama keluarga tercinta, stay safe 💓
23 Comments
SALAM ADILADHA SYAZ N FAMILI
ReplyDeletesalam aidiladha kak :)
DeleteSetuju.makanan kat pic atas mmg nampak lazat kak. penuh satu plate. mmg berbaloi dengan harganya. :)
ReplyDeleteBetul GV, akak rasa sangat berbaloi
DeleteSelamat Hari Raya Aidil Adha..
ReplyDeleteNmpk sedap grilled chicken tu..berbaloi dgn harga...
selamat hari raya sis ;)
DeleteSedapnya..terus rasa nak makan western..
ReplyDeleteapa lagi, pergi cari laju2 hehe
DeleteSalam aidil adha 1441 H
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
tenkiu wak, selamat hari raya
DeleteSalam aidil adha juga syaz. Akk beraya kat rembau ni. Nak balik teganu tak lepas sbb cuti kejap je, lagipun ensomi malas nak menempuh jem katanya..huhu..
ReplyDeletehehe asalkan bersama keluarga dah memadai kan kak ;)
DeleteBerpatutan harga chicken chop itu siap ada sosej.
ReplyDeleteWah sempat berdua.
Dapatlah dating sekejap hehe
Deletehaha..sesekali dapat dating ni, mmg layan. fefeling zaman bercinta dulu. wah..portion byk tu dgn harga dia affordable. Kenyang sangat tu.
ReplyDeleteEhehe memang fefeeling kih kih kih
DeleteSalam Aidiladha. Nampak sangat menyelerakan tu
ReplyDeleteSangat ;)
DeleteLazatnye nampak makanan dalam pinggan tu
ReplyDeleteSedap awak! NAnti boleh cuba kalau ke KB ya ;)
DeleteSelamat Hari Raya Syaz dan Family :)
ReplyDeleteSelamat hari raya untuk shida sekeluarga jugak ya
DeletePepagi tengok nih, lapo plakkk..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)