5 Masakan Berasaskan Daging Yang Bukan Seperti Kebiasaan

Salam Aidil adha semua, didoakan bahagia disamping insan tersayang.
Masak apa tu? Daging korban ke?

Masak sup ke tu? Atau kari? Masak kicap? Goreng kunyit?




Tapi pada musim raya haji ni, ada sesetengah rumah, contohnya macam rumah mertua aku ni, akan ada banyak sangat daging korban! Walaupun telah dibahagi-bahagi.

Jadi, sampai buntu pun boleh nak masak apa daging banyak-banyak, asyik ulang-ulang menu.

Sajalah buat pencarian, masakan yang berasaskan daging dari negara-negara lain, yang mungkin bukan kebiasaan di tempat kita. Manalah tahu boleh cuba buat haha

Ada beberapa, tapi aku nak senaraikan 5 yang paling rare (bagi aku lah hehe)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Matoke Daging (Beef Matoke)


Matoke daging ni adalah makanan rakyat Uganda, Kenya.. dan beberapa negara berdekatan sana.
Asas untuk matoke daging ni, adalah pisang bersaiz besar dari saiz pisang biasa, bewarna hijau dan lebih berkanji. Pisang tu dikenali sebagai plantain.

Kalau rasa nak cuba makan daging dengan pisang, boleh cuba buat.
Resepi di sini 😉


2. Kyrgyz manti


Makanan dari Kyrghyztan, dalam bentuk dumpling. Katanya selalu dijual di tepi-tepi jalan je kat sana, penjaja akan letak serbuk cili pedas atas dia.
Selain guna daging lembu, manty ni selalu juga rakyat sana guna daging kambing biri-biri sebagai inti dia. Resepi ada di sini.


3.  Lap lap


Makanan tradisi di Vanuatu. Selain daging, lap lap ini akan digaul bersama-sama dengan keladi, pisang, sukun, ubi taro dan juga santan, kemudian dibalut dengan daun pisang, dan dimasak bawah tanah. Guna oven pun boleh katanya.

Macam wangi je hasil dia nanti kan?
Boleh usha resipi laplap ni kat sini.


4. Mexican Skillet


Berasal dari Mexico, makanan ni katanya sangat senang untuk dihasilkan, dan ala-ala main campak-campak je dalam kuali tu. Ada juga unsur nasi. Dan nak bagi special sikit, boleh makan dengan tortila! Resipi ada kat sini.


5. Stroganoff


Makanan Russia ini diasaskan oleh keluarga pedagang kaya di Russia pada zaman dahulu, Stroganov. Hirisan daging yang dimakan bersama krim masam ini sangat ringkas, tapi sedap katanya.
Resepi ada di sini.


Itulah saja yang nak dikongsikan pada hari ini.

Tapi secara jujurnya, aku suka daging goreng kunyit dan daging masak kicap je musim-musim raya haji ni.

Korang macam mana?






Post a Comment

29 Comments

  1. Akk kan, paling suka dan palung mudahla resepi yg akk cari ialah..daging masak kicap, senang, sedap, simple..pastu boleh add macam2..kentang ke, karet, tomato..nak rasa berlainan sikit tambah serbuk kari, nak rasa johor tambah santan sikit, tapi tak semua tempat kat johor tu dorg letak santan. Tambah best kalo dpt tulang buat plak sup tulang..terangkat makan panas2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah sama kak, sedap kan masak kicap, memang versatile masak kicap ni ;)

      Delete
  2. Woowwww. mmg rare info ini. rupanya banyak resepi untuk masakan daging ini ya. terbaik kak. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak cuba sesuatu yang baru, boleh la try hehe

      Delete
  3. selamat hari raya kak,, semua resipi ini nampak sedap2 belaka. hehe

    ReplyDelete
  4. Daging korman ni sedap sebab dia fresh!

    ReplyDelete
  5. Saya ni peminat setia menu daging tpi mostly menu tu cam tak berapa nak masuk tekak. Masih prefer resepi masakan daging kita juga ni 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa tak kena dengan tekak jugak hihihi

      Delete
  6. wah reseipi cukup asing bagi Cuya..hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. bolehlah cuba, mana tau kalau kena dengan selera kan

      Delete
  8. SEDAP SEMUA RESEPI DAGING TAPI PANTANG LE PULAK

    ReplyDelete
  9. Jemu juga hari-hari kena makan daging. Ini baru 2 hari rasa hendak makan lauk bukan daging.
    Selamat hari raya Aidil Adha.
    Apapun unik resipi yang Syazni sertakan.

    ReplyDelete
  10. Haha unik tapi diri sendiri pun belum cuba lagi sebenarnya

    ReplyDelete
  11. masak steak pun ok atau panggang sahaja daging kurban tersebut

    ReplyDelete
  12. errr...rasanya antara resipi2 ni, tetap resipi Malaysia juga jadi pilihan. Yang resipi dari negara2 lain ni,macam tak kena dengan tekak jurr..

    ReplyDelete
  13. Fuh, macam-macam menu menggoda. Memang sesuai sebab musim orang buat korban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla try kalau berminat, saya sendiri pun tak cuba lagi ahaha

      Delete
  14. ehehe sis kekal dengan sup daging n masak kunyit..

    ReplyDelete
  15. wow menarik..tp xpandai la masak cara luar negara cmtu ^_^

    ReplyDelete
  16. Kalau Sha pula rajin buat daging black paper.. my feveret.. hehehe

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.